Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, July 24, 2026

RESEPI CUCUR BAWANG AIR PANAS

 Assalamualaikum semua,

Cari-cari gambar ada yang tak lengkap, ini pun gambar sesudah selesai goreng tu takde... lupa nak ambil gambar heheheh. Gini lah makcik, ambil gambar pagi-pagi buat. Aku biasa jual cucur jagung atau cucur sayur tapi bila dah takde idea tukar la buat cucur bawang air panas ni. Best buat ini sebab lama dia punya garing kat luar lembut di dalam. Jom tengok resepinya

Bahan-bahan:

500g tepung gandum

6 biji bawang merah kecil, hiris

1 ikat kucai

1 genggam bilis, basuh dan toskan

garam secukupnya

serbuk cili 

Air panas mendidih

Cara Masak:

- Masukkan semua bahan-bahan kecuali air panas. Gaulkan semua bahan kering lepas tu baru masukkan air panas sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair, biar pekat melekat. Bila dah agak sejuk goreng dalam api banyak dan panas. Goreng hingga kekuningan. 







Friday, July 17, 2026

RESEPI UDANG SAMBAL DAN TERUNG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan resepi udang sambal dengan terung. Sedap tau sudah semestinya., udang masak apa je pasti sedap kan. Tengah rajin masak ni jadi jom la kita tengok resepinya ya. 

Bahan-bahan:

Udang saiz XL-goreng separuh masak

3 batang terung, potong kecil dan goreng sekejap

2 biji bawang holland- kisar kasar

1 biji bawang holland, hiris bulat

8 ulas bawang putih, kisar kasar

10 biji cili besar, kisar kasar

12 biji cili api , kisar kasar

1 sudu kicap lemak manis

2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

2 keping asam

Cara Masak:

- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak , bila dah pecah minyak masukkan asam keping. Masukkan bawang holland hiris, gula dan garam.

- Masukkan udang dan terung, tambah sedikit kicap. Masak untuk beberapa minit pastu boleh matikan api.


kasar-kasar gini


Lepas masak dalam dekat sejam baru pecah minyak gini









Friday, July 3, 2026

RESEPI PRAWN THAI LIME SAUCE

 Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa minggu takde resepi, akhirnya muncul juga kan resepi kita. Resepi yang ringkas dan pastinya sedap. Aku ada beli sos lemon thai sebab masa tu nak buat ikan kukus lepas tu minggu lepas beli udangnya, besar-besar pulak saiznya itu yang nak masak yang mudah. Sedap juga bila guna sos ini masam pedas gitu. Buat cicah ikan kukus atau ikan bakar pun sedap.

Bahan-bahan:

2 biji bawang holland, hiris

3 ulas bawang putih, hiris

6 biji cili api

3 sudu besar sos lemon 

2 sudu sos cili

3 helai daun ketumbar jawa

1/2 cawan air

Garam

Cara Masak:

Tumiskan bawang holland, bawang putih dan cili api hingga layu. Masukkan udang, tambahkan sos thai dan sos cili. Tambahka air  dan  tutupkan periuk hingga udang masak , masukkan daun ketumbar dan siap.




Rm29.90 sekilo puas hati besarnya tu







Friday, May 22, 2026

RESEPI TIKTOK EGG TART MIXUE

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya kawan pejabat aku ni, dia memang suka la kalau jumpa dekat tiktok resepi yang mudah-mudah. Jadinya dia ternampak ada orang kongsi buat egg tart dengan aiskrim mixue. Mudah sangat caranya kami cuba dan memang sedap. Jadi aku kongsi lah hari ini


Bahan-bahan:

Aiskrim vanilla mixue

Telur 2 biji

Bekas aluminium foil

Cara Masak:

- Masukkan 2 biji telur dalam aiskrim mixue, kacau hingga sebati.

- Masukkan dalam bekas dan bakar dalam airfryer suhu 180 untuk 15 minit.


Versi asal ada shell bawah dia tu tapi kami boh gini je








masa ni bau dah wangi dah






Friday, May 15, 2026

RESEPI APAM GORENG JAGUNG

 Assalamualaikum semua,

Takde idea nak kongsi apa , almaklum kalau kat rumah dah makin malas nak masak. Sabtu pun sekarang ni aku kadang masak kadang tak untuk sarapan. Selalunya Edy akan bungkus untuk sarapan Aiyan aku pulak kadang bawak bekal roti atau buah je masa hd. Hari ahad bila keluar beli barang memang selalu lajak sampai tengahari jadi terus makan kat luar itu yang jadi aku jarang masak sekarang ni hehehhe. Kira boleh la kan resepi gini. 

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 tin jagung krim

3 sudu besar gula

sedikit garam

1 sudu kecil yis atau mauripan

Air suam secukupnya

Cara Masak:

- Masukkan semua bahan dalam 1 bekas besar kecuali air suam.

- Masukkan air sedikit demi sedikit sampai dia agak pekat.

- Tutupkan bekas besen dengan tuala atau penutup tinggal untuk 30 ke 40 minit bila dah kembang adunan tu boleh la kita goreng.

- Sapu minyak kat kuali, masukkan adunan bila dah masak pusing untuk sebelah lagi

Boleh di makan begitu saja atau cicah dengan sambal, atau kelapa parut. 





Friday, May 8, 2026

RESEPI APAM GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari terakhir cuti sakit, nikmatilah nanti minggu depan mula kerja dah. Semalam aku terpaksa ke hd dengan pandu sendiri walaupun tangan kiri masih sakit tapi kene gagahkan diri sebab Edy dan Maktek kerja. Kalau nak naik grab camne lak nak ambil Aiyan kan jadi bawak jelah kereta. Tukar gear dan tarik handbrake guna tangan kanan, tangan kiri tak kuat lagi. 

Harapnya keluarla entri resepi aku hari ini ya. Aku nampak kat tiktok ada yang kongsi dan tengok mudah rupanya. Kita pun cubala. Kredit pada tiktok ilyana88 pelbagai resepi dia kongsi.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

4 sudu besar gula

Sedikit garam

1 sudu kecil mauripan@ yis

Air suam secukupnya

Cara masak:

- Campurkan semua bahan dalam bekas besar kacau dengan letak air sikit demi sedikit. 

- Jangan terlalu pekat, tapi bukan cair sangat. Macam adunan lempeng tu. Pastu tutup adunan selama 30 hingga 40 minit.

- Bila adunan dah naik, kacau sikit. Sapukan minyak dalam kuali. 

- Dengan api sedang, masukkan adunan sedikit biar keluar macam buih baru terbalikkan apam. Masak sebelah tu jugak. 

- Boleh dipadankan dengan macam-macam tapi aku rajin buat sambal sardin je. Rasa dia sedap macam apam tapi di goreng, sedap gebus.


Sarapan Aiyan pagi tadi




Macamni kira dah naik adunan terus goreng

Minyak kita sapu je takmo banyak

Keluar rupa gini baru kita terbalikkan

Masak sebelah bahagian lagi

Macam lempeng tapi bukan

Nampak gebu kan dia

Cicah kari pun sodap