Wednesday, September 2, 2026

KEINDAHAN WAKTU PAGI DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Benda wajib aku buat kalau balik kampung, aku suka pusing jalan-jalan depan rumah tengok pokok bunga tengok pokok-pokok tepi rumah. Pokok mulberi baru lepas di pangkas jadi buah masih belum masak lagi, kiranya masak balik ni cuma buah kelapa pandan je yang ada buah yang lain daun je hehehhe. Petai emak depan dan belakang rumah meriah berbuah. Cuma itulah tak teringat nak mintak paksu cabutkan ubi kayu depan rumah. 

Nampak kan ada budak 3 orang tu sibuk jenjalan jugak, aku la kene jaga dekat depan rumah kalau tak entah kemana mereka jalan




sepanjang jalan ada jalur gemilang




meriah berbuah petai emak ni, mujur jugak masuk ke dalam sikit pokoknya kalau betul-betul tepi jalan mau kene curi orang buahnya


pokok ceri ni asal aku balik je mesti takde buah, geram betul lah

Minta abah belikan dengan kawannya nanas untuk jual dekat KL, tapi yang nanas madu tu dia bagi je sebab dah tak berapa elok buahnya

3 comments:

  1. Rindunya nak blk kampung.... kita dah xde rumah kampung.. so bila tgk org blk kg ni terubat rindu auto nostalgia memori pun mula la bermain² lam kepala ni haha

    ReplyDelete
  2. Luas lamannya, seronok tengok.
    Penuh kereta Dana ni, banyak yang ikut balik KL 😀

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...