Thursday, July 13, 2023

PHOTO DIARY #24/2023

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sejuk betul, dah berapa hari asal petang dan malam hujan lebat. Malam tadi pun sama itu paginya sejuk beku. Tak nak bebel panjang jom kita layan cerita bergambar.

rutin tiap pagi, bila Aiyan tengah tengok tv pagi-pagi sebelum pergi sekolah cik Bu mesti datang kat dia mintak kene belai

ada pegawai kerja luar di Sarawak, bagi ole-ole kek lapis. Jadi aku potong dan kongsi dengan kawan pejabat

bila lapar tengahari habis 1 bungkus nasi ni

bukan main subur pokok ketumbar ni guna baja baru

daun kunyit ni pun sama... bukan main meriah

petang balik kerja kalau tak hujan aku bagi dia keluar, tapi itulah bila ajak masuk rumah dia mesti baring dan tak nak masuk rumah

makcik kantin berkumpul sarapan bersama, tapi seorang lagi tak cukup

rasmikan periuk nasi dan periuk tekanan baru


pegawai  yang belanja periuk tekanan... 

kawan di pejabat lama ajak makan, singgang ikan kita ambil la nasi sikit sebabnya... 

kawan pejabat dah simpankan nasi yang kami masa sama-sama

pagi-pagi sebelum aku pergi kerja mesti dia datang mintak di usap... kita ajak welfie

mata bulat dia ni kadang geram tengok... tapi dia ni ganas sikit

sarapan pagi ini.... tulang ayam bakar dan makaroni


budak pejabat yang suka mengusik aku, hari ini dia belanja nasi berlauk... 

20 comments:

  1. meriah makan-makan tak boleh nak diet la kalau hari2 macam ni kan,cikbu minta manja2 dulu sblm seharian kena tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nk diet kene makan sikit jelah kak, kadang kita masak je beria...

      Delete
  2. W'salam Dana..
    Seronok dapat masak dan makan bersama officemate. Nampak happy semua.
    Cantik Cik Bu.. Dana ada berapa kucing baka Siam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kami payah dapat kumpul ramai gini kak, mereka selalu takde kat pejabat. Tingal cikBU sekor je kak sekarang ni

      Delete
  3. Amboi comelnye cik bu. Siap baring x nak masuk rumah.. haha perangai sangat.

    ReplyDelete
  4. Tengok pokok ketumbar jawa Dana, rasa happy jew sebab pokok ketumbar jawa kita pun hidup subur. Tengok pokok kunyit Dana, aduhai teringat habis cerindil daun pokok kunyit kita kena tebas buat rendang rusa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene tanam lagi tu kak daun kunyit, kalau nk masak apa-apa mudah bila ada tepi rumah

      Delete
  5. Seronok sungguh suasana tempat Dana kerja. Semuanya baik hati sentiasa berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kak, kalau tak selalu kosong je budak opis dana selalu kerja luar

      Delete
  6. mogok tu tak nak masuk rumah, teringat masa kak ana duk Ukay ni Dana, memang jarang pasang kipas kalau hujan sejuk je duk pula tingkat 4 , lot tepi Sri Kayangan memang berangin je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak bila kita kata jom masuk rumah, terus baring takmo gerak. Kita tinggal pandai dia jalan merata... itulah kak kalau musim hujan sejuk macam apa kat sini kak

      Delete
  7. Seronoknya banyak bab makan2...seremban hari2 hujan tapi rumah akak panas..ye la bukan rumah dari batu bata kan..lebih pada batu block pasang siap..memang panas la..nak pasang ekon selalu kang menimbun bil elektrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, tgh bdk2 ada kt opis seronok nnti bila masa mereka masuk hutan sunyi opis. Rumah dana sejuk sbb tepi hutan kak, kalau hujan memang sejuk betul

      Delete
  8. tinggalkan aje kat luar tu, bior dia nagis nak masuk pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kene sediakan tali panjang sikit bior dia boleh jalan merata

      Delete
  9. Meriahnya...
    Best la pantry mengadap view cantik..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...