Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsi menu kudapan minum petang, sarapan pagi. Apam coklat tanpa mixer, aku ni kan kadang malas. Buat guna whisker pun ok dan gebus kejadiannya. Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan:
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat ( boleh lebihkan kalau nak manis)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam
Cara masak:
- Dalam mangkuk besar masukkan telur, gula pasir, susu pekat, minyak masak dan kacau hingga sebati semua.
- Masukkan tepung yg diayak sekali dengan serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam, kacau hingga semua sebati dan tidak berketul.
- Masukkan serbuk koko dan air panas, kacau lagi hingga semua sebati biarkan kejap.
- Sapu sedikit minyak pada acuan, panaskan pengukus. Tuang bancuhan dalam acuan, jangan penuh. Kukus guna api sedang untuk 10 minit.
- Sejukkan dan siap
Bahan-bahan |
Tinggalkan suku kosong |
Nanti dia naik gini |
Wah.. mudah dan gebus je apam nya..
ReplyDeleteye kak mudah ,s ebab tu dana buat hehehe
DeleteOkey akak nak buat nanti la..tapi kena study betul- betul dulu...
ReplyDeleteboleh punya kak mudah janji semua bahan ada
DeleteWowww..boleh dicuba ni. Nampak senang je.
ReplyDeleteye sila cuba tau
DeleteCantik kejadian apam coklat Dana. Akak selalu nampak orang jual. Mesti sedap, yek.
ReplyDeletedana suka rasa coklat tu kak...
DeleteThanks kongsi. Nampak senang dan sedap ni.
ReplyDeleteye senang kak, cuba nanti ya
DeleteNampak sedap & moist kejadiannya. Boleh cuba ni
ReplyDeletesila cuba nant kak
Deletebaru juga MY buat apam coklat ni.. si sarah la yang beria sangat nak.
ReplyDeletebudak pun mudah nak buat ni
DeleteDulu-dulu waktu anak-anak masih kecik, selalu buat apam coklat. Senang buatnya kan Dana.
ReplyDeleteAllahu.. Gebu nye apam coklat dia .. nyummyy nyummy :D
ReplyDelete