Tuesday, October 29, 2024

MASAK NASI LEMAK DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Hari ini setelah lama tak masak kat pejabat, ada yang minta masak nasi lemak kat opis. Bila dah masak nasi lemak tu memang kene masak banyak la baru semua dapat makan. Kebetulan budak opis pun hampir semua ada di pejabat boss pun siap payung duit untuk beli lauk. Meriah la sikit, malam tadi aku dah masak sambal kat rumah. Sebelum pukul 7.30 dah naik pejabat masak nasi. Pukul 8.30 siap masak semua, terus kene serbu. 


masak sambal nasi lemak seperiuk besar


Pagi Aiyan nak makan nasi lemak, mujur sempat masak nasi lemak kat rumah



aktiviti sampingan

semua buat kerja biar cepat siap 

nasi lemak daun pandan, wangi sangat

ada telur rebus, ayam goreng dan bilis goreng

laju kene serbu dengan mereka

kuih sampingan pun ada

ini sarapan aku, kenyang betul alhamdulillah

6 comments:

  1. seronoknya boleh masak- masak kat office...kat office akak ni x boleh

    ReplyDelete
  2. Best nya, seronok masak dan makan ramai2. Ingatkan sambal masak kat office jugak, takkan lah kan, semerbak nanti.

    ReplyDelete
  3. Semerbak aroma nasi lemak di pejabat ye Dana. Sportingnya boss dia.

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak daun pandan, aromanya je dah cukup menggoda. Memang cepatlah kena serbu 😀

    ReplyDelete
  5. Pehhh.. dia masak kat pejabat terus la. Mesti memasing tak sabar nak makan nasi lemak Dana.

    ReplyDelete
  6. Beruntung sangat di ofis bisa masak begini kak. Dulu saya di HSBC tak diperbolehkan 😅. Hanya utk makan. Dan seruuuu Krn staff lain pun supporting utk membantu yaa. Best sangat lingkungan kerja begini. Nampak sedaap nasi lemak dan lauknya 👍👍

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...