Friday, June 13, 2025

RESEPI AYAM KOREA

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini awal kita buat entri, takde hal lain jadi kita layan blog dulu. Aku nak kongsikan resepi ayam korea yang aku jual di kedai Puspanita. Mudah dan senang sahaja, jom kita tengok.

Bahan-bahan:

2 kilo ayam bahagian kepak

1 pek kecil tepung pedas Bon Chef

1 pek kecil tepung goreng original Bon Chef

2-3 sudu besar tepung beras

Sos korea adabi dan sos korea eco shop

Bijan yang telah di bakar

Air sejuk

Minyak masak

Cara Masak:

- Kepak itu aku asingkan antara kepak dan drummet. Bersihkan dan toskan

- 1 pek tepung pedas bon chef aku bancuh dengan air sejuk, lepas tu perapkan ayam dalam tepung tu. Aku perap semalaman.

- Masa untuk goreng, aku sediakan tepung goreng original campur dengan tepung beras  letak dalam 1 bekas besar, sediakan air sejuk.

- Kepak yang kita dh perap dengan bancuhan tepung tu, salut dengan tepung lepas tu celup kat air sejuk dan salut dengan tepung lagi baru kita goreng dalam minyak panas api sederhana.

- Bila semua ayam dah masak dan bolehla kita salutkan dengan sos korea. Bila dah tersalut semua boleh taburkan biji bijan. 

* Aku tak gunakan garam sebab tepung Bon Chef tu dah ada garam dalamnya, tapi kalau nak tambah garam atau bahan-bahan lain dalam tepung tu pun boleh je.



perapkan dalam tepung, biar semalaman biar meresap


salut dengan tepung

celupkan dengan air

lepastu salut dengan tepung lagi





Ini kerja orang nak mudah hehehe 


sebelum ini aku salut tebal lagi tapi ada yang kata pedas jadi kita buat salut sikit je sos nya

25 comments:

  1. Ooo ada ready made sos korea dengan sos cili manis tu. Baru tahu. Senanglah kerja masak ayam korea ni. Cuma bab nak ulang proses salut menyalut tepung tu yang leceh sikit.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian resepi ini. Ia pasti jadi motivasi pada peminatnya.

    ReplyDelete
  3. pernah nampak sos korea tu..ada version botol jugak

    ReplyDelete
  4. rajen nya kak dana buat jual...nanti nak try cara salut tepung macam nie...linda buat selalu tak jadi sangat, ada tepung sikit2 je...hihihi..
    tapi, sos korea tu pedas,

    ReplyDelete
  5. sedap n jimat jika dibuat sendiri. yummy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu cikgu, kalau beli seketul dah berapa ringgit

      Delete
  6. Nampak sedaplah Dana. Ni boleh berketul-ketul masuk perut!

    ReplyDelete
  7. Pernah buat memang puas hati makan... Beli dapat berapa ketul je.

    ReplyDelete
  8. waahhh ayam korea ni seketul x ckup hehehe

    ReplyDelete
  9. nampak crispy dan menyelerakan tu...buat sendiri ni boleh makan banyak kan

    ReplyDelete
  10. fav anak akak...husband akak guna sos korea adabi tu tp akak tkleh makan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene campur kak kalau adabi je mmg pds betul

      Delete
  11. sos tu.kena cari tu. anak2 suka ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...