Friday, January 17, 2020

RESEPI BAWAL MASAK LEMAK CEKUR@KENCUR

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Salam pagi jumaat kawan-kawan, bukan main gembira bila dah sampai hari Jumaat ni. Dia punya gembira , bahagia lain macam 😁😁


Hari ini aku nak kongsi resepi masakan jawa, menu kegemaran family aku kat kampung. Sekarang jadi menu kegemaran Edy jugak. Aku kalau masak menu ini memang aku tak boleh nak tolak lah,  nasi pun takmo makan pun termakan jugak walaupun sikit.  Memang berhantu lah. Selalu selain ikan bawal, ikan keli, ikan mayong, ikan patin, ayam ,pun sedap untuk masak menu ini, janji kene goreng dulu tau.
Biji cekur@ kencur ni, dia ada bau yang sedap bagi aku, menaikkan rasa dan selera tapi mungkin tak semua orang suka dengan bau nya.

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal (goreng dengan garam dan kunyit)
4-5 biji cekur @kencur , tumbuk
4 ulas bawang putih, tumbuk
5 ulas bawang merah kecil, tumbuk
20 biji cili api, tumbuk (ikut pada tahap kepedasan masing-masing)
1/2 sudu kecil asam jawa
gula/garam
1 kotak kecil santan 
2 cawan air


Cara masak:

- Masak kan semua bahan tumbuk dengan secawan air dengan api sedang selama 5minit, biarkan bahan tumbuk masak
- Masukkan asam jawa, dan santan tambahkan gula dan air secawan masak dengan api perlahan hingga mendidih berbuih kecil, sentiasa kacau 
- Masukkan ikan goreng, perasakan dengan garam biarkan kuah mendidih kecil masih gunakan api kecil tau. Bila dah cukup rasa boleh matikan

*Boleh juga kalau buat kuah pekat, dan tuangkan pada ikan yang telah di goreng. Aku suka masukkan ikan goreng tu terus dalam kuah biar pekat terasa semua perasa.

Ini bahan utamanya, biji cekur tu warna nya putih tau, aku tumbuk kasar je semua

masakkan bahan tumbuk hingga betul-betul masak

selepas masukkan santan, api kene kecil tau 

ini rupa biji cekur, masa ni aku tanam sendiri tapi ini nampak panjang, sepatutnya dia jadi besar macam kunyit tu 

laki aku kalau beli bawal mesti mintak masak ini... 

masak lemak cekur ini memang pekat-pekat je dan pedas memang layan lah

36 comments:

  1. oh masakan jawa...oh ikan tu goreng lps tu tuang kuah ye..tp yg masukkan ikan tu tkyh goreng dlu ikan ke?

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik, nampak sedap la...kalau SA buat sendiri confirm x jadi ni..x pernah lagi makan style ni..

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar menu ni..nampak sedap

    ReplyDelete
  4. wahh bikin kecur je ni kakdana
    .. huhuhu

    ReplyDelete
  5. mamaTisya- dana punya tu masukkan dalam kuah dah di goreng kak, kalau tak goreng dulu nanti cepat hancur isi ikan nya tuh...

    k SA- lebih kurang mcm masak lemak cili api cuma ikan boh akhir sekali sebab dah goreng dulu ikan nya

    Iduraz- menu orang kampung, orang jawa itu orang bandar jarang kenal

    wak Lat- memangla kecur, sedap wak... wak makan ke lemak kencur ni wak?

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar lauk ni. Cekur dan ikan bawal.

    ReplyDelete
  7. tengok gambar pun dah tahu sedap tu. bawal ni kalau goreng garing saja pun dah sedap kan

    ReplyDelete
  8. Selalu cekur akak buat ulam ja..mmg bau dia membangkitkan selera

    ReplyDelete
  9. Akak ni kategori Jawa Johor 'murtad', sbb tak reti masak menu ni..😆

    ReplyDelete
  10. kena cuba masak makanan ni. cari kelainan. nak try masakan jawa jap. asyik make masake kelate jah.

    ReplyDelete
  11. k NA- hehehe itulah menu orang jawa, negeri lain mesti tak kenal sangat denga cekur

    en JMR- hehehe betul tu mmg sedap, bawal tu goreng biasa pun dah sedap dagingnya kan...

    k Kamsiah- betul kak, daun dia buat ulam atau biji cekur muda buat ulam mmg membangkit kan selera

    k Ujie- hheheheh kalau teringin cuba lah masak kak

    Abam Kie- ye, cubalah cikgu mana tau kene dengan selera

    ReplyDelete
  12. Akak tak pernah lagi masak resepi ni guna ikan bawal...biasa ikan keli dengan patin je.Tapi memang sedap kan.

