Monday, June 30, 2025

BELI TELUR PINDANG

 Assalamualaikum semua,

Ini kisah minggu lepas la dok asyik fyp di tiktok ku, terliur pulak tengok telur pindang tu. Jadinya kita buat pesanan lah kat tiktok, jatuh 1 biji telur Rm2.40 tapi ok jelah bagi aku. Telurnya tu sampai hari ahad, aku pesan hari khamis. Sampai dalam keadaan baik, dia bungkus pun elok je. Telur takde yang pecah dan masih sedap di manakan lagi. Puas hati lah, sebab Aiyan pun tak makan. Dia kata, mama ni telur coklat ke? hehehhe





memang meresap sampai ke dalam tu rempahnya

Thursday, June 26, 2025

PHOTO DIARY #19/2025

 Assalamualikum semua,

Seronok betul rasanya bila esok cuti... dah berangan nak bangun lambat. Lepas subuh nak sambung tidur. Yelah kan setiap hari pukul 4 pagi dah bangun masak. Kadang dapat bangun lewat sikit pukul 6 pagi pun dah seronok. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Awal dia balik sekolah hari ini

Papa ambil report kad dia...

Lepas ambil repot kad, dia boleh balik sekali

Alhamdulillah ada peningkatan, sebelum ini banyak B, matematik pun C.Sebelum ini dia jombor 8 rasanya ini no 3... alhamdulillah

Bekalan makanan pagi ini, macam-macam ada

Bekal epal merah ni memang wajib

Apam beras

Boh baja dah minggu lepas moga cpt besar

Bertingkat-tingkat

Tempat hd aku di felda

Rajin berbunga

Tuesday, June 24, 2025

NASI DAGANG

 Assalamualaikum semua,

Nasi dagang antara makanan kegemaran aku sejak kenal menu ini. Nasi dagang paling sedap tentu yang mak mentua aku masak heheheh. Nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan tak sama tau. Perbezaan paling utama dekat nasi dia. Nasi dagang terengganu campuran beras biasa dan beras pulut, kalau nasi dagang kelantan dia ada beras khasnya yang berwarna merah. 

Aku suka je mana-mana pun cuma aku lebih memilih yang terengganu. Kawan-kawan pula pilih yang mana?

Nasi dagang kelantan.. gulai kuning tapi ada juga yang buat gulai merah

Nasi dagang terengganu, selalunya memang gulai merah

Monday, June 23, 2025

KITA ENJOY

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya masa cuti sekolah aritu, minggu sebelum naik sekolah tu ajak la si Aiyan ke Aeon Alpha Angle , Wangsa Maju. Saja bagi dia gembira untuk main permain dalam ni. Seronok la tengok dia main macam-macam permainan dalam arkid ni.  Sejam lebih jugak la kami dalam ini sebelum kepenatan dan duit habis hahahha. Seronok sebab banyak permainan yang kita boleh main bersama, siap cakap nanti kalau mama dah gaji kita pergi lagi ya. 

Dia nak main game pikachu, mahal sekali main RM5

Leps tu dia main tembak-tembak suruh lawan dengan papa nya ni murah je RM3

Ini lawan sampai 2 kali, tak puas hati mula-mula Aiyan menang

Lawan kereta pulak, papa yang mulanya tak mau main dah seronok lak

tembak-tembak pulak

Ini lawan jaringkan bola... 

nak tinju pulak la

Masuk dalam kereta main game apa entah

Friday, June 20, 2025

RESEPI SPAGETI GORENG SARDIN

 Assalamualaikum semua,

Kita nak mula tetapkan momentum setiap jumaat buat entri resepi. Walaupun sekarang aku masih lagi pemalas, sekarang masak sabtu atau ahad je hari kerja aku tak masak pun. Selalunya kalau malam Edy beli atau dia makan kat luar sebab kalau Aiyan kata dia tak nak masak aku pun malas masak. Jadi aku masak sabtu atau ahad je itu pun kadang ahad beli jugak. Semakin malas dah sekarang jadual hidup dah banyak yang berubah kan. Oklah ini antara menu yang aku jual di kedai, tukar-tukar menu kalau sama je kadang orang jemu.

Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 paket spageti ( rebus dan toskan)

5 ulas bawang putih, kisar kasar

1/2 biji bawang  hollang, kisar kasar

4 biji cili api, kisar kasar

1 tin kecil sardin

2 sudu sos cili

2 sudu besar sos bolognise

10 biji tomato ceri

Garam

Cara Masak:

- Tumiskan semua bahan yang kita kisar kasar hingga pecah minyak.

- Masukkan sardin, kita hancurkan sardin tu. Masukkan sosej yang kita telah potong serong. 

- Tambahkan air sikit, masukkan sos cili, sos bolognise dan tomato ceri. Tambahkan garam

- Masukkan spageti, gaul hingga rata. Biarkan masak kejap pastu matikan api siap.









Thursday, June 19, 2025

PHOTO DIARY #18/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kelam kabut sikit kat dapur, rasanya awal dah bangun. Pukul 4 pagi dah bangun masak, tanak pulut lepas tu goreng roti sardin dan ayam untuk ayam korea. Sambil itu aku potong buah juga. Malam tadi plan nak masak maggi goreng tapi tak sempat rupanya hahaha. Rasanya kene ada 3 dapur untuk masak rasanya la. 

Bila sampai di hd, baru pukul 7.45 aku dah mengantuk sangat. Pukul 8 terlelap, sedar- sedar dah pukul 8.35, lepas tu segar sikit mata. Kita buatla entri, jom tengok cerita bergambar.

Hari batik kan 

Kutip mulberi pokok jiran sebelah

Lebat lagi buahnya tapi susah nak ambil, jiran dia pindah balik kampung tapi dia sewakan rumah. Jadi dia minta Edy tengok-tengokkan rumahnya

Edy dah pindahkan ulam raja, harap subur la dia

Dia la yang sentiasa sabar menanti


Cantik kan


Hari isnin kami sampai kat pejabat, pintu tak bukak lagi dah pukul 8.30, orang yang biasa ambil kunci kerja luar.

Suka beli manggis kat kedai buah ni, manggis nya kecil dan comel

Hari ahad, rutin ke kedai eco

Memula nak makan mehun goreng tapi nampak tauge terus ambil menu nasi

Wednesday, June 18, 2025

WW SARAPAN KAT LUAR

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini sarapan jauh sikit dari pejabat, sebab pegawai kami semua kerja luar. Kami sarapan di TGSK.

orang lain semua ambil nasi dagang aku je ambil laksa johor


sedap

Geng sarapan

Kenal tak ulam ini?