![]() |
| macam kabus tapi bukan |
![]() |
| pagi tadi nampak mendung je tapi bukan sebab nak hujan tapi sebab jerebu tebal |
Assalamualaikum semua,
Semalam lagi aku dah buat entri ini tapi disebabkan sibuk tak terpost rupanya. Pagi ini lepas dah tertido kejap jadi dah segar mata. Aku kan pernah kongsi cerita pasal kawan pejabat kene mendaki Gunung Kinabalu, jadi aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada. Lepas mereka turun, pendakian ke Gunung Kinabalu diberhentikan beberapa hari sebab angin kuat dan hujan. Mujurla mereka semua selamat naik dan turun serta dapat menyiapkan semua pengukuran yang perlu.
Pengukuran ini kerjasama antara JUPEM, Taman- Taman Sabah dan RISM. Ekspedisi mengukur 6 puncak Gunung Kinabalu, biasanya ada 1 puncak je yang orang awam boleh daki. Lagi 5 puncak ini sangat berbahaya tapi kerana ekspedisi ini mereka dapat naik puncak yang 5 tu. Nama-nama puncak yang ada 1. Low peaks 2.Oyayube Iwu peaks 3. Ugly sister peaks 4. King Edward peaks 5. Donkey ears peaks 6. St John peaks.
![]() |
| Ini 8 orang semuanya, yang perempuan tu pegawai dan kira ketua ekspedisi |
![]() |
| Sebelum naik ambil gambar dulu |
![]() |
| Hari kejadian 25/8/25 |
![]() |
| Semua peralatan telah di bawa naik oleh porter pada 24/8/25 |
![]() |
| Cantik gambar ini, masa ni mereka memang kelaparan dan kepenatan |
![]() |
| Donkeys peak, puncak yang patah masa gempa tahun 2015 |
![]() |
| Setelah habis misi |
![]() |
| Gambar turun setelah beberapa hari di atas |
Assalamualaikum semua,
Kawan pejabat buat kerja di Menara Merdeka118 , kene ambil waktu matahari terbit dan terbenam. Lepas tu mereka hantar gambar dari situ, mereka ada di tingkat 118 ye. Cantik pemandangan terutama waktu malam. Mereka kena naik menara pukul 5 pagi sebelum matahari terbit dan naik semula petang sebelum matahari terbenam...
![]() |
| waktu pagi |
![]() |
| waktu pagi tadi |
![]() |
| suka gambar ini |
![]() |
| petang hari semalam |
Assalamualaikum semua,
Hari sabtu lepas sekolah Aiyan ada buat majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Keusahawanan, kalau ikutkan memang la mama nya malas nk ikut. Maklum hari sabtu ahad memang sangat dinantikan heheheh. Kami gerak awal macam nak pergi kerja tu, pukul 6.40 dah sampai parking depan sekolah. Masih lenggang lagi mujur kami awal tau. Tema PPKI abang askar, mujur la dapat jumpa seluar celoreng tu. Merata Edy pi cari seluar saiz dia sampai kat Plaza GM nun baru jumpa. Aiyan tentulah suka,siap dapat topi askar lagi kan. Aiyan dan kawan-kawan dapat tempat ketiga tau dalam perbarisan tu.
![]() |
| sebelum di tampal daun |
![]() |
| lepas di tambah daun-daun dan kene calit muka |
![]() |
| Ikon hari kemerdekaan sekolah untuk tahun ini, encik Sazali Samad |
![]() |
| dua hero |
![]() |
| tunggu papa beli burger |
![]() |
| sibuk nak aiskrim dulu |