Friday, January 31, 2020

RESEPI MURTABAK MAGGI ATAU PIZZA MAGGI

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Cuti CNY hari isnin lepas kami tak keluar sarapan sebab Edy kerja. Pagi tu ke dapur ingat nak masak mehun goreng tapi bahan lak tak cukup, nak buat nasi goreng malas lak nk masak nasi nya. Nak masak maggi goreng tapi tengok tinggal 2 pek je jadinya kita tukar lah rancangan.

Buat murtabak maggi jelah, dah lama tak buat pun. Godeh la dalam peti cari bahan yang ada, sayur mayur pun takde. Apa yang ada jelah ya janji boleh jadi sarapan.

Bahan-bahan:

2 pek maggi ( celur dan toskan)
5 biji telur 
1 pek perisa kari maggi
2 biji bawang merah kecil , mayang halus
3 batang filament crab, potong nipis (korang boleh isi lauk apa pun, sosej, ayam, daging, udang tapi kalau taknak isi pun boleh)
2 batang daun sup, hiris halus

 Cara Masak:

- Campurkan semua bahan dalam 1 bekas besar
- Gaulkan semuanya hingga sebati
- Gorengkan dalam pan ikut kesukaan nak saiz mana
- Gunakan api sedang supaya betul-betul masak murtabak maggi ini. 
- Boleh makan dengan sos cili dan mayonis


masa ini aku lupa masukkan daun sup, dah nak goreng baru ingat

aku gunakan cuma 1 perisa maggi jadi dia agak pucat

aku guna pan yang kecil je mudah sikit nak jaga

ini pun agak fail sebab pecah sikit tengah tu hahahha

dah siap di goreng, tak sempat nk susun yang lawo kat atas, yang pecah kat bawah... hahaha janji sedap makan panas-panas


Thursday, January 30, 2020

PHOTO DIARY #5/2020 JUMPA DINOSOUR

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Sabtu lepas masa ke Aeon big lalu tepi wangsawalk dah nampak dah ada gambar dinosour dan khemah kat parking wangsawalk tu. Tapi sebab nampak macam tak siap, so kami fikir mungkin tak buka lagi. Ahad pagi lak lepas sarapan kami round lagi ke wangsawalk nak tengok dinosour tu, tapi tak buka lagi tanya kat pak guard katanya buka malam.  Ohh patutlah sendu je, si Aiyan dah bisinglah nak tengok dinosour, nak tengok nak masuk lah. Cakaplah dengan dia malam baru buka, nanti kita datang lagi.

Selepas maghrib, dalam kul 8 kami pun gerakla ke sini. Nasib masa tu parking masih banyak kosong lagi. Masuk dalam tu pun lenggang je. Mula-mula tu si Aiyan tidak mahu masuk sebab dia dengar bunyi dinosour. Hilang semua keterujaan dia hehehehe... Tapi lepas pujuk-pujuk dia masuk jugak walaupun takut-takut. Tapi lama-lama tu baru dia ok, berani nak bergambar sendiri dan pegang dinosour tu. Tempatnya tak luas mana, tapi ok lah sebab dinosour tu boleh gerak dan ada bunyi-bunyi.

Dinosour di wangsawalk
Hingga 16 februari 2020
Buka 6 petang hingga 11 malam
Yuran masuk
Bawah 2 tahun: percuma
kanak-kanak : RM5
dewasa : RM8


pagi tu ambil gambar beria, siap asyik tanpa bila kita nak tengok dinosour ni

gaya bergambar dia... bukan main

malam tu masa datang, dia dah takmo masuk sebab ada bunyi-bunyi

nampak pulak pokok ini kat pintu masuk, siap boleh cakap lagi mulut dia tu gerak-gerak nangis lah si Aiyan takmo masuk hahahha
pujuk-pujuk peluk dia ajak masuk, nak jugakla dia masuk...

nampak muka takut tu, tak ikhlas bila suruh senyum hahahah 

papa ajak bergambar dengan trex pun dia takmo, sibukla nangis peluk aku 

muka tak ikhlas, lagi lah bila mulut trex tu terbuka dan pusing-pusing

masa ini dia dah mula berani sikit, so dia dok cerita kat papa apa nama dinosour ni

papa dok bagitau dia tak takut pegang dinosour nih

dinosour ini kata dia tak seram, so dia berani lah pegang ekor dan bergambar

selain dari baca nama dinosour kat tepi tu, ada beberapa dinosour yang dia dah kenal sebab selalu baca buku pasal dinosour

dia suka dinosour ni, ankylosaurus katanya... dia baik tak suka gaduh, terus dia nak gambar sini


masa ini dia dah berani sikit, ini antara dinosour yang dia paling suka sebab yelah trex kan kuat.. tapi tulah bunyi dia tu buat goyah 

siap nak bergambar sendiri lagi, dah tak takut dah


dia tak kenal dinosour ini, so dia sibuk usha apa nama nya kat bawah tu

ini antara dinosor kegemaran dia, triceratops 
siap pakai baju tshirt gambar trex lagi tau, sibuk nak naik dinosour nih

dah nak balik baru tak takut nak bergambar dengan pokok nih

sampai rumah kul 10 lebih, ada dinosour kecik ni mintak makan, sian lahai tuan nya keluar tak balik lagi dah malam, kelaparan datang la rumah kami minta makan dan air

Wednesday, January 29, 2020

CUTI CNY KE BAGAN LALANG

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Cuti CNY baru ini rancanganya nak lepak rumah atau jalan-jalan sekitar kuala lumpur je. Tapi pagi tu Edy kata ada jemputan kahwin kawan nya di Keramat. Lepas zuhur kami gerak dari rumah, jalan lancar semua. Setel dari kenduri terus ke Sepang, Edy nak ambil barang kat site lamanya. 

Dah sampai sepang, Edy kata jom ke Bagan Lalang, teruslah waze ingatkan dekat jauh jugak rupanya. Sudahla jalan sempit jem jugak lah nak sampai ke sana. Bila dah sampai pantainya memang cantik bagi aku cuma sesak sangat, ramai yang berkhemah siap buat ampaian lagi. Mana yang baring dengan selamba tak pakai baju punya lah ramai. Aduhai terperanjat betul aku. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

kawan Edy yang lelaki tuh, cantik pengantin 

kalau tak anak yang buat hal, papa nya lak yang buat spoil gambar... sabar jelah aku

masa sampai kul 5 lebih, duduk tepi ini sambil tunggu si aiyan dan papa pi toilet

best layan angin petang, mungkin sebab cuti CNY itu yang sesak sangat

aku tak pernah jumpa pemandangan gini itu yang jakun hahahha... jadi tak best macam-macam bau ada 

ramai lagi yang masih baru sampai nak berkhemah kat sini... 

selfie lah sorang-sorang sementara tunggu 2 beranak tu

siap ada patung botak kat tepi pantai... mungkin sempena CNY

sebelah tepi tu chalet sepang gold coast

Add caption

dia sibuk nak main air tapi kami tak kasi, mungkin lain kali... 

pasir di bagan lalang di halus sangat lebih halus dari pasir di pantai terengganu 

dia nai main conteng pasir je, bagi lah dia kayu


ambil gambar ber2 sebelum balik



banyak cengkerang siput dan kerang yang halus... 

masa nak balik, singgah beli buah naga...sepang terkenal dengan buah naga yang manis 

Tuesday, January 28, 2020

KAMI GENG SETIAUSAHA PEJABAT

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Rasa macam hari isnin lak, ramai kawan pejabat yang sambung cuti. Terasa lemau lak almaklum dah cuti tiga hari. Mula lah rasa nak cuti lama lagi hehehe... 

Cerita hari jumaat lepas, masa rehat kan panjang jadi kami ada lah buat majlis makan-makan, borak-borak sambil buat sambutan harijadi salah sorang geng kami.

Kami di JUPEM tak ramai, semua sekali ada 15 orang setiausaha sahaja. Yelah ada 15 bahagian kat sini itu lah jumlah kami. Tak dapat kumpul semua ada lah sebahagian je. Dah lama kami rancang nak buat majlis gini tapi susah sangat nak buat dek kerana kekangan masa, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kami duduk di bangunan yang lain-lain, walaupun ada yang sama bangunan tapi lain-lain tingkat tapi nak jumpa selalu memang payah, kalau ada pun grup whatsapp je. Jom la kita tengok gambar yang ada yek. Bila dah jumpa tu memang riuh rendahla,macam-macam benda nak borak nasib buat kat tempat kawan tu memang takde orang lain dia duduk berdua dengan boss dia kat satu tingkat tu. 


makcik jadi chef la kengkunun nya ketua masak-masak

masa ni sibuk buat jus buah 

sup untuk oden tengah masak masa ini 
aku masak ayam bakar mayo, masak kat rumah tinggal panas kan je


bahan-bahan untuk oden... yang nak makan nya tak sampai 10 orang tapi dia punya banyak macam nak makan 20 orang

di paksa pakai topeng olaf ni 
kene paksa jadi olaf, sesak napas wei takde lubang hidung hahahha
masa ini birthday girl nya belum sampai lagi

yang kat tengah berbaju serba hitam itulah yang nak diraikan

masa ini dah tambah lagi 2 orang, sorang lak dah balik

oden yang dah siap, dua kal jugak aku tambah hahah makan ramai-ramai selera ja
acara potong kek, dinanti-nanti kan masa ini... sedap kak peanut butter SR