Thursday, October 24, 2019

Jalan-Jalan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

As salam semua kawan-kawan,

Harini kita takde photo diary, aku nak abiskan gambar jalan-jalan di Kuala Terengganu.  Selepas balik dari NACC kami ke pantai batu burok pula.  Petang jumaat memangla sesak sini, nak cari parking memang hazab.  Tapi bila dapat turun tu memang seronok lah, pantai baru burok ni memang meriah dan pantainya pun di kira bersih.  

Bila jumpa pantai memang seronok lah, 2 orang budak kecil tu lah sibuk berlari sana sini, si ecah pun berlari tak hingat, nasibla dia tak geli dengan pasir.  Adik-adik aku sibukla bergambar, di kampung kami takde pantai berpasir gini.  Kalau ada pun kat pontian tu pantai jenis berlumpur. Dah sampai sini, wajibla ambik gambar kan. 

Sampai sini kalau tak bergambar memang tak sah.


macam-macam aksi masa ni,entah apa lah yang emak menungkan tu

macam aku, pantai tu antara tempat kegemaran aku

sibuk melayan ecah yang baru pertama kali sampai ke pantai

bergaya betul budak tu, dengan jumpsuit dan topi dia tu

pengalaman berjalan pertama kali di pasir pantai, seronok dia berjalan... siap takmo balik

macam-macam gaya


cantik kan lepak tepi pantai... kami kalau di suruh bergambar memang pantang 

si aiyan sibuk nak main kereta kuda, tapi aku tak bagi hehehe... mahal o sekali pusing rm50

diaorang dua beradik ni kalau orang tak tau mesti ingat kekasih... kerjanya gaduh je budak 2 orang ni

masa ni papa pi lepak kat kereta, dia ambil gambar sendiri

si adik tengah ambil gambar si kakak... 

sampai sini wajib try satay ikan dan segala bakar-bakar

layan betul satay ikan dan bakar2 nih... paling layan yang pulut dan kek ayam tu

26 comments:

  1. Pantai Buruk memang cantik waktu petang, ramai duduk santai di situ kalau petang..dah berapa kali juga sampai ke sana masa Suami bekerja di Paka..

    ReplyDelete
  2. pantai batu buruk mmg sentiasa rmai org.. kalo ari cuti lg la ramai.. hihi..

    sy jrng ke batu buruk.. biasa lepak kat pantai teluk ketapang je..
    xpon lepak kat pantai kat tmpt keje sy ni.. hihi

    ReplyDelete

  3. Akak selalu jugak ke Ganu nih. Ada anak buah kat sana.

    ReplyDelete
  4. Waaa dah lama tak pergi Terengganu. Pantai dia cantik sangat. Lepas tu bab makan tu memang la tak boleh tahan.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai lagi kat sini...menarik...

    ReplyDelete
  6. Sis LIn- betul tu kak, malam pun kadang meriah jugak... dana selalu jugak ke sana kalau turun ke KT

    Ezy- orang tempatan lebih suka cari pantai lain kan, banyak pantai yang cantik2 area terengganu, sebab tu akak suka balik kg

    Ibu Lala- akak biasa ke pantai batu burok ni jugak ye kak

    kak Feni- betul tu, pantai terengganu cantik cuma skrg makin banyak yang dh terhakis

    k SA- kene datang terengganu dan layan pantai dia ni SA

    ReplyDelete
  7. tengok 2 bradik tu teringat kat adik lelaki ammi.

    penah sekali girlfrennya merajuk ingatkan ammi ni scandal baru adik ammi sebab ammi jalan pegang tangan dia. Pastu panggil ayang.

    Dah memang itu panggilan utk dia dari kecik nak dibuat camna ahhaha..kelakau pulak rasanya.

    ReplyDelete
  8. sonoknyer men pasir pantai burok tu kanns.. hehehe

    ReplyDelete
  9. pantai kt trenganu pasirnya putih, halus..

    ReplyDelete
  10. macam2 pilihan yang bakar2 tu ya..
    meriah pulak. Pulut tu..pulut bakar ke? Tengok gambar tapi tak dpt tangkap apa benda :D

    ReplyDelete
  11. bestnye dana...wishlist sgt nak jjcm teganu nie...dok 3 hari sini pun belum tentu leh cover makan sedap2 kat sini kan...

