Assalamualaikum semua,
Ini semua gara-gara layan live shopee 10.10 aku terbeli dua pasang kasut. Sebelum ini aku memang pakai kasut Skechers selepas tak ok dengan kasut Larrie. Cumanya Skechers ni tapaknya cepat haus, yelah setiap hari turun naik tangga ke tingkat 7 sehari dua kali turun naik dan turun naik. Bila baru-baru ini bila jalan di tempat licin atau basah aku rasa nak tergelincir. Jadi aku usha-usha lah kasut yang nampak ok sampai la aku tertengok live shopee pada 09.10 lepas tu terbeli dah sepasang kasut. Pembelian dengan voucher dapat potongan harga beberapa peratus. Kasut pertama harga RM339.00 dapat harga RM237.30. Beli pada 9hb dan 10hb dah sampai. Terus cuba dan puas hati memang ok saiznya.
Hari yang sama layan lagi live 10.10 tu masih ada lagi kan live tu, pembelian dengan voucher lagi. Jadi terbeli lagi satu kasut harga RM429.00 dapat harga RM214.50. Jadi terbeli la sepasang kasut lagi. Memang taubat la lepas ni aku tak nak tengok live shopee atau tiktok lagi. Bahaya yang amat. Semalam petang kan hujan balik dari kerja aku singgah ke kedai barang plastik, sampai depan kedai tu tergelincir sikit. Terus fikir esok kene pakai kasut baru huhuhu
|
kasut makcik-makcik je |
|
kasut kedua |
|
kasut makcik-makcik yang tinggal sarung je |
|
harapnyas selesa la untuk turun naik tangga ni |
|
rasmikan lah kasut yang satu ini |
sronok shopping time sales tu..akak aritu 9.9 je..10.10 tk sempat shopping haha
ReplyDeleteTapi tak boleh selalu-selalu kak... bahaya hahahha
DeleteDalam mengelak, terbeli juga walau barang untuk anak.. hehehe.. takpelah asalkan deme gembira, mak is happy..
ReplyDeleteheheheh ter kan, tak sengaja
Deleteha ha..mcm lebih kurang je entry kita hari ni.. cita 10.10 jugak
ReplyDeleteelok kasut ni..puas hati walaupun mahal kan
hahahha tulah tu kira ramai yang tergoda dengan kempen tu
DeletePuas hati... Dapat harga kurang separuh juga... Lawa kaler nya
ReplyDeleteitulah kan
DeleteNasib akak x terjebak..hehehe..apapun kasut tu lawa...pinky2 lagi
ReplyDeleteye je tu bulan depan kita tengok ya
DeleteCantik dan selesa sarung kasut makcik-makcik tu Dana.
ReplyDeleteitulah kak, dah makcik-makcik ni tak payah yang fancy-fancy
DeleteSweet nya color kasut. Berbaloi murah kan.
ReplyDeleteitulah kak cantik kan
Deletewah melaram kasut baru ya dana
ReplyDeletegitulah kak bila yang lama dh bg amaran haahahah
DeleteLawa kasutnya Dana. Selesa nak berjalan tu.
ReplyDeletetu dia....2 pasang sekali dia rembat
ReplyDeleteSepatunya tampak ringan dan enak dipakai berjalan kaki ya Mbak.
ReplyDeleteCocok buat Mbak yang kerjanya mesti naik tangga hingga lantai 7.
Salam,