Wednesday, October 9, 2024

RESOLES MELETOP

 Assalamualaikum semua,

Cerita hari ahad lepas, malam ahad tu dok melayan tiktok asyik jelah lalu lalang orang makan resoles ni. Masa tu terliur betul nengoknya, boleh teringat sebelum ini pernah pesan kat kedai ni, cuba la hantar mesej di tiktok dan tak sangka mereka balas. Masa tu dah pukul 11 malam tau, lepas dah buat pesanan dan bayar baru rasa puas hati. Kedainya dekat jugak dengan rumah masih di Ukay jugak. Pagi ahad tu lepas sarapan singgah ambil, semerbak bau harum .

Ini alamat kedai kot ada yang teringin:

B-G-05, Residensi Bistaria, Jln. Ukay Bistari, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang, Selangor
Boleh jugak search je `Resoles meletop` di IG, tiktok untuk maklumat lanjut.

ambil set yang 6 ketul


isi penuh

makan dengan cili api sedap

dia je makan 3 keping

sedap dia kata

4 comments:

  1. Kat office ni ada yang jual..dulu harga murah..sekarang dah RM20 lebih dah...kat rumah x ramai sebab tu akak x beli..pernah beli dulu...memang sedap...

    ReplyDelete
  2. Kawan kita jual jugak yg frozen tapi tak pernah beli. Kalau ada yg boleh ngap ni mesti sedap tengok Ayan makan tu.

    ReplyDelete
  3. Rupa macam popia carbonara goreng tepung. Menarik.

    ReplyDelete
  4. arwah mama pernah buat dulu...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...