Friday, July 31, 2026

RESEPI SAMBAL KICAP

 Assalamualaikum semua,

Maaf la kawan-kawan aku ni masa jumaat tu rupanya dah up tapi sibuk sampai tak sempat nak bagi resepi lengkap. Aduh la maaf ye.

Bahan - bahan:

40-50 biji cili api bangla (merah menyala yang pedas extra)

3 ulas bawang putih 

Gula pasir 2 sudu besar

Kicap secukupnya

2 biji limau kasturi

Cara Buat:

- Rendamkan cili api dan bawang putih dengan air panas untuk 10 minit lepas tu toskan.

- Masukkan dalam blender cili api, bawang putih, gula dan kicap, kisar halus

- Masukkan dalam bekas tambah perahan air limau kasturi







17 comments:

  1. Kalau sambal kicap Sis letak bawang putih.. lain cara juga kita kann.. janji pedas kawwwww

    ReplyDelete
  2. mudah je cara nak buatnya. sedap dibubuh ke dlm mihun sup ni. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye senang je cikgu, boleh buat simpan dalam peti tahan lama

      Delete
  3. Cili Thailand ni ye kak Dana. Podeh melahar ni. Orang Johor wajib ada stok sambal kicap dalam peti ais. Kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili bangla kalau tengok nama dia, tapi cili thailand yg merah halus tu pun boleh tapi pedas lain mcm kalau yg cili thai ni... ye takde peti ais tak sah

      Delete
  4. Fuh, terus terliur tengok resepi sambal kicap ni! Memang padu kalau cicah dengan pisang goreng atau tahu goreng panas-panas. Terima kasih berkongsi resepi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, akak sejenis tak reti makan pisang goreng boh keju plih lagi yg dgn sambal kicap

      Delete
  5. Berarti tak beda cara kita buat kak. Itu pakai bawang putih kan ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bawang putih Fanny, sama je lebih kurang tu

      Delete
  6. uishhh sambal kicap sedap niiii makan dengan pisang goreng..haha

    ReplyDelete
  7. Kena rendam rupanya cili api itu dengan bawang putkh. Tq kongsi.

    ReplyDelete
  8. Sedap betul kalau ada sambal kicap. Boleh cicah macam-macam. Ayam gorenglah, tempe goreng, pisang goreng. Semya sedaplah.

    ReplyDelete
  9. Awww nampak cili kecik banyak..... Pedasnya, tapi pasti sedap. 😍😍

    ReplyDelete
  10. Cili ini bukan pedas ke Dana.. Kalau Sha ini memang selalu guna warna hijau tu ja lah.. kurang pedasnya.. Tapi tetaplah nak makan sambal kicap.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...