Monday, November 16, 2026

JUAL MINYAK MASAK TERPAKAI

 Assalamualaikum semua,

Minyak masak terpakai kat rumah aku memang tak buang memang simpan untuk jual. Sebelum ini biasa jual dekat orang yang beli dekat tepi Giant cuma selalu masa tu tak sempat . Ada yang masukkan dalam group whatsapp perumahan kami, tengok harga dia pun kira ok lah 1 kg dia beli RM3.20. Banyak jugak minyak terpakai simpanan kami. Yelah aku kan biasa meniaga,jual cucur, jual tempe goreng, ayam korea la. Aku takde la nak ulang guna minyak sampai berkali-kali tak bagus kan. Isnin petang tu dia pergi la dengan Aiyan, mula tu suruh Aiyan tolong angkat botol minyak tapi lepas tu dia kata nak ikut papa nya pergi jual minyak. Dapat la 28kilo minyak dan bayaran RM89.60.



Kalau goreng ayam korea memang minyak cepat kotor, sebab ada tepung banyak 

Dapat 28kg minyak terpakai


Lepas dah menjual minyak, Aiyan kata nak makan roti telur bawang dengan fries

Edy kata, masuk je kedai mamak tu terus bau fries yang baru digoreng, terus dia kata nak fries juga hehehe

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...