Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Thursday, September 7, 2023

PHOTO DIARY #31/2023 - BERYLS WONDERLAND

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan 2 hari aku hilang, telefon aku rosak. Cik Bu jatuhkan sampai pecah skrinnya. Mula-mula nampak lepas tu hitam  gelap gelita. Itu 2 hari senyap sunyi dunia sosial ku. Kebetulan aku cuti rehat jaga Aiyan tak sihat kat rumah. Ini cerita hari kebangsaan aritu, ajak Edy dan Aiyan ke Beryls Wonderland Sri Kembangan. Dah lama teringin nak pergi tapi asyikla tertunda. Memang cuci mata dan poket betul lah tau. 



comel sangat gambar ini




masuk dalam kedai




cerita pasal coklat sikit

masuk kedai



macam-macam jenis coklat jenama Beryls ada


rambang mata

muka paling bahagia, lagilah dia yang pegang bakul








untuk bagi hadiah pun ada




bergambar sebelum bayar

lebih kurang RM150

makan aiskrim jugak

layan kopi jugak

bergambar dengan pokok koko

jom balik

Tuesday, October 29, 2019

Singgah ke Rumah Mak Mertuaku

As salam semua kawan-kawan,

Harini mesti ramai lagi kawan-kawan yang sambung cuti. Jalan ke pejabat lenggang harini walaupun aku gerak agak lewat dari selalu.  Disebabkan minggu lepas aku dah cuti lama, itu yang aku tak amik cuti minggu ni walaupun aiyan cuti. 
Sambung cerita jalan ke Kuala Terengganu ya. 19hb bersamaan hari sabtu kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.  Petang dalam pukul 1 lebih kami singgah ke Kampung Pangkalan Ranggon, umah mentua aku.  Sampai je nampak mak mertua dah tunggu kat anjung rumah. Masuk je rumah dah nampak meja yang penuh dengan makanan dan air berjug-jug.  

Hidangan istimewa ada nasi dagang dengan gulai ikan aye, nasi minyak dan gulai ayam, laksa kuah putih, pulut dengan kelapa, nasi putih, ikan goreng,ada popia dan karipap dan pelbagai jenis air. Mak mertua aku masak special sebab ada mak abah dan adik-adik aku sekali. Mak Mertua aku memang suka masak, laju je kalau dia masak kat dapur. 


ini lah tukang masak nya

penuh meja dengan macam-macam menu

nasi dagang... bukan main banyak mil aku buat

gulai ikan dan gulai ayam

adik-adik aku yang dah lapar tapi malu kucing 

mil aku memang suka memasak macam-macam

nasi minyak dan nasi putih

popia sayur yang ranggup dan karipap

menu feveret aku, laksa kuah putih

menu tambahan, jeruk mangga versi terengganu

besan johor - terengganu

rasanya ini lah besan paling jauh yang mertua aku ada, besan dia semua orang terengganu

gambar kenangan kami, entah bila dapat jumpa lagi macamni



Friday, October 25, 2019

Kambing Guangzhou dan Nasi Kerabu


As salam semua kawan-kawan,

Harini takde kongsi resepi ya, almaklum dari minggu lepas tak kesempatan masak.  Kita sambung lagi cerita di Kuala Terengganu, kali ni pasal 1 tempat makan  yang best. Kambing bakar dan nasi kerabu.

Malam 17hb tu kami 5 beradik pergi makan di Kambing Bakar Guangzhou di cawangan gong badak.  Sekarang ada juga cawangan di Kuantan juga tau, sebelum ini kami pernah cuba makan di Batu Burok. Memang best semua menu yang kami ambil, kambing tu siap oder 2 kali lagi.  

Sarapan kami pada 18hb dan 19hb kami layan nasi kerabu.  Adik-adik semua teruja nak cuba nasi kerabu kat sini.  Kami cuba makan di 2 kedai berbeza, nanti aku kongsikan dengan korang alamatnya.  Tak pun kalau waze je mesti jumpa kedai nya. 
Dua-dua kedai nasi kerabu ni ada ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar yang best. lembut dan di bakar terus depan tu.  Rasa rempah, manis-manis memang terasa. Kalau ke terengganu tak sah kalau tak cuba segala macam masakan nya. Memang best belaka.

Kambing Bakar Guangzhou
9525 C Batu 10 Setengah Jalan
Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu
Khamis, jumaat, sabtu
3.30petang-12.00 malam
ahad, isnin, selasa, rabu
4.30petang - 12.00 malam

Fauzi Nasi Kerabu
Kampung Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
ahad, isnin, selasa, rabu, jumaat, sabtu
6.30 pagi- 12.30 tgh
khamis tutup

Warung Nasi Kerabu Pok Din
MPKT 9685
Jalan Mengabang Telipot
21030 Kuala Terengganu
Buka setiap hari 6.00 pagi - 12.30 tgh



suka suasana kedai ini, konsep terbuka

Roti dan Mushroom soup Rm6.00, best pekat likat roti pun ranggup

Tomyam Ayam RM6.00, sedap pekat melekat tapi agak pedas

Kambing bakar boneless RM20.00, memang best rempah dia tu sedap, daging lembut
ini oder kali ke dua, adik-adik semua rasa itu yang oder sampai 2 kali
nasi goreng budak RM6.00, sedap banyak pulak tu, order kan untuk aiyan dan ecah

nasi goreng BBQ, ada ayam, kambing, daging, udang sotong, telur RM15.00, memang sedap penuh isi
 FAUZI NASI KERABU

ini nasi kerabu di kedai Fauzi, memang terkenal... ayam bakar dia memang best

semua kami ambil nasi kerabu kecuali untuk aiyan dan ecah

teh hijau dia, pekat melikat

teh tarik dia, buih tu... 

muka merajuk tu, sebab kene duduk kat kerusi baby heheheh
WARUNG NASI KERABU POK DIN

kat sini edy, abah dan emak amik nasi minyak, aiyan nasi goreng 

kali ini aku cuma ambil ayam goreng je, ada jugak ayam bakar tau