Friday, July 28, 2023

RESEPI MASAK PULUT DENGAN NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini resepi paling mudah dan ringkas. Menu masak pulut gunakan noxxa atau periuk tekanan. Sangat mudah dan pasti jadi elok kejadiannya. Jom kita tengok resepinya ya.


Bahan-bahan:

3 cawan pulut, rendam 30 minit dan toskan

sedikit gula dan garam

1 helai daun pandan

Air secukupnya

2 sudu besar minyak masak

Cara masak:

- Masukkan beras pulut dalam periuk lepas tu masukkan daun pandan, gula, garam, minyak masak dan akhir sekali air.

- Air tu masukkan sama paras dengan beras pulut.  Tutup periuk dan tekan HP 8 minit.

- Bila dah cukup masa keluarkan wap panas, dan gaulkan supaya pulut tak berketul. 

- Aku lawankan dengan kelapa parut dan ikan masin.

aku suka pulut aku ada rasa manis masin 

minyak supaya kilat kejadiannya


Kacau pulut tu tau... 

aku jual kat kedai, kalau aku cukup dengan kelapa je dah sedap

tambah ikan gelama masin

17 comments:

  1. W'salam Dana,
    Alahai sedap betul nampak set pulut tu Dana.. Inilah resepi LZ cari. Dah lama nak masak pulut guna periuk Noxxa masih belum terlaksana.. Thanks for sharing Dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kak, dana pun baru beberapa kali cuba dan hasilnya memang best

      Delete
  2. dapnya pulut nyor dgn ikan masin goreng rajin dana berjualan

    ReplyDelete
  3. Wah Dana, macam-macam produk buat 👍🏽👏🏽

    ReplyDelete
  4. emm..dapnya pulut & ikan masin.. alahai

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dana suka makan pulut dengan kelapa tu je

      Delete
  5. terima kasih kongsikan cara mudah untuk buat hehe

    ReplyDelete
  6. sama-sama nanti cuba tau jangan lupa

    ReplyDelete
  7. pulut putih ni mmg takyah pakai santan ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah MY, kalau pulut kuning baru boh santan... sbb ni dh makan dgn kelapa

      Delete
  8. sedapnya makan pulut ditaburi kelapa dan ikan masin utk sarapan!

    ReplyDelete
  9. alamak, nak cari noxxa dulu ke ni 😜

    ReplyDelete
  10. Selalu juga makan pulut dengan serawa durian

    ReplyDelete
  11. Wah...nampak cantik berkilat la...Boleh cuba ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...