Assalamualaikum semua,
Cuba untuk kembali rajin semula ya, kita kongsikan resepi kari daging yang mantap. Sangat sesuai untuk orang yang malas macam aku ni. Masak dengan periuk noxxa untuk hasil yang cepat dan sedap. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan:
500-750gm daging, potong nipis
1 sudu kecil rempah
2 kotak santan
1/2 bekas kecil serbuk kari
4 ulas bawang putih, kisar
2 biji bawang besar, kisar
1 sudu besar biji ketumbar, kisar
1 sudu kecil jintan manis, kisar
2 inci kunyit, kisar
1 inci halia, kisar
2 batang serai ketuk
1 biji kentang potong dadu
1 batang lobak merah, potong besar
air secukupnya
garam dan serbuk perasa
Cara masak:
- Tumiskan serai dan rempah biji dalam periuk noxxa, masukkan bahan-bahan kisar dan serbuk kari.
- Masakkan hingga pecah minyak, masukkan daging, kentang, lobak merah, santan dan 1 cawan air. Hp untuk 20 minit.
- Selepas 20 minit tambah air, garam dan perasa. Biarkan masak beberapa minit masukkan daun sup. Dah siap.
masuk je semua senang kerja kan |
dah siap... |
dijamin sedap dan empuk |
wah...senang je..sedapppp
ReplyDeleteorang kurang rajin gini lah kak
Deletesedap tu..mudah masak dlm noxxa
ReplyDeleteItulah bila datang malas tu kan kita shortcut je
DeleteCepat dimasak, sedap dimakan.
ReplyDeleteya betul tu kak...
DeleteCepat dan sedap :)
ReplyDeleteya betul, tu hehehe
DeleteCepat dan senang dengan Noxxa kan. Sedapnya Kari Daging Dana. Yumms.
ReplyDeleteItulah kak mana yg mudah memang kita suka
DeleteMenggamit selera betul!
ReplyDeletePasti Enaaaaak iniii 😍 dah terbayang sedap kuahnya dan daging empuk Krn pakai noxxa . Saya pun kalo memasak daging atau iga, supaya LBH cepat empuk, prefer pakai pressure cooker.
ReplyDeletecepat masak cpt mkn alhamdulillah
ReplyDeleteCepat guna noxxa, gas pun jimat, kan.
ReplyDeleteDapat buat cicah lempeng memang mabeles
ReplyDeleteNi buat cicah roti arab ni.. padu ni huhuu..
ReplyDeletememang padu, kena pula waktu sejuk2
Deletememang sangat menyelerakan.
ReplyDeleteAlaaaa...dia tayang kari daging plak ni....sabar jer la...akak dh la tengah puasa daging sampai 9hb..
ReplyDelete