Showing posts with label makanan jawa. Show all posts
Showing posts with label makanan jawa. Show all posts

Friday, January 2, 2026

RESEPI SAMBAL TAHUN KUPANG

 Assalamualaikum semua,

Selamat tahun baru 2026, tahun ini bertambah la 1 tahun lagi umur ku. Tahun ini aku akan berumur 44 tahun di bulan ogos nanti.  Moga tahun 2026 banyak yang indah dan bahagia buat hidup aku. Tahun 2025 cukup banyak dugaan untuk aku, tahun yang mengubah kisah hidup aku. 

Dah la jom kita layan resepi hari ini. Sesuai dengan tahun baru, kita kongsikan resepi sambal tahun. Lauk untuk sambal tahun boleh guna pelbagai jenis, yang paling biasa kulit lembu, babat, kerang, hati dan pedal ayam. Kupang ni aku beli kat kampung dengan sepupu, memang elok dan besar. Itu aku buat sambal tahun. Sambal tahun ni kalau yang tak pernah buat memang kene cuba sebab memang sedap.

Bahan-bahan:

1kg kupang

10 biji bawang merah kecil, hiris

1 biji bawang holland, hiris

10 ulas bawang putih, hiris

50-60 biji cili api (tak payah potong)

5 inci lengkuas muda, hiris memanjang

3 kotak santan kecil

bilis 1 mangkuk kecil

1 sudu kecil asam jawa

gula dan garam secukupnya

air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang hingga naik bau dan layu. 

- Masukkan cili api, lengkuas, bilis msak hingga layu semua bahan.

- Masukkan kupang, kacau-kacau tutupkan kuali dengan periuk untuk 10 ke 15 minit

- Masukkan santan, tambah air dalam 2 cawan lepas tu tutup dengan penutup kualinya, masak lagi untuk 15-20 minit dengan api kecil biar meresap semua perasa.

- Tambah asam jawa, gula garam bila kuah dah pekat boleh matikan api. Kuah dia terpulang ada yang nak kuah banyak ada yang suka pekat, itu terpulang pada kita.













ini dah hari keberapa, bila kita panaskan lagi... kuah dia jadi makin pekat dan makin pedas... 

Friday, October 11, 2024

RESEPI BUBUR MERAH PUTIH NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Bubur merah putih, ada yang kenal tak? Aku dah lama teringin nak masak tapi tak terbuat-buat. Tapi baru-baru ini memang rasa nak buat lepas Aiyan keluar ward aritu. Kalau di kampung dulu, orang masak bubur ini sebagai macam tanda bersyukur, selalu kat majlis kesyukuran ada bubur ini. Buatnya pun mudah dan semestinya sedap. Jom kita tengok resepinya  ya.

Bahan-bahan:

1 cawan beras biasa (cuci dan toskan)

1 cawan beras pulut (cuci dan toskan)

2 kotak kecil santan

2 cawan gula merah

1 cawan gula pasir

1 sudu kecil garam

2 helai daun pandan

10 cawan air kosong

Cara masak:

- Cucikan beras dan beras pulut toskan dan masukkan dalam periuk noxxa, daun pandan simpul, santan, air 10 cawan dan garam. Masak HP untuk 30 minit.

- Bila dah cukup 30 minit, kacau bubur putih tu, simpan sedikit untuk jadi hiasan. (tambah garam lagi kalau rasa tawar)

- Masukkan gula merah dan gula pasir gaul sekejap hingga sebati . Boleh matikan periuk Noxxa.

- Cara makan letak bubur merah dan letak sedikit bubur putih. Aku suka bubur putih agak masin biar sesuai dengan bubur merah yang manis sedikit. 









asingkan sedikit bubur putih

gini la cara hidangnya ya

bagi rumah jiran-jiran


Friday, December 15, 2023

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA VERSI MERAH

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi nak up gambar tapi asyik tak lepas je, jadi masa ni baru sempat nak up entri ya. Resepi yang biasanya dijumpai di hari raya tapi kalau dah teringin boleh je buat kan. Lauk  yang sedap tapi nak buat agak renyah, jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 keping tempe- potong kecil dan goreng

3 biji kentang potong dadu- dan goreng

3 keping tauhu, potong dadu dan goreng

300gm paru di rebus dulu , potong dadu

10 batang kacang panjang, potong pendek

1 batang lobak merah, potong dadu

set suun dan tauhu kering

2 biji bawang merah besar, kisar

5 ulas bawang putih, kisar

sejemput udang kering dan bilis, kisar

3-4 batang serai, ketuk

5 sudu besar cili boh

1 ketul gula melaka

sedikit asam jawa

garam secukup rasa

Cara masak:

- Tumiskan serai dan minyak hingga naik bau, masukkan bahan kisar , masukkan cili boh masak hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak baru masukkan paru yang telah di potong dadu, tambahkan sedikit air masak dengan api sedang untuk 15 minit hingga paru empuk.

- Masukkan asam jawa, tauhu kering, lobak merah dan kacang panjang. Gaul lagi hinga semua masak.

- Masukkan garam dan semua bahan goreng, kentang, tempe dan tauhu, Gaul lagi biar semua sebati , akhir sekali masukkan suun bila dah secukup rasa boleh matikan api.












aku makan dengan nasi impit dan kuah kacang

Friday, July 7, 2023

RESEPI URAP@KERABU PUCUK UBI

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat, memang perkongsian pasal resepi kan. Tadi tercari-cari jugak resepi apa yang nak dikongsikan. Maklumla kadang makin malas masak, petang je masak yang ringkas-ringkas. Ini aku masak bulan lepas tapi hari ini baru nk up. Kerabu kegemaran aku ni, ratah pun sedap tau.

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk ubi, rebus hingga empuk dan potong kasar

20-30 biji cili api, goreng kejap pastu tumbuk

segenggam bilis, goreng dan tumbuk

6-7 biji cekur tumbuk

garam/gula

1 biji kelapa parut

1 mangkuk kecil tauge

1 ikat daun selom, hiris halus

6-8 keping daun cekur, hiris halus

Cara Masak:

- Campurkan bahan yang kita tumbuk dengan kelapa parut, tambahkan garam dan gula gaul hingga rata semua tu. Lepas tu sangai dalam kuali hingga agak kering. Jangan kering sangat tau ada lembab-lembab lagi.

- Bila dah sejuk kelapa tu baru kita campurkan dengan pucuk ubi dan ulaman lain. Gaul semua dengan sebati, akak suka kelapa parut tu lebih.

- Dah siap, makan dengan ikan kering atau ikan atau ayam goreng perrkkh sedap.

pucuk ubi kerinting petik belakang rumah


bahan utama bilis dan cili api goreng

biji cekur atau kencur

tumbuk dengan garam 3 bahan ini




masa ni semerbak harum bau kencur tu tau


akak ratah dulu sebelum makan dengan nasi

akak suka makan kering gini, tak suka boh kuah...

Wednesday, November 23, 2022

WW NASI AMBENG

 Assalamualaikum semua,

Kalau balik kampung wajib order lepas tu letak dekat dulang besar makan ramai-ramai. Nikmatnya ini cara makan nasi ambeng yang sebenarnya, untuk mengeratkan silaturahim.

ayam masak kicap, sambal goreng,serunding kelapa, keluban dan ikan kering

Aiyan makan dekat talam kecil kongsi dengan Ecah

balik dari mengundi kami 5 beradik kongsi satu dulang



tambah mehun goreng emak masak masa sarapan, terlupa beli rempeyek pulak. Sedap betul


kene habiskan semua ni baru la berkat gitu