Thursday, January 30, 2020

PHOTO DIARY #5/2020 JUMPA DINOSOUR

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Sabtu lepas masa ke Aeon big lalu tepi wangsawalk dah nampak dah ada gambar dinosour dan khemah kat parking wangsawalk tu. Tapi sebab nampak macam tak siap, so kami fikir mungkin tak buka lagi. Ahad pagi lak lepas sarapan kami round lagi ke wangsawalk nak tengok dinosour tu, tapi tak buka lagi tanya kat pak guard katanya buka malam.  Ohh patutlah sendu je, si Aiyan dah bisinglah nak tengok dinosour, nak tengok nak masuk lah. Cakaplah dengan dia malam baru buka, nanti kita datang lagi.

Selepas maghrib, dalam kul 8 kami pun gerakla ke sini. Nasib masa tu parking masih banyak kosong lagi. Masuk dalam tu pun lenggang je. Mula-mula tu si Aiyan tidak mahu masuk sebab dia dengar bunyi dinosour. Hilang semua keterujaan dia hehehehe... Tapi lepas pujuk-pujuk dia masuk jugak walaupun takut-takut. Tapi lama-lama tu baru dia ok, berani nak bergambar sendiri dan pegang dinosour tu. Tempatnya tak luas mana, tapi ok lah sebab dinosour tu boleh gerak dan ada bunyi-bunyi.

Dinosour di wangsawalk
Hingga 16 februari 2020
Buka 6 petang hingga 11 malam
Yuran masuk
Bawah 2 tahun: percuma
kanak-kanak : RM5
dewasa : RM8


pagi tu ambil gambar beria, siap asyik tanpa bila kita nak tengok dinosour ni

gaya bergambar dia... bukan main

malam tu masa datang, dia dah takmo masuk sebab ada bunyi-bunyi

nampak pulak pokok ini kat pintu masuk, siap boleh cakap lagi mulut dia tu gerak-gerak nangis lah si Aiyan takmo masuk hahahha
pujuk-pujuk peluk dia ajak masuk, nak jugakla dia masuk...

nampak muka takut tu, tak ikhlas bila suruh senyum hahahah 

papa ajak bergambar dengan trex pun dia takmo, sibukla nangis peluk aku 

muka tak ikhlas, lagi lah bila mulut trex tu terbuka dan pusing-pusing

masa ini dia dah mula berani sikit, so dia dok cerita kat papa apa nama dinosour ni

papa dok bagitau dia tak takut pegang dinosour nih

dinosour ini kata dia tak seram, so dia berani lah pegang ekor dan bergambar

selain dari baca nama dinosour kat tepi tu, ada beberapa dinosour yang dia dah kenal sebab selalu baca buku pasal dinosour

dia suka dinosour ni, ankylosaurus katanya... dia baik tak suka gaduh, terus dia nak gambar sini


masa ini dia dah berani sikit, ini antara dinosour yang dia paling suka sebab yelah trex kan kuat.. tapi tulah bunyi dia tu buat goyah 

siap nak bergambar sendiri lagi, dah tak takut dah


dia tak kenal dinosour ini, so dia sibuk usha apa nama nya kat bawah tu

ini antara dinosor kegemaran dia, triceratops 
siap pakai baju tshirt gambar trex lagi tau, sibuk nak naik dinosour nih

dah nak balik baru tak takut nak bergambar dengan pokok nih

sampai rumah kul 10 lebih, ada dinosour kecik ni mintak makan, sian lahai tuan nya keluar tak balik lagi dah malam, kelaparan datang la rumah kami minta makan dan air

25 comments:

  1. Nasib balik awal-awal je takut.
    Rupanya Aiyyan dah kenal jenis-jenis dinosour.

    ReplyDelete
  2. Ini kalau anak sedara SIs, perghh mau taknak balik kalau jumpa Dino Dana...binatang kegilaan dia hahahaha

    ReplyDelete
  3. Menarik!...lagi2 yg pokok mulut gerak2 dan telur tu.

    ReplyDelete
  4. Cute je Aiyan...mula2 takut lepas tu jadi berani ya... :)

    ReplyDelete
  5. k NA- dia mmg peminat dinosor, sebab tu ada yang dia kenal betul namanya

    sis Lin- kalau dekat bawak lah ke situ kak... yelah macam si aiyan memang minat betul dinosor nih

    k Ujie- hehehe itulah kalau budak tak berani mmg nangis lah kalau masuk sini kak

    kakcik Seroja- hehehe takut sebab dek bunyi tu kak, lama-lama dah biasa itu berani dah tu

    ReplyDelete
  6. hahaha nasib baik la lama2 jadi berani...good job aiyan! acik suka sangat pergi tempat ni, dinosornya macam real gitu..

