Monday, May 19, 2025

JAJAN ZAMAN KECIK

 Assalamualaikum semua,

Sila lah terliur kecur air liur hehehhe. Minggu lepas ada kawan bagi limau kasturi kebetulan ada asam boi putih ni kita pun buat la gini. Tapi kalau dapat asam boi merah mesti lagi sedap rasanya. Ini dulu masa sekolah di tahun 90an memang jajan best ni.










sedap betul, dulu siap makan semua isi dia tu

Thursday, May 15, 2025

PHOTO DIARY #13/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari yang memenatkan adalah pada selasa dan khamis, jadual penuh. Awal pagi pukul 6.30 pagi dah ke pusat dialisis habiskan masa 4 jam, lepas tu ambil Aiyan kat sekolah hantar balik ke rumah. Balik semula ke pejabat dan mendaki tangga ke tingkat 7. Doakan aku terus sihat dan kuat ya kawan-kawan. Jom kita layan cerita bergambar.

Baru sampai pejabat pukul 2.00 petang... 

Pukul 1.15 petang sampai rumah, hanar Aiyan

Pukul 12.45 tengahari tunggu di sekolah Aiyan

masa untuk cas tenaga4 jam

6.25 pagi sampai di Felda, awal sikit hari ini

dah 2 hari terpaksa guna payung baru, sebab hujan setiap petang, bila dah guna payung lupa nak bawak ke kerete semula.

Takde nya nak pakai kasut tinggi bertumis, aku setiap hari pakai kasut sukan dan beg galas je

mug baru heheheh

ada jamuan perpisahan pegawai 

bukan la kami nak raikan perpindahannya tapi, untuk beri semangat buat dia

menu baru roti john ayam pedas


pelangi

terjumpa keluarga maktek sarapan kat kedai yang sama

culik kejap budak ni... geram

Tuesday, May 13, 2025

NASI DAGANG WARUNG K ZAI KERAMAT

 Assalamualaikum semua,

Biasanya waktu ni aku tengah baca novel, tapi tadi mengantuk betul dapat lelap beberapa minit mata segar. Jadi rajinla sikit buat entri sementara nak habiskan 2 jam lagi dialisis ni.

Ceritanya semalam kan cuti wesak, kebetulan Edy cuti selalunya kalau bukan cuti utama dia tak cuti. Aku malas nak keluar pagi jadi kirim kat dia nasi dagang. Mulanya dia kata nak makam nasi kerabu jadi aku kirim nasi dagang. Tup-tup dia belikan nasi dagang pastu keluar bersarapan dengan Aiyan kat mamak. Pertama kali makan nasi dagang ini tapi sedap juga, kira lepas ni boleh beli lagi kalau teringin.

Nasi nya berderai, ini gaya terengganu

Gulainya pun sedap

Bungkus kecil camni

Keramat au3

Friday, May 9, 2025

RESEPI MEE BANDUNG

 Assalamualaikum semua,

Sudah dua minggu aku nak cerita pasal resepi mee bandung ni tapi asyik terlupa je. Resepi mee bandung ni aku belajar masa aku tingkatan dua dalam kelas Ekonomi Rumah Tangga. Memang tak boleh lupa la resepi ini memang bagi aku istimewa. Aku jarang sangat masak mee bandung ni tapi sesekali bila teringin rajinkan diri masak. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5  ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang holland, kisar

1 mangkuk kecil udang kering, kisar

3 sudu besar cili boh

1 biji tomato kisar,

2 cawan keledek lenyek

1 mangkuk kecil sos cili

1 cawan biskut meri kisar

air secukupnya

gula dan garam

daging lembu

udang

lobak merah

sawi

tauhu 

kek ikan

Telur

Mee kuning

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar dengan cili boh hingga pecah minyak bumbu nya.

- Bila dah pecah minyak tu, masukkan cili sos tambah air 1 cawan.

- Masukkan keledek yang kita dah lenyek , tambahkan air 2 cawan masukkan daging, lobak, udang kek ikan, tauhu goreng biarkan hingga masak.

- Masukkan biskut meri kisar yang kita dah tambah dengan 1 cawan air panas, gaulkan lagi dan tambahkan 1 cawan lagi air.

- Perasakan dengan gula dan garam, masa tengah mendidih pecahkan telur sebiji-sebiji.

- Akhir sekali masukkan sawi dan boleh matikan api. 

- Makan dengan mee kuning yang telah dicelur.















kalau nak cair boleh tambah air lagi ya

Thursday, May 8, 2025

PHOTO DIARY # 12/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kan aku ada dialisis, jadinya terlupa nak buat entri. Tadi mengantuk sangat tertidur jugak la aku sejam masa tengah dialisis tu heheheh. Hari ini pertama kali hari dialisis aku pakai baju kerja, siap dengan bermakeup lagi, pastu aku siap masuk pejabat lagi petang nya. Larat jugak aku naik pejabat rupanya walaupun pagi tu lepas buat dialisis. Kadang datang penat, memang rasa nak tidur je. Petang tadi hujan lebat betul dekat pejabat, harap petang pukul 4 dah berentilah hujannya. 

Nasi Line Clear, ada kawan pejabat belanja... tapi aku takmo kuah 

pengarah aku pergi menunaikah haji, dia tinggalkan kereta jawatan kat pejabat suruh aku panaskan enjin. 

pemandangan lepas balik dialisis, cantik cerah je langit masa ni pukul 11 pagi

jururawat dekat hd semua dok puji, lenkali pakai makeup dan baju cantik-cantik kak hehehhe

tempat duduk aku dekat dengan pintu masuk, pagi-pagi layan tv pastu mula la mengantuk

ini penimbang ya

bilik aku memang tempat bergosip pegawai dan bebudak pejabat suka melepak kat sini 

kawan sama-sama meniaga kat kedai puspanita

biasa kalau aku pergi dialisis memang tak 

balik sekolah memang baring dulu dia

kawan bagi comel kan

2 hari berturut makan mee jawa

ada tambah lampu jalan untuk keselamatan penduduk

menunaikan janji buat lontong darat lepas raya

jual juga sambal goreng