Friday, July 7, 2023

RESEPI URAP@KERABU PUCUK UBI

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat, memang perkongsian pasal resepi kan. Tadi tercari-cari jugak resepi apa yang nak dikongsikan. Maklumla kadang makin malas masak, petang je masak yang ringkas-ringkas. Ini aku masak bulan lepas tapi hari ini baru nk up. Kerabu kegemaran aku ni, ratah pun sedap tau.

Bahan-bahan:

2 ikat pucuk ubi, rebus hingga empuk dan potong kasar

20-30 biji cili api, goreng kejap pastu tumbuk

segenggam bilis, goreng dan tumbuk

6-7 biji cekur tumbuk

garam/gula

1 biji kelapa parut

1 mangkuk kecil tauge

1 ikat daun selom, hiris halus

6-8 keping daun cekur, hiris halus

Cara Masak:

- Campurkan bahan yang kita tumbuk dengan kelapa parut, tambahkan garam dan gula gaul hingga rata semua tu. Lepas tu sangai dalam kuali hingga agak kering. Jangan kering sangat tau ada lembab-lembab lagi.

- Bila dah sejuk kelapa tu baru kita campurkan dengan pucuk ubi dan ulaman lain. Gaul semua dengan sebati, akak suka kelapa parut tu lebih.

- Dah siap, makan dengan ikan kering atau ikan atau ayam goreng perrkkh sedap.

pucuk ubi kerinting petik belakang rumah


bahan utama bilis dan cili api goreng

biji cekur atau kencur

tumbuk dengan garam 3 bahan ini




masa ni semerbak harum bau kencur tu tau


akak ratah dulu sebelum makan dengan nasi

akak suka makan kering gini, tak suka boh kuah...

11 comments:

  1. Dana, lain kali kalau buat kerabu pucuk ubi begini, makankan untuk kakak sesuap ye.
    Ngences!

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa. Mak kita pun kalau buat kerabu camtu jugak caranya kak. Geng jowo kann. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehh bau kencur tu memang menggoda sungguh kan

      Delete
  3. sedap kak, kalau makan ni sure bertambah ha

    ReplyDelete
  4. x pernah makan lagi macam ni...tapi teringin nak cuba

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...