Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Ahad minggu lepas aku ajak 2 beranak tu jalan-jalan ke taman tasik titiwangsa lepas sarapan dalam pukul 10 pagi. Masa kami sampai walaupun parking memang banyak yang penuh tapi ada juga lah kami parking. Mungkin masih pagi jadi tak la ramai sangat lagi masa tu.
Cumanya cuaca dah mula panas, kami cuma dapat buat 1 pusingan keliling tasik, tak sempat nak jalan kat tempat yang ada canopy bridge dan maze garden. Itu nanti kami kene datang lagi, kene datang awal pagi lagi baru syok nak jalan-jalan. Bagi aku memang cantik taman tasik yang baru ini, harapnya semua sama-sama jaga kebersihan taman ini. Aku ada jugak rasa nak datang waktu petang, tapi ramai kawan-kawan kata petang selalu lagi sesak.
Jom lah kita tengok gambar yang sempat aku ambil semasa di sana. Waktu malam mesti lagi cantik lampu-lampu yang ada kan, cumanya mesti lagi ramai orang punya.
|
semoga keindahan di tasik ini sentiasa terpelihara |
|
Banyak tempat redup di bawah pokok yang besar macam ni |
|
bila nampak orang berjogging, dia pun sibuk nak jogging jugak... |
|
penat berjogging, suruh berhenti bergambar dulu ya |
|
dah penat berjogging dah berjalan, gini lah rupanya dia |
|
cantik tengok air pancut ini, tak jemu mata memandang |
|
dua beranak ini tengah sibuk tengok ikan |
|
seronok dia sibuk tengok ikan, lama jugak kami berhenti lepak kat sini |
|
memang banyak ikan kat tasik ini, besar-besar jugak |
|
suka dia tengok ikan kat bawah tu... waktu petang mesti best lepak sini |
|
waktu malam mesti lagi cantik air pancut ni berwarna warni |
|
gambar mereka berdua jelah, mama tukang ambil gambar |
|
nampak tak tu ada kura-kura dekat rumpat tuh... yang bulat tu |
|
gambar terakhir sebelum kami sampai semula kat tempat parking kereta sebelum balik |
Dah lama tak jalan jalan bawa anak... suami tgh busy siapkan projek.
ReplyDeleteCantik taman dgn penampilan baru ni. Siap ada kura2..bagus.
ReplyDeletepenah dulu wak lepak tepian tasik tiiwangsa ni amek gmbr sunset klcc.. tapi nyamuk giant banyak sgt.. huhuhu
ReplyDeletecantik tempat ni..
ReplyDeleteSeronok dapat brisk walking sambil tengok tasik dan pokok-pokok.
ReplyDeleteAzianKhalil- nnti free-free boleh la jln sini MY
ReplyDeleteAnon- itulah tempat cantik tak terasa pnt jln
k Ujie- hehehe kura-kura tu tak pasti mmg di bela atau liar punya kak... dia tgh rehat kt situ
wak Lat- jap nyamuk yang boleh sebabkan penyakit ke nyamuk yang dua ekor berdua-dua tu wak... hahahha
en Ejulz- ya betul, kalau malam mesti lagi cantik
k NA- betul tu, tak terasa penat sangat jln kt tmpt gini
Dekat jer dengan opis Kak Feni tapi tak pernah sampai sejak baru buka hari tu. Hahaha baca komen-komen orang rasa nak pergi tapi mengenangkan ramai orang. Aduss tak kuasa nak sesak2.
ReplyDeleteTAMAN NI MAKIN CANTIK NSELESA BERIADAH
ReplyDeleteMusim panas ni, kalau dapat njegor dalam tasik tu, segernye
ReplyDeletesatu tak tahan nak outdoor aktiviti ni sebab panas lew.. mmg jenis kuat peloh aaa stress kalo panas. tapi sukaaaa nak keluar hahaha..
ReplyDeletehopefully taman ni orang awam jaga elok la. maluuu tengok taman2 kat luar negara dijaga elok bersih. dulu slalu gak lepak sini masa blaja. jadi port picnic dengan kawan2..
ray pernah organize event kt ctu. tp lama dah x pegi sna
ReplyDeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteRasanya belum pernah sampai lagi taman ni..hehe. Tapi memang cantik dan sesuai untuk aktiviti outdoor.
kak Feni- kalau pergi pagi-pagi ok lagi, petang memang jem macam apa
ReplyDeletek Paridah- betul tu kak, tapi harapnya sama-sama jaga kebersihannya
wak WP- hahahah tak boleh wak kang kene tangkap sesia je
SYM- betul sbb panas terik, tp kalau kt taman yang ada canopy bridge tu nampak redup je... itulah harapnya org awam jagala kebersihan taman ini, jangan jadi macam org takde sivik
Ray-masa akak datang tu pun mmg ramai org buat aktiviti sana, termasuk budak-budak U
en AbuIkhwan- wsalam, betul tu kalau jalan-jalan ke KL bolehla singgah ya
Heheh.. Cantikkan..susah nak park
ReplyDeletetasik ni baru buka semula kan?
ReplyDeleteaida ada terbaca somewhere, ditutup 2 thn utk proses tambahbaik.
lama nyer x dtg sini, dana.
dulu kala time belajar kat KL, kerap gak la lepak sini.
jalan2 dating ha ha ha ha ha :)
dulu masa adik saya belajar at ukm kl tu, n saya masih duduk kat damansara damai, selalu jugak la keliling tasik ni sebab kolej kediaman adik dekat dengan tasik ni...tapi tak pernah la gi jalan2, cuma lalu keliling naik kereta je...hahahha
ReplyDeleteAisyalieza- akak pergi awal pagi parking mudah jumpa tapi kalau pergi petang mmg susah sikit nk dapat parking
ReplyDeletek Aida- aah baru di buka semula tahun ini, kalau nk datang sini time petang tu memang selalu penuh orang... wah-wah dating sini yek dulu
Sunah- hehehe sekarang dah ada macam-macam best kalau boleh jalan-jalan sini Sunah...
Cantik tempatnya. Tak pernah pergi lagi tasik titiwangsa. huahuahua
ReplyDeleteBagus Dana.. aktiviti yg sihat sambil memberikan mata rehat tgk hijau2
ReplyDeleteDah makin cantik taman tasik Titiwangsa ni. Lama jugak hari tu dia orang tutup untuk renovation
ReplyDelete
ReplyDeleteayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
WA : +85587781483
Lamanya tak ke Tasik Titiwangsa..
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802