Friday, October 25, 2019

Kambing Guangzhou dan Nasi Kerabu


As salam semua kawan-kawan,

Harini takde kongsi resepi ya, almaklum dari minggu lepas tak kesempatan masak.  Kita sambung lagi cerita di Kuala Terengganu, kali ni pasal 1 tempat makan  yang best. Kambing bakar dan nasi kerabu.

Malam 17hb tu kami 5 beradik pergi makan di Kambing Bakar Guangzhou di cawangan gong badak.  Sekarang ada juga cawangan di Kuantan juga tau, sebelum ini kami pernah cuba makan di Batu Burok. Memang best semua menu yang kami ambil, kambing tu siap oder 2 kali lagi.  

Sarapan kami pada 18hb dan 19hb kami layan nasi kerabu.  Adik-adik semua teruja nak cuba nasi kerabu kat sini.  Kami cuba makan di 2 kedai berbeza, nanti aku kongsikan dengan korang alamatnya.  Tak pun kalau waze je mesti jumpa kedai nya. 
Dua-dua kedai nasi kerabu ni ada ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar yang best. lembut dan di bakar terus depan tu.  Rasa rempah, manis-manis memang terasa. Kalau ke terengganu tak sah kalau tak cuba segala macam masakan nya. Memang best belaka.

Kambing Bakar Guangzhou
9525 C Batu 10 Setengah Jalan
Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu
Khamis, jumaat, sabtu
3.30petang-12.00 malam
ahad, isnin, selasa, rabu
4.30petang - 12.00 malam

Fauzi Nasi Kerabu
Kampung Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
ahad, isnin, selasa, rabu, jumaat, sabtu
6.30 pagi- 12.30 tgh
khamis tutup

Warung Nasi Kerabu Pok Din
MPKT 9685
Jalan Mengabang Telipot
21030 Kuala Terengganu
Buka setiap hari 6.00 pagi - 12.30 tgh



suka suasana kedai ini, konsep terbuka

Roti dan Mushroom soup Rm6.00, best pekat likat roti pun ranggup

Tomyam Ayam RM6.00, sedap pekat melekat tapi agak pedas

Kambing bakar boneless RM20.00, memang best rempah dia tu sedap, daging lembut
ini oder kali ke dua, adik-adik semua rasa itu yang oder sampai 2 kali
nasi goreng budak RM6.00, sedap banyak pulak tu, order kan untuk aiyan dan ecah

nasi goreng BBQ, ada ayam, kambing, daging, udang sotong, telur RM15.00, memang sedap penuh isi
 FAUZI NASI KERABU

ini nasi kerabu di kedai Fauzi, memang terkenal... ayam bakar dia memang best

semua kami ambil nasi kerabu kecuali untuk aiyan dan ecah

teh hijau dia, pekat melikat

teh tarik dia, buih tu... 

muka merajuk tu, sebab kene duduk kat kerusi baby heheheh
WARUNG NASI KERABU POK DIN

kat sini edy, abah dan emak amik nasi minyak, aiyan nasi goreng 

kali ini aku cuma ambil ayam goreng je, ada jugak ayam bakar tau

20 comments:

  1. Sedapnya tgk nasi kerabu tu..complete..harga pun tak mahal mana kan..

    ReplyDelete
  2. Wawww
    Mesti cuba ni..
    Inn shaa Allah kalau sampai KT nanti

    ReplyDelete
  3. sedap belako tu nampaknya. kalu make nasi lemak ikan ayo pedas meme sedap lagi!

    ReplyDelete
  4. Aritu akak pegi Fauzi Nasi Kerabu...mmg sedap! πŸ‘

    ReplyDelete
  5. Mak aii..teh hijau tu menggoda Dana. semua nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. uitt.. telan liur tengok pic kambing bakar, faberet tu.
    hari ni sebenar plan nak mkn nasi kerabu, tapi keluar dari landasan laluan tadi terus tak jadi, malas nak gohed gostan

    ReplyDelete
  7. masa mengandung ini lah banyak sungguh godaan hehehe

    Salam kenalan dari saya, nak tanya ini sudikah blog awak bertukar link dengan blog saya. Kalau awak sudi beritahu saya ye, comment kat mana-mana post blog saya.

