Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Friday, December 8, 2023

RESEPI APAM COKLAT MUDAH TANPA MIXER

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi menu kudapan minum petang, sarapan pagi. Apam coklat tanpa mixer, aku ni kan kadang malas. Buat guna whisker pun ok dan gebus kejadiannya. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan: 

3/4 cawan serbuk koko

1 cawan gula

1/2 cawan susu pekat ( boleh lebihkan kalau nak manis)

2 biji telur

2 cawan tepung gandum

1 cawan air panas

1 cawan minyak masak

1 sudu kecil serbuk penaik

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Sedikit garam

Cara masak:

- Dalam mangkuk besar masukkan telur, gula pasir, susu pekat, minyak masak dan kacau hingga sebati semua. 

- Masukkan tepung yg diayak sekali dengan serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam, kacau hingga semua sebati dan tidak berketul.

- Masukkan serbuk koko dan air panas, kacau lagi hingga semua sebati biarkan kejap.

- Sapu sedikit minyak pada acuan, panaskan pengukus. Tuang bancuhan dalam acuan, jangan penuh. Kukus guna api sedang untuk 10 minit. 

- Sejukkan dan siap

Bahan-bahan







Tinggalkan suku kosong



Nanti dia naik gini

Tuesday, May 23, 2023

BILA DAH TERINGIN...

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya begini, aku dari sebelum raya dah teringin nak buat kerepek pisang sendiri. Tapi asyik tak kesempatan nak ke pasar tani cari pisang tanduk muda. Minggu lepas gigihkan diri cari pisang kat pasar tani tapi takde yang mentah yang ada pun dah nak masak. Lepas dah pusing-pusing pasar cari dan tak jumpa aku beli juga lah 1 sisir pisang tanduk ni. Adik tu kata dah ank masak tapi sebab aku nampak hijau aku beli jugak la. Bila telefon emak, mak kata ok boleh buat kerepek cuma lama sikit la nak keringnya. 

Malam tu gigihla buat kerepek, memang betul pisang tu dah nak masak sebab senang kupas. Kita buat jugak lah tapi hasilnya bila nak garing tu rupa kerepek pisang tu jadi warna coklat gelap macam hangus. Tapi tak hangus dia da rasa manis-manis. Buat jugak lah 7 biji pisang dapat la 1 bekas tutup merah besar. Ingatkan Edy dengan Aiyan tak makan sebab warna dia tu, tapi rupanya tak sampai separuh dah di kerjakan. Sedap ranggup manis masin sikit, memang boleh cuba lagi.


memang dah masak sebab mudah je nak kupasnya



jadi rupa gini cuba la sekeping ok tak rasa hangus memang macamni

dapat banyak ini je, kira ok lah

Hari ahad dah banyak ni, buat sabtu malam... semalam tengok dah tinggal suku je 

Monday, September 6, 2021

KUDAPAN ZAMAN DULO-DOLU, KERAK NASI GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak cerita dengan korang pasal kerak nasi yang emak kirimkan beberapa minggu lepas. Ini kudapan orang zaman dulu, zaman belum senang gitu. Dulu-dulu kan masak dengan dapur kayu atau dapur gas jarang yang ada rice cooker. Mak cerita ini antara kudapan yang biasa nyai buat, kerak nasi tu keluarkan dan jemur untuk beberapa hari hingga betul-betul kering. Lepas tu bolehla goreng dengan minyak yang betul-betul panas. Nanti dia jadi kembang dan ranggup sangat, ini kudapan kami adik beradik dari kecil sampai sekarang. Kadang mak tak masak dengan rice cooker kat rumah masak dengan periuk biasa di dapur gas, kerak tu mak jemurla. 

Bila lama tak makan rindu, itu yang mintak mak kirimkan kalau nak poskan barang pada kami. Dah goreng makan cicah dengan sambal kicap... sedap sangat. Macam inang-inang tu, tapi itu dengan beras pulut tapi ini dengan kerak nasi. Memang kudapan yang rare kan... 

Ini kerak nasi yang mak kirimkan 

Minyak kena banyak dan betul-betul panas, sampai keluar asap sikit pun boleh

nanti dia akan kembang jadi macamni bila goreng

Bila dah goreng gini, ranggup tau makan dengan sambal kicap memang layan lah

Monday, December 28, 2020

KEREPEK NGAKU @ARROWHEAD DATANG LAGI

 Assalamualaikum semua,

Bila tiba akhir tahun selain burger mcD prosperity ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu. Ubi ngaku atau arrowhead, orang cina yang biasa masak dengan ubi ni tapi aku suka buat kerepek. Aku buat kerepek pun lepas ada seorang nyonya ni yang bagi cadangan masa aku selalu ke kedai nya beli barang. Sedap katanya, manis lemak dan sehingga hari itu dah 5 ke 6 tahun jadi rutin.

Ubi ngaku ni kalau nak buat kerepek senang je cuma api tak boleh besar macam buat kerepek pisang sebab dia cepat hangus. Petua paling best, masa bersihkan tangkai atas dia jangan buang, supaya senang untuk jadi pemegang bila nak sagat.

