Monday, May 5, 2025

BUNGA ROS MINI

 Assalamualaikum semua,

Maafkan diriku minggu lepas banyak tenggelam dari muncul. Aku dah mula buat dialisis 3kali seminggu jadi masa menghadap pc memang agak terhad. Sekarang aku dah mula buat dialisis di Felda belakang pejabat. Syukur dapat buat dialisis di tempat yang dekat dengan tempat kerja tapi jauh sikit la dari rumah. 

Aku nak cerita pasal bunga ros mini, dah lama aku berkenan dengan bunganya. Makngah ada 2 pokok bunga ros mini ini. Aku suka tengok saiz bunganya yang comel dan kecil sangat tu. Geram betul tengok saiz dia yang nampak sangat comel tu. Baru- baru ini aku jumpa di shoppe jadi beli la sepokok, harga dalam RM27.00 sepasu. Bila sampai besar jugak pokoknya dan memang comel sangat bunganya.


elok di balut pasu pokoknya






perbandingan saiznya dengan bunga ros biasa kat rumah

8 comments:

  1. subhanallah..comei sgt tu
    semoga dipermudahkan urusan Dana yer...pelan2 je..backdated pun kami ok.. take care Dana

    ReplyDelete
  2. Comel sangat bunganya...wangi tak?

    ReplyDelete
  3. comeynyaaaa...wangi dia sama tak macam yang ros besar? semoga dipermudahkan buat Dana, masih cuci darah atau dah mula cuci air?

    ReplyDelete
  4. Comelnya bunga ros kecil ni.

    ReplyDelete
  5. comelnyaaa bunga ros kecil! moga dipermudahkan urusan akak Dana aminnn

    ReplyDelete
  6. Syukur juga tempat analisis dekat dengan office. Banyak kali juga tu dalam seminggu. Masih setia kak Dana dengan bunga rosnya. Comel je kelopak bunganya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...