    Ini blog saya https://ohzarina.blogspot.com/

    Semoga dengan ada bloglist akan bertambah lagi pageviews blog ini. Insya Allah amin

    Saya dah follow blog awak. :)

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYA NASI KERABU MMG FEVERET

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nasi kerabu tu. Sempurna rasanya sepinggan nasi kerabu. Sarapan nasi kerabu memang terbaiklah. Rugi kalau tak cuba kan

    ReplyDelete
  10. Lahhh , murah je rupanya menu-menu dekat kambing bakar guangzhou tu . Rumah saya dekat je dengan cawangan baru kambing bakar Guangzhou kuantan . Tiap hari lalu pergi dan balik kerja . Memang ramai , siap boleh drive thru . Lepas nie boleh g try la . .

    ReplyDelete
  11. semua menu nampak sedap...terutama kambing dan nasi kerabu tu!

    orang kata, nak bagi air berbuih melimpah gitu, campurkan dengan madu ek?

    ReplyDelete
  12. wah terbaik....semuanya nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  13. ohoohoi kambing bakar sedapnyaaaa tu..
    ala da balik dari Pahang.. ade gak 2 3 kali p Kuantan..
    xdan tahu kedai ni..

    ReplyDelete
  14. kemecer tenguk menu2nya.
    Naik tengganu nanti bolehlah reki2

    ReplyDelete
  15. Ya allah Dana...semuanya sedap tu ha..kalau SA yang makan ni..mmg failed check up hari Rabu nanti..hahahaha

    ReplyDelete
  16. k Kamsiah- betul harga berpatutan sangat kak

    k Ateh Nour- kene wajib cuba kalau ke sana

    Abam Kie- betul tu abam Kie, memang sedap... tapi tulah masing2 nak cuba nasi kerabu maklum susah nk jumpa yang best di kampung

    k Ujie- betul kak, dia punya ayam bakar, kambing bakar mmg best

    Atie- tulah teh hijau tu mmg mantaps, pekat likat melekat

    ShirVen- tulah layan betul kambing bakarnya tp tulah sampai 2 kali order sbb sedap

    OhZarina- kalau kesempatan ke KT, kene cari makanan ni semua

    k Paridah- hehehhe paling best bila banyak lauk dan ulam nya

    Azhafizah- betul tu, tapi tulah orang yang tak suka sayur mmg tak layan nasi kerabu macam adik akak hehehe

    Suhana- apa lagi nanti boleh la try ke kambing guangzhou tuh

    Sunah- hehehe semua sedap kan, bab makanan no 1... aah memang ada boh madu teh tarik dan teh hijau tu

    Zurainny- kene jengah kedai kambing bakar guangzhou tu... hehehe

    k SAniah- heeheh betul tu kak, bab makan memang pandai je cari nya

    SYM- takpe kalau ke sana lagi, boleh cuba

    wak WP- betul tu wak, nanti lapang2 dolan-dolan lah kuala terengganu wak

    k SA- hehehe kalau nk try lepas2 chekcup kak

    ReplyDelete
  17. kambing bakar tu nampak mengancam..
    Sedapnya nasi kerabu tu..

    ReplyDelete
  18. Semua makanan nampk sedap. Teh ais Leleh Tu.. alahaiiii

    ReplyDelete
  19. I appreciate your information in this article. It’s smart, well-written and easy to understand. You have my attention on this subject. I will be back. Eminem is an American rapper and one of the most successful artists in hip-hop. As of 2020, Eminem net worth is now estimated to be $230 million.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...