Assalamualaikum semua,
Kita nak mula tetapkan momentum setiap jumaat buat entri resepi. Walaupun sekarang aku masih lagi pemalas, sekarang masak sabtu atau ahad je hari kerja aku tak masak pun. Selalunya kalau malam Edy beli atau dia makan kat luar sebab kalau Aiyan kata dia tak nak masak aku pun malas masak. Jadi aku masak sabtu atau ahad je itu pun kadang ahad beli jugak. Semakin malas dah sekarang jadual hidup dah banyak yang berubah kan. Oklah ini antara menu yang aku jual di kedai, tukar-tukar menu kalau sama je kadang orang jemu.
Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
1 paket spageti ( rebus dan toskan)
5 ulas bawang putih, kisar kasar
1/2 biji bawang hollang, kisar kasar
4 biji cili api, kisar kasar
1 tin kecil sardin
2 sudu sos cili
2 sudu besar sos bolognise
10 biji tomato ceri
Garam
Cara Masak:
- Tumiskan semua bahan yang kita kisar kasar hingga pecah minyak.
- Masukkan sardin, kita hancurkan sardin tu. Masukkan sosej yang kita telah potong serong.
- Tambahkan air sikit, masukkan sos cili, sos bolognise dan tomato ceri. Tambahkan garam
- Masukkan spageti, gaul hingga rata. Biarkan masak kejap pastu matikan api siap.
Sedapnya kalau dapat makan panas.
ReplyDeletebetul kak makan panas-panas sedap
Deletewahhhh dapat resepi baru.....tq dana share....boleh cuba ❤❤❤
ReplyDeleteya, selamat mencuba
Deletewah wah! menu baru ni Dana, tak pernah lagi kak ana try atau makan, macam sedap juga kan..
ReplyDeleteBoleh cuba ni kak... sedap
DeleteMenarik olahan masakan spaghetti sardin ni. Menu rare untuk spaghetti yang saya tak sempat nak cuba lagi. hihi...Terima kasih share resipinya Kak Dana.
ReplyDeleteCuba buat tau nnti
Deleteboleh cuba resepi baru ni
ReplyDeletecuba jangan tak cuba kak
Deletewahhh pertama kali jumpa ni....lain macam
ReplyDeleteBiasa je ni, macam kita guna lauk tuna tu
DeleteAgaknya boleh tak guna sambal sardin yang lebih itu?
ReplyDeleteBoleh je kak, kita buat dia
DeleteWahh sedap ni menu baru Dana. Kreatif betul lah Dana ni. Thanks for sharing tau.
ReplyDeleteMain cuba je ni kak, sedap jugak
Deletesedap tu..MA selalu buat sardin je.. fav arwah suami MA ni..spagethi sardin
ReplyDeleteMesti sedap ni bg peminat sardin
ReplyDeletePasta feveret Dania la ni.
ReplyDeleteTak pernah makan lagi, nak cuba la buat....
ReplyDeleteharitu ammi buat spagethi sambal sardin. Geram je tengok sambal sardin tu terkontang kanting dalam esbok...kita jadikan spagethi je terus.
ReplyDelete