Dia bukan sengkuang cina, sebab sengkuang cina warna gelap 

Ini rupa dia tau

Kupas dia jadi gini, belah kanan tu ok ada tangkai, belah kiri tu payah nak pegang untuk sagat

Rendam dalam air dan letak sedikit garam

Selepas 15 ke 20 minit boleh toskan

Aku pakai penyagat biasa je,lebih senang pakai sagat yang ini

Dia agak melekat tak macam kerepek pisang tau, api memang kene sedang

Dah siap kerepek ngaku... rasa dia lemak manis


Monday, November 30, 2020

KEREPEK PISANG TANDUK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiaran dari rumah, kawan-kawan masak sarapan apa? Aku masak nasi lemak je pagi ni si hero minta nasi lemak  tapi takde gambar. 😁

2 minggu lepas Edy ada belikan pisang tanduk lepas aku asyik berzikir suruh carikan. Teringin sangat nak makan kerepek pisang tanduk dari raya puasa lagi tapi takde dapat pisang tanduk mentah. Memang ada orang jual tapi kadang rasa masin sangat, tak gemor aku jadi aku sanggup lagi buat sendiri. Tak susah senang je, janji ada pisang penyagat dan minyak.  

Mula-mula Edy beli 5 biji tapi besar dan panjang 5 biji pun jenuh nak siapkan

Pisang pun dapat yang cantik warna nya

Dah nak habis masa ni, malas nak tambah minyak lagi 

Selain Aiyan ini antara peminat maruku dan kerepek pisang maklongnya

Khamis petang dalam pukul 6.45 macam tu dapat parcel dari kampung johor

Petai tepi rumah dan kerepek pisang tanduk, bahagia rasa... 1 bekas untuk aku dan 1 untuk maktek


Hari khamis petang sebelum dapat parcel dari kampung Edy ada beli pisang lagi sebab kerepek kat rumah dah habis, Edy beli 8 biji kali ni

Sabtu pagi baru kopek kulit dia tengahari tu baru mula buat kerepek

Pisang kali ini agak pucat... tapi sedap je tengok Aiyan ngap krup krap krup krap

Monday, September 28, 2020

SMART SNACKING KACANG GAJUS DAN KACANG PINTAR

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi semua kawan-kawan, jangkitan covid19 di negara kita nampaknya macam dah mula dalam situasi membimbangkan bila. Banyak negeri dah mula ada kes jangkitan, moga kita semua di lindungi dan dijauhi dari terjangkit wabah berbahaya ini. Amin

Aku ni memang ada masalah agak boros, sebab tu kalau nak selamat dapat gaji je suruh Edy simpankan duit. Insyallah selamat, kalau ada dalam akaun, memang cepat je menyusut. Baru ini aku ada usha kacang gajus (cashew nut) di beberapa kedai dalam shopee. Khamis lepas aku buat pesanan 500gm kacang gajus, 250gm kacang cerdik (pistachio nut) dan 250gm kismis. Jumaat petang tu dah dapat dah semua barang tu. Sangat pantas dan kacang dalam keadaan baik semuanya. 

Aku suka sebab kacangnya tak masin, sebab cuma dipanggang je, sampai jumaat malam tadi dah tinggal suku je kacang gajus tu. Memang sangat berpuas hati, siap aku dah buat pesanan lagi. Kalau korang berminat nak cuba jugak, boleh cuba juga nanti nama kedainya di bawah sekali tu ye. 

sampai dalam keadaan baik, elok je semua 

dapat free gift kismis hitam 

500gm RM35+

besar saiznya, puas makan
kismis jumbo, 250gm RM9.95


saiznya pun besar puas makan... suka 



250gm RM 15.85

ini kedainya di shoppe kalau korang nak cuba


Thursday, August 13, 2020

PHOTO DIARY #23/2020

 Assalamualaikum semua,

Dah khamis dah, si Aiyan masih tak sembuh selsema dan batuk berkahak jadi tak sekolah lagilah dia. Emaknya pulak rasa nak selsema dah ini, risaunya lahai. 

OKlah moh kita layan cerita bergambar ye kawan-kawan. Takde idea nak menulis panjang-panjang nih


minggu lepas Aiyan ada appoiment jantung kat HKL, aku pulak baru tahu seorang penjaga je boleh masuk dalam tu, kene lah aku tunggu di luar dalam keadaan panas tuh

teringin makan sate, try buat order online je... suka dengan packaging nya

satay nya sedap, lembut juicy... kemas je packaging gini

kawan pejabat aku masa cuti raya haji memborong emas biskut tawar, aku mampu tengok je wei... belah kiri 10k, belah kanan 4k

masa  maktek balik kampung abah ada kirimkan biskut makmur ni, sedap comel je

ranggup dalam nya

saiznya pun comel aje... just nice masuk dalam mulut sebijik gitu

sibuk dok beli butang kat shopee... colorful kan

sejambak pucuk ubi kerinting, pertama kali petik dari 3 batang pokok

itu pokoknya 3 batang je, bila lah nak tambah lagi....

ahad lepas Edy kerja, duduk rumah jelah petang tu si comel ni datang... topi memang tak tinggal

rempeyek yang abah bagi, penuh kacang dan ikan bilis... ranggup laktu

sampai lagi butang warna warni dari shopee... beli besar sikit

ada kawan pejabat nak pokok bayam brazil, siap tanah dengan pasu lagi aku bagi

memula nak pesan bilis tamban je tap ternampak lak sotong cumik dengan laksa mee... kita on order jugak dari shopee