Assalamualaikum semua,
Jumaat malam sabtu tu baru teringin, gatal ws Edy suruh belikan bahan-bahan untuk masak soto. Edy sampai rumah memang lewat dengan `site` dia yang di Klang lepas tu kene beli bahan pulak. Petang tu aku dah rebus nasi impit siap-siap. Malam tu pukul 9 baru mula masak, malam itu juga aku masak kuah sotonya, bergedil je esok pagi baru aku goreng. Nak mudah kerja, Edy beli rangka ayam untuk kuah, dada ayam aku masuk je dalam kuah lepas tu baru siat-siat jadi kecil.
Siap semua dalam pukul 11.30 malam, esok paginya kene bangun awal sebab nak masak bergedil dan aku nak hd. Pukul 5.30 dah bangun untuk siapkan semua , untuk Edy dan Aiyan bersarapan. Aku rasa sikit je lepas tu pergi hd balik hd tu baru aku makan. Nikmat sungguh.
 |
Sup sekejap je dah siap, campak-campak je semua bahan. |
 |
bergedil malam tu aku campur semua tapi esok tu baru goreng |
 |
rupa asal boleh nak cepat kan pagi tu |
 |
Masa ni sebelum tambah sambal kicap |
 |
Hari ahad aku makan lagi soto, biar puas |
sedap tu begedil..buat sdiri puas makan
ReplyDeleteItulah bila dah teringin cuma itulah nak membuatnya memerlukan kudrat hehehe
Deletesedapnyaaa....bila dah teringin tu kena la buat kan...macma akak teringin makan mee sup yang arwah mak selalu buat tu...
ReplyDeleteBetul tu kak, kat luar ada je orang jual cuma kadang kita ni la rasa tak kene dengan selera
Deleteterliurrrrrr.
ReplyDeletenak juga . tapi malas nak buat cam tak cukup tenaga je rasa.huhu
sedapnya begedil....semua nampak sodap
ReplyDeleteBila dah teringin terus auto rajin kan. Sedapnya soto buat sendiri. Paling penting taugeh tu kena banyak. Baru sedap makan. Peminat taugeh hadir. hihi...
ReplyDeletenila teringin tu, plus rajin..jadi aje.
ReplyDeletesedap nya bergedil daging tu..yum yum...
betul tu bila beli kat luar tak kena dgn selera, kita usaha bagi rajin buat sendiri. puassss dpt mkn ulang-ulang hehe
ReplyDeleteSedapnya begedil Dana. Puas hati buat sendiri kan.
ReplyDeleteBanyak kerja nak siapkan tu
ReplyDeletesedapnya...masak sendiri baru puas makan
ReplyDeletebetul, bila dah teringin buat je
ReplyDelete