Showing posts with label Rayyan Izzan. Show all posts
Showing posts with label Rayyan Izzan. Show all posts

Thursday, October 29, 2026

PHOTO DIARY #37/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari khamis memang bizi almaklum pagi dialisis lepas tu ambil Aiyan hantar balik rumah dekat kul 2 baru sampai opis. Setelkan kerja mana yang ada pastu baru boleh rilex. Hari ini aku balik pukul 6, biasa kalau aku dialisis memang petang aku balik lambat sikit. Awal tu rasa susah tapi lama-lama ok je balik lambat pun, takde hal cuma aku penat sikit la balik kerja ni. Sampai rumah nanti kene terus buat apam coklat ada kawan dekat opis lama order heheheh. Ok jom la kita layan cerita bergambar ya.

Tadi sempat ajak adik kat pejabat tengok-tengok kedai jual gelang ni, terbeli lah yang warna ungu tu


Budak ini pun dapat  dipengaruhi untuk beli hehehhe

Kawan pa dekat sini tunjuk baju kami sama corak hari ini cuma warna je lain heheheh

sama kan hehehhe

Ini semalam dah terbeli cincin dekat kedai akak gelang tu

Geng yang penyebab terbeli

cantik betul langit biru tu kan. tapi panas terik

Setiap hari balik bawak makanan, dia kata semalam buat cream caramel dengan kek coklat


Semalam pagi sempat lepak dekat pejabat lama... jumpa la kengkawan lama ni

Ini la kawan pa yang sama-sama lapor diri aritu, genap sebulan kami kerja kat MINDEF ni

Menu pantang hari selasa, singgang ikan


Wednesday, October 28, 2026

WW BUAT SPEK BARU

 Assalamualaikum semua,

Haritu kan ada cerita spek mata dia hilang kat sekolah, isnin selasa dia cuti bergilir sebab SPM. Ahad tu buat spek mata baru kat Sungai Wang, murah je RM125. Dalam masa sejam siap terus speknya.



sementara tunggu spek siap

Ini dia yang pilih warna ini dan bentuk ini

spek mamanya, warna bingkai sama dengan dia punya yang hilang

Sila abaikan tudung yang tak dengar kata tu hahahha

Thursday, October 22, 2026

PHOTO DIARY #36/2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari khamis kawan-kawan, hari ini masuk pejabat rilex sikit boss ada mesyuarat kat parlimen. Masuk je tengok banyak surat menimbun untuk masuk bilik boss. Kita buat slow-slow, petang ni aku kan balik lambat. Oklah takmo bebel panjang jom layan cerita bergambar.

Batik kan... hehehe

punya la semak dah macam belukar

menu orang pantang, aku masak bening bayam dan lobak putih, ikan bakar

sangkut depan rumah nanti adik ipar ambil

Jumpa pun orang yang dirindu

Ini semalam, ada paparazzi mengambil gambar kita masa nak lintas jalan

Tempat cari makan , opis lama

Menu hari selasa

sup ayam dan lobak putih

Budak bertuah ni kata spek mata dia hilang... pening emaknya nak oi

Bermula rutin lama, ambil Aiyan balik sekolah sebab maktek dah kene pantang

Pagi menunggu kaunter pass pelawat buka

Musim jerebu waktu pagi, macamni rupa

Tuesday, October 20, 2026

MAKTEK DAH BERSALIN, ALHAMDULILLAH

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita hari ahad lepas ini, dalam pukul 6 pagi maktek call aku. Katanya dia dah keluar darah mintak aku tolong jagakan anaknya 2 orang tu. Nak hantar ke rumah aku tapi dua orang tu tengah tidur. Jadinya mintak Edy hantarkan ke rumahnya. Tak jauh dekat jugak masih di tempat sama cuma blok lain. Maktek ke Hospital Ampang, sampai sana dalam pukul 7 lepas dah periksa dalam pukul 8 lebih doktor cek dah ada bukaan 3cm. Maktek baru 33 minggu, nampak nya yang ini pun cepat macam yang nombor 2 tu 33 minggu juga. 

Maktek baru pindah rumah ni, dalam 2 minggu kalau tak silapnya. Memang dia tak jangka pun akan bersalin awal jadi memang tak besiap langsung cuma baju bayi semua memang dah disediakan dalam beg tu la. Tunggu la budak-budak bangun tidur dalam pukul 8 lebih masakkan sarapan lepas tu si kecik tu nak susu je. Jaga sampai pukul 12 lebih, ayah mereka balik rumah nak rehat kejap. Lepas asar hantar mereka berdua ke rumah aku pulak mintak tolong jagakan sebab ayahnya nak tengok maktek kat hospital. 

Malam mereka balik rumah, ayahnya ambil lepas habis waktu melawat. Nak tunggu pun takut lama, adik aku suruh suaminya balik rumah. Dalam pukul 2 pagi maktek masuk labour room dan 2.15 dah selamat bersalin. Memang cepat je, suaminya memang tak sempat la nak datang teman. Alhamdulillah semua selamat, petang isnin maktek boleh balik dah. Bayi je kene tinggal sebab belum cukup bulan kan.


alhamdulillah la kami rumah dekat, kalau apa-apa mudah boleh tolong menolong

minum milo dan roti

request nak telur rebus pulak

masuk ward,dapat antibiotik dan ubat kuatkan paru-paru

layan la upin ipin, rumah ni astro tak pasang lagi boleh bukak you tube je


tengahari mandi dah dua orang ni

rumah aku yang ada pokok kemboja tu nampak tak?

Balik tu jalan kaki je, Edy sibuk pi beli barang belanja

Suka betul dia dengan biskut deluxe tu

lepas mandi, bagi susu

bermanja dengan abang Aiyannya

2.15 pagi selamat dah maktek

Monday, October 12, 2026

KELAS BUAT DONAT

 Assalamualaikum semua,

Rasanya dah 2 minggu dia takde kelam memasak. Akhirnya hari ini ada kelas donat. Cikgu ada kongsi gambar mereka dalam kelas donat hari ini. Mesti bawak balik donat tu nanti .






Jalan dengan kawan baik nya

Donat

Tinggal 2 je sebab 2 lagi dia bagi kat kawan