Showing posts with label makan2 opis. Show all posts
Showing posts with label makan2 opis. Show all posts

Monday, August 11, 2025

MASAK-MASAK DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas kawan pejabat aku ada kursus di Cameron Highland, jadi kami kirim jagung dengan dia. Niat nak buat bubur jagung kat pejabat. Lepas tu dah alang-alang suruh kawan pejabat lelaki untuk masak nasi siap lauk. Sementara mereka ada di pejabat setelah berminggu-minggu mereka kerja luar. Aku masak bubur jagung je, nasi dan lauk semua geng lelaki yang masak. 

Teringat-ingat pulak bubur jagung ni

Menu utama kari ayam

Ini tukang masaknya


Ikan sungai goreng garing

Ikan keli goreng


Tengah hari tu lepas ambil Aiyan balik sekolah, hantar balik ke rumah pastu balik ke pejabat semula rasa lapar, makan bubur jagung ni dulu

pukul 1 lebih baru kami makan tengahari, masa ni geng lelaki semua di masjid lagi

Kami simpan untuk geng perempuan

Tuesday, October 29, 2024

MASAK NASI LEMAK DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Hari ini setelah lama tak masak kat pejabat, ada yang minta masak nasi lemak kat opis. Bila dah masak nasi lemak tu memang kene masak banyak la baru semua dapat makan. Kebetulan budak opis pun hampir semua ada di pejabat boss pun siap payung duit untuk beli lauk. Meriah la sikit, malam tadi aku dah masak sambal kat rumah. Sebelum pukul 7.30 dah naik pejabat masak nasi. Pukul 8.30 siap masak semua, terus kene serbu. 


masak sambal nasi lemak seperiuk besar


Pagi Aiyan nak makan nasi lemak, mujur sempat masak nasi lemak kat rumah



aktiviti sampingan

semua buat kerja biar cepat siap 

nasi lemak daun pandan, wangi sangat

ada telur rebus, ayam goreng dan bilis goreng

laju kene serbu dengan mereka

kuih sampingan pun ada

ini sarapan aku, kenyang betul alhamdulillah

Thursday, August 1, 2024

PHOTO DIARY #25/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sebelum kerja banyak mari lah kita layan dulu blog. Tengah ada masa luang sekarang ni kebetulan pulak boss pun cuti rehat. Jom la kita layan cerita bergambar ye kawan-kawan.

Bekal hari ini, lebihan barang niaga. Pulut dengan kelapa parut dan spageti aglio olio tulang mayo

Mulakan hari dengan senyuman walaupun tudung tak bagi kerjasama

Barang jualan yang laku keras, roti sardin goreng

Makaroni ayam mayo

pulut ikan masin gaya Terengganu


si Aiyan makan rangka ayam, memang betul tinggal tulang dia bedal

mamanya yang teringin makan rangka ayam tapi dia yang bedal habis

Budak opis masak untuk makan tengahari, kita tumpang makan je

Maklum lah mereka ramai, letak je makanan mesti habis

bila mereka tengah rajin, minggu depan takde dah mereka kerja luar 

Menu untuk semalam dan hari ini

Menu hari selasa, lontong darat rendang kerang


Ini menu budak opis masak hari isnin, kepala lembu masak gulai kawah

ini otak lembu

Thursday, July 18, 2024

PHOTO DIARY #23/2024

 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di hari khamis yang cerah. Pagi ini santai sikit boss besar pun takde di pejabat dapat la setiausahanya santai. Kerja pun dah setel yang mana ada kan. Jadi marilah kita layan entri `photo diary` di hari khamis ini ya. Jom layan cerita bergambar jom.

Dia dah mula beraksi kene berlatih main damak semula


Cuba cari siapa yang anda kenal? heheheh


Berlatih main congkak

senyum-senyum


Hari isnin kami ada buat masak steamboat




guna tiga periuk




comel kan kucing ni 

comel sangat kan

jumaat sebelum balik main karom pulak