    ReplyDelete
  7. kdg2 bunyi dino tu wat seram..certain bdk sure takut tp nasibaik aiyan lps tu ok..tisya dlu ms bw die p tgk dino kt avenue K takut gk sbb ada bunyi2 tu tp awl2 die excited nk tgk

    ReplyDelete
  8. berani juga aiyan masuk ya. Good boy!
    tahun lepas kat tempat Atul pun ada, tapi kami tak pergi 😅

    ReplyDelete
  9. Pengaruh TV ke pengaruh buku tu ada dinasor baik ada dinasor jahat heheheee...
    Kiranya berjayalah lawatan ni berjaya menghilangkan fear factor Aiyan gittewww...

    ReplyDelete
  10. Sunah- itulah nasib dia ok kalau tak kene la balik umah dah dia nangis kan

    MamaTisya- betul tu kak, bunyi dia tu mmg menganggu... tapi lama-lama nasibla dia dah berani

    Atul- sebab si aiyan memang minat sgt dinosour, itu yang bila ada kami bawak je tuh...

    en Ejulz- dia memang suka, cuma awal-awal tu nak balik la jugak

    Mrs. A- hahaha pengaruh tv dengan buku kak, mana dinosour yang makan sayur dia kata baik lah sebab tak cederakan dinosor lain... heheh tengok movie pun ada yang dia kata mana baik mana jahat

    ReplyDelete
  11. Bestnya jumpa dinasour... kalau Firdaus jumpa tu mesti dia suka masuk dalam telur heheheee!

    ReplyDelete
  12. WOW BANYAK JUGA DINASOR KAT SITU TERUJA AIYAN

    ReplyDelete
  13. Salam perkenalan dari Liez.Hari tu ada lalu dan anak teruna nampak la dinasour tu tapi tak meradsa sebab kena balik Ipoh. kalau tidak anak-anak dah seronok tengok dinasour sebab fav toys tu

    ReplyDelete
  14. k Amie- hehehe budak-budak mesti suka, telur tu mmg comel

    k Paridah- aah ada lah dalam 10 ekor tak silap dana kak... budak-budak mmg suka

    MrsLiez- salam kenal, itulah budak-budak mmg sukalah dgn dinosor kan... dapat tengok yg besar lg suka kan

    ReplyDelete
  15. Nasib baik lepas pujuk dia mau masuk..

    ReplyDelete
  16. kanak2 mesti suka ni.. kite yang dewasa pun kadang2 truja tengok patung2 ni. eeeh tapi dinosor kecik tu jugak paling comey =D

    ReplyDelete
  17. Waa bestnya.. Kat wangsa maju ye

    ReplyDelete
  18. Patutlah beria dia nak kesini , rupanya memang suka baca buku dino. Of courselah excited nak tengok live walaupun bukan real. Takut² berani tu sebenarnya tu.. Hihi

    ReplyDelete
  19. sonok si aiyan tuuuh.. :p

    ps. wahh dh ade watermark samsung eek kak? hehehe

    ReplyDelete
  20. wah blh bawa anak2 ke sana.depa mmg suka dinasour ni..

    ReplyDelete
  21. sgt la menarik, dana.
    if ijat dpt gi ni, mau nyer dia angkat sebiji telur dinasour tu :)

    ReplyDelete
  22. k Sha- sebab dia yang beria ajak pergi tu... dia suka tapi takut dgr bunyi tu

    SYM- hehehe tulah, kita pun turun tumpang sekaki sekali layan... hehehe dinosor kecil tu penghibur tiap hari datang jenguk

    k MamaPp- aah kak kat parking wangsawalk

    Azhafizah- aah dia mmg suka, siap kenal lagi sekor-sekor apa namanya...

    wak Lat- itulah, tengok wak buat baru teringat boleh letak watermark, aritu hp problem bila boh watermark tu... itu tak boh tu

    k UmmiNani- budak-budak selalu mesti suke kan...

    k Aida- hehehe comel telur tuh pun kak... banyak jugak dinosour untuk bergambar

    ReplyDelete

  23. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete
  24. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...