Thursday, May 8, 2025

PHOTO DIARY # 12/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kan aku ada dialisis, jadinya terlupa nak buat entri. Tadi mengantuk sangat tertidur jugak la aku sejam masa tengah dialisis tu heheheh. Hari ini pertama kali hari dialisis aku pakai baju kerja, siap dengan bermakeup lagi, pastu aku siap masuk pejabat lagi petang nya. Larat jugak aku naik pejabat rupanya walaupun pagi tu lepas buat dialisis. Kadang datang penat, memang rasa nak tidur je. Petang tadi hujan lebat betul dekat pejabat, harap petang pukul 4 dah berentilah hujannya. 

Nasi Line Clear, ada kawan pejabat belanja... tapi aku takmo kuah 

pengarah aku pergi menunaikah haji, dia tinggalkan kereta jawatan kat pejabat suruh aku panaskan enjin. 

pemandangan lepas balik dialisis, cantik cerah je langit masa ni pukul 11 pagi

jururawat dekat hd semua dok puji, lenkali pakai makeup dan baju cantik-cantik kak hehehhe

tempat duduk aku dekat dengan pintu masuk, pagi-pagi layan tv pastu mula la mengantuk

ini penimbang ya

bilik aku memang tempat bergosip pegawai dan bebudak pejabat suka melepak kat sini 

kawan sama-sama meniaga kat kedai puspanita

biasa kalau aku pergi dialisis memang tak 

balik sekolah memang baring dulu dia

kawan bagi comel kan

2 hari berturut makan mee jawa

ada tambah lampu jalan untuk keselamatan penduduk

menunaikan janji buat lontong darat lepas raya

jual juga sambal goreng

6 comments:

  1. Memang penat kan lepas dialisis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kadang tak penat, sbb petang tu boleh buat macam-macam kerja lagi.

      Delete
  2. Ada officemate kata selepas dialisis memang penat n lesu..tapi esoknya sikit-sikit rasa badan fresh n cergas..iya ke Dana?

    ReplyDelete
  3. Stay strong ya Dana. Sedapnya sambal goreng tu.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah mudahkan urusan Dana🤲

    ReplyDelete
  5. Semoga terus kuat Kak Dana. Larat lagi tu masuk office buat kerja. Kalau nasi bungkus macam tu, saya pun tak suka jenis campur kuah jadi kembang macam tu. Tapi kalau dah rezeki, kita makan jugalah. Rezeki jangan ditolak. Sedapnya lontong darat dan sambal goreng.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...