    ReplyDelete
  12. Bestnya Dana.. anak2 klu jumpa pantai memang sukaa.. klu boleh nak main saja.. haha..
    bab makan kt KT ni masih kira murah kan.. pilihan pun byk..

    ReplyDelete
  13. k Shiela- heheheh cuma 2 beradik tu kaki gaduh, tp si adik tu mcmne pun tetap dgr kata si kakak la... kakak pun kadang saja je suka ngaco adik nya kan

    wak Lat- seronok wak, cuma tak boleh mandi situ lah... tak di benarkan

    k Kamsiah- betul tu kak, seronok jalan2

    k Ujie- betul siap ada oden lagi kak, yang pulut tu rupa dia macam sosej tapi dia campuran ayam dengan pulut gitu

    Lieya- 3 hari mmg tak cukup lieya, mana nk pi makan2 mana nak pi jalan2 mmg best lah, itu belum pergi pulau2 lagi

    Atie- itulah best main kt pantai nih, angin pantai tu best menengkan

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat jalan-jalan ke terengganu.. pi tepi pantai pun syok tuu

    ReplyDelete
  15. Lamanya akak tak gi jln2 pantai..
    Anak2 pun sibuk nak gi pantai..
    Nak Cari tarikh utk bercuti ke pantai..
    Dpt yg dekat oklah..πŸ€—

    ReplyDelete
  16. seronok tu..
    tapi akak kurang suka pantai dan air terjun.
    suka tasik.

    ReplyDelete
  17. tempat pebret wak lepak2 masa duk tenganu dulu.
    Zaman dulu2 ada sebaris gerai makan di tepi pantai tu
    wak selalu makan kerang rebus di situ.
    Sejarahnya, masa ombak besar dulu, semua gerai tu berenang ke laut.

    ReplyDelete
  18. Meriah pantai batu burok ni.. sesuai untuk kunjungan family. warna warni dengan layang-layang. Suka tengok

    ReplyDelete
  19. wow...

    saya pun berazam untuk ke Terengganu.

    in shaa Allah.

    biasa lepas makan budu saya akan terimgat Terengganu.


    yang pasti nak bermain-main di Pantai Batu Buruk

    ReplyDelete
  20. Wah! seronoknya tengak Dana sekeluarga bercanda di Pantai Batu Burok

    ReplyDelete
  21. Tengkubutang- kebetulan adik konvo itu yang sambung jjcm terus

    k YatiCh- tulah kan kak, kalau di KL pantai yang paling dekat melaka atau PD kak, kalau nk jauh sikit kene time cuti kan

    k Azian- dana suka pantai kak, tasik tenang je kan

    wak WP- tahun bila tu ye wak, 80an ye... skrg ni takde setakat payung2 tu ada jgklah tp jenis setiap hari akan balik, kalau kedai yang kekal jauh sikit dari pantai

    Azhafizah- betul tu, layang-layang tuh memang meriah.. walaupun agak pricy sikit

    MrHanafi- kalau ada kelapangan, cuti boleh la ke kuala terengganu .. layan pantai dan pulau2 di sana

    Mrs. A- sesekali bawak family sekali ke sana kak...

    ReplyDelete
  22. mahal jugak ek kereta kuda tu...satu pusing RM50

    ReplyDelete
  23. sedapnyaaa lahai sate ikan tu sambil manis2 pedas
    pastu duduk tepi pantai haaa angin tiup2..

    layan..

    ReplyDelete
  24. SUnah- aah, sebeb sebelum ini pernah pergi... tapi ada jugak yang kereta kuda yang macam keretapi tuh... itu tak tanya rm berapa tapi ramai dah orang menunggu

    SYM- itulah pasalnya, layan betul makan sate ikan tepi pantai kan

    ReplyDelete
  25. bestnya yang bakar-bakar tu.. kat sini pun ada..

    ReplyDelete
  26. Sha- kat kl ni tak tau mana nk jumpa yg ada bakar2 gitu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...