    ReplyDelete
  13. kak...ooo kak....kita baru tau ni, cekur tu bijinya lebih berfungsi sebagai bahan utama dalam masak lemak..ingatkan daunnye saje...hahahah

    macehhh atas perkongsian ini kak! nak gi korek cekur jap hahahha

    ReplyDelete
  14. tq dana for sharing.
    aida tak pernah makan or masak cekur ni.
    nice knowing this :)

    ReplyDelete
  15. Aisyalieza- mesti dah biasa makan ni kan masak lemak cekur nih

    k Saniah- aah kak, dana suka jugak pakai bawal sebab isi dia kan tebal kak... mmg sedap

    Sunah Sakura- hehehe biji dia lah sedap buat masak sunah oi... ini kalau tambah daun dia dalam sayur ni lagi sedap

    k Aida- kalau jumpa biji cekur cuba lah masak gini kak

    ReplyDelete
  16. Wow, pertama kali tengok, & memang tak pernah makan.

    ReplyDelete
  17. pandai dana masak,,,sedap ni.. masakan ala2 kampung ni mmg terbaik..

    ReplyDelete
  18. waalaikumussalam. rasa macam penah dengar nama masakan ni tapi belum pernah cuba :D

    ReplyDelete
  19. tak pernah tak sedap...

    tengok gambar pun sudah tahu

    ReplyDelete
  20. waaa macam sedap je nihhhh. next time boleh cuba heheh

    ReplyDelete
  21. Sedapnya tengok makanan malam2 gini... Fuh lapar terus.. :D

    ReplyDelete
  22. sedapnya.. menyanyi2 plak perut sy ni.. haha

    ReplyDelete
  23. AtulHamid- ya memang ramai yang tak pernah jumpa menu ni

    k NurAsyiqin- yang mudah-mudah boleh la masak kak heheheh

    k Feni- sedap kak, cuba lah ye

    k UmiNazrah- cuba lah ye kak mana tau kene dgn selera

    mrHanafi- alhamdulillah memang sedap

    cik Bunga- bagi akak dah sedap sangat heheheh...

    en Hasif- hehehe lenklai jangan tengok lewat malam

    Ezy- hehhehe nyanyi lagu apa tu, tengok lak malam-,malam memang la berbunyi dia

    ReplyDelete
  24. Tak pernah makan masakan ni...nampak sedap.

    ReplyDelete
  25. Power Dana~ memang jawa sejati. Akak dulu mak ada juga masak tapi sbab cekur nya wes orak eneng...jadi lama dah tak makan menu berunsur cekur ni. Heheh~

    ReplyDelete
  26. NAMPAH MUDAH MASAKANNYA MESTI SEDAP SANGAT TU

    ReplyDelete
  27. fuh nyaman tu dana. dapat aku imijin wangi bau cekur tu.
    first time juga aku tengok menu camni. rerajin aku nak try

    ReplyDelete
  28. Wahhh.. sedapnya resepi bawal ni kak dana. terliur dibuatnyaaa

    ReplyDelete
  29. Waaa bolehlah refer sini Kalau nak masak lemak kencur nanti

    ReplyDelete
  30. Ai- biasanya orang jawa yang suka biji cekur nih

    Mrs. A- masakan orang jawa ni kak... sedap kalau yang suka hehehe

    k NanyFadhly- heheheh takkan jawa hilang di dunia kak, hehehe kat pasar tani selalu ada jual cekur kak, kat pasaraya pun kadang ada

    k Paridah- mudah dan insyallah sedap kak

    ShirVen- heheheh ko tryla cari di pasar pagi ke apa mana tau ada cekur tu, ko try masak ye nanti

    Nadhie- hehehe cuba lah nnti kot jumpa bahan-bahan nya

    MamaPP- boleh kak, cuba lah nanti ya

    ReplyDelete
  31. Owh.. goreng dulu ye ikannya.. Macam sos pula kuah putih tu..

    ReplyDelete
  32. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  33. First time tengok dan dengar menu ni kak. Banyak betul menu rare dalam blog kak Dana ni. Nampak sedap tu. Bolehlah cuba kalau nak rasa nanti kan. Tq share resepi

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...