Showing posts with label mak ngah. Show all posts
Showing posts with label mak ngah. Show all posts

Monday, March 30, 2026

SELAMAT HARI RAYA 2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kawan-kawan semua. Setelah bercuti seminggu lebih akhirnya datang la semula untuk kerja. Bila dah cuti lama mula la rasa malas nak masuk kerja kan heheheh. Tahun ini giliran raya kat Johor dulu, dari awal tahun adik-adik dah ajak pakai baju warna sama. Baby blue tema tahun ini. Jom la kita tengok gambar raya mana yang ada ya. 

Gambar tuan rumah kene la ada dulu kan


candid

gambar kami 5 beradik mak dan abah




gambar keluarga besar kami




nombor 4 dengan nombor 5 tu memang macam kucing dan anjing sikit



tahun lepas dia dah kerja tapi tak dapat gaji lagi tahun ini dah ada gaji jadi kene la bagi duit raya kat semua orang heheheh






tahun lepas paksu tak bagi duit raya, tahun ini dapat juga heheheh



dulu-dulu abah dengan mak malu-malu nak salam cium gini tapi sekarang anak-anak yang suruh dia ok je hehehe... 

Tuesday, July 1, 2025

POKOK MANGGIS DI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Hujung minggu maktek balik kampung, jadi banyak la ole-ole aku dapat dari kampung. Adik aku makngah hantar gambar, pokok manggisnya dah berbuah lebat tahun ini. Sebelum-sebelum ini buahnya sikit lepas yu berebut dengan kelawar. Tapi tahun ini nampak lebat buahnya,nanti nak tanya Wak Warisan Petani la pakai baja apa. 

Makngah ni memang suka memanam macam-macam pokok buah. Selalunya menjadi, jenis tangan sejuk kot. Dia dah tanam pokok rambutan, pokok mata kucing, manggis, mangga, jambu bertih, ceri surinam. Memacam lagi lah.. 




Dapatla merasa beberapa biji heheheh

Thursday, January 2, 2025

BUNGA TELANG SPEARMINT

 Assalamualaikum semua,

Ini pokok adik aku tanam kat kampung, bunga telang rupanya ada macam-macam warna. Ini memang sangat cantik berbelang gitu,dia kata mahal benihnya 5 biji RM13 tau. Ini pun mujur hidup jugak bunganya. Tengok pun geram cantik betul. Oh ya ada jugak yang warna ungu berlapis dan warna putih sahaja. 





jatuh cinta tengok ni

ini yang warna putih je

Monday, August 5, 2024

KE MASAI PULAK KITA

 Assalamualaikum semua,

Petang jumaat lepas kerja kami balik Johor, ada kenduri kahwin sepupu di Masai. Gerak dah senja lepas tu masuk hiway jem dan hujan lebat. Dalam pukul 12 tengah malam juga kami sampai kampung. Esok paginya dalam pukul 10.30 pagi kami pun bertolak ke Masai. Konvoi 2 kereta, kereta alza dan myvi adik ipar. Sekali tu boleh pulak kereta adik ipar temperature naik pulak, berhenti lah di Hentian Sebelah Kulai, kami pun berhenti tolong apa patut. Mujur lepas dah tambah air ok jalan sampai ke tempat majlis tu. 


Edy dengan paksu tengah tengok apa patut

Sementara tungu kereta ok, tinggal dengan kami lah budak bulat ini

Sampai je dekat dewan tu terus pi makan

Kami kan ramai jadi 2 meja


boleh tidur pulak maktek masa ni

Kami 5 beradik


sejenis suka bergambar gini lah

Sempat bergambar dengan mak pak pengantin je, pengantin tengah bergambar dengan pihak lelaki

suka budak berdua ni dapat goodies

entah tengah bebel apa entah, candid je

mak dengan abah tengah tunggu kami bergambar

banyak goodies abah, ramai yang kirim duit kenduri kat abah

masa ni perjalanan balik, sampai tertidur-tidur emak kat belakang