Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Thursday, October 29, 2026

PHOTO DIARY #37/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari khamis memang bizi almaklum pagi dialisis lepas tu ambil Aiyan hantar balik rumah dekat kul 2 baru sampai opis. Setelkan kerja mana yang ada pastu baru boleh rilex. Hari ini aku balik pukul 6, biasa kalau aku dialisis memang petang aku balik lambat sikit. Awal tu rasa susah tapi lama-lama ok je balik lambat pun, takde hal cuma aku penat sikit la balik kerja ni. Sampai rumah nanti kene terus buat apam coklat ada kawan dekat opis lama order heheheh. Ok jom la kita layan cerita bergambar ya.

Tadi sempat ajak adik kat pejabat tengok-tengok kedai jual gelang ni, terbeli lah yang warna ungu tu


Budak ini pun dapat  dipengaruhi untuk beli hehehhe

Kawan pa dekat sini tunjuk baju kami sama corak hari ini cuma warna je lain heheheh

sama kan hehehhe

Ini semalam dah terbeli cincin dekat kedai akak gelang tu

Geng yang penyebab terbeli

cantik betul langit biru tu kan. tapi panas terik

Setiap hari balik bawak makanan, dia kata semalam buat cream caramel dengan kek coklat


Semalam pagi sempat lepak dekat pejabat lama... jumpa la kengkawan lama ni

Ini la kawan pa yang sama-sama lapor diri aritu, genap sebulan kami kerja kat MINDEF ni

Menu pantang hari selasa, singgang ikan


Tuesday, September 15, 2026

LAPOR DIRI DI PEJABAT BARU

 Assalamualaikum semua,

Tak tahu la kenapa blog aku ni, dah dari semalam tak nampak entri blog terbaru kawan-kawan. Macam kawan-kawan lama dah tak update tapi bila ke blog tu sebenarnya ada je entri terbaru. Mungkin aku punya kot yang tak betul. Oklah aku nak kongsi la pasal semalam yang aku lapor diri kt MINDEF tu. Dapat tangguh sampai 25/9 je oklah ada 2 minggu untuk kemas barang. Cuma itulah agak mencabar la nanti di tempat baru ini, awal kerja ni takde pas pekerja lagi kene la parking kat luar. Bayaran hd pun kene bayar sendiri dulu , pay n claim. Doakan la semua berjalan lancar buat aku ya kawan-kawan.


Seram nengoknya

Sebelum pukul 7 aku dah sampai sebab parking kat pelawat

beratur untuk ambil pas

menunggu orang lain sampai

pa jugak, dia dari JKR

Ke pejabat baru nak jumpa pengarah sini pula

Bakal bilik aku, kecik comel je ok lah kan dari takde bilik

Sunyi dan kosong je lorong dekat sini

Lepas lapor diri balik semula ke JUPEM

Tuesday, August 11, 2026

SELAMAT HARI LAHIR SITI NORHIDANAH

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari lahir ke 44 Dana, moga semua yang indah buat diriku. Tahun ini terlalu berliku-liku dugaannya, harap semuanya dapat ku atasi dengan hati yang tenang. Alhamdulillah, banyak yang bagi kek, bagi hadiah, terima kasih untuk semua ucapan dan doa dari kawan-kawan.

Kawan yang selalu meniaga sama-sama kat Kedai Puspanita

kawan pejabat bagi suprise


Dalam gembira ada sedih

ini yang geng buat suprise ni




dibaginya kita pokok pandan

dapat coklat

Edy belikan kek comel

budak yang duduk tu siap nyanyi kan lagi, dia juga yang tiup dan dia juga yang makan kek nya

pagi selasa ada adik misi bagi



misi belah kanan tu

bagi kita kain pasang, cantik betul


Boss kedai yang bagi kek brownise

kawan opis yang bagi.. cantik

Dapat bunga

Memang suka la bila dapat bunga ni

Wednesday, May 13, 2026

LIRIK LAGU DALAM DIAM BY ZYNAKAL

 Assalamualaikum semua,

Lagu ni di nyanyikan banyak versi ada yang suara perempuan, ada yang lelaki je. Bila dengar lagu dan liriknya, memang kena dengan situasi aku. Betapa aku pernah rasa sangat down, tahun 2025 memang bertimpa-timpa dugaan aku. Sebab aku bukan orang yang suka tunjuk aku sakit, tunjuk aku susah, ramai nampak aku gelak ketawa tapi dalam hati Tuhan je yang tahu. Tahun ini insyallah aku dah mula terima takdir aku. Jadi bila dengar lagu ni sambil kita menikmati liriknya tu, rasa sedih ada semua rasa ada.

Hm mmHm mmHm mm
Dah lama ku simpan benda tak terluahDalam diam aku lari dari semuaBukan pengecut cuma dah terlalu jenuhNak terangkan pun takkan orang faham sungguh
Aku senyum tapi dalam hati runtuhBila sorang-sorang baru rasa betul rapuhHilang arah tapi pura-pura steadyDalam gelap aku cari diri sendiri
Tajam tenungan waktu aku termenungHingga tak sedar air mata terapungBanyak berfikir walaupun hati kosongTetap tersenyum walau hati berbohong
Sebab ku tahu tiada yang akan ambil beratSaat aku penat ataupun aku tak laratMasih senyum ikhlas walaupun buat-buatSelagi aku mampu akan ku tunjuk kuat
Tapi sampai bila aku nak beginiSaat masalah menimpa dan aku lariItu bukan aku cuma ku tak mampuHidup dalam bayang-bayang yang terus memburu
Aku lelah lelah lelahDalam diam ku berserahKu susun ayat tangan di tadahPada Tuhan ku luah
Dah lama ku simpan benda tak terluahDalam diam aku lari dari semuaBukan pengecut cuma dah terlalu jenuhNak terangkan pun takkan orang faham sungguh
Aku senyum tapi dalam hati runtuhBila sorang-sorang baru rasa betul rapuhHilang arah tapi pura-pura steadyDalam gelap aku cari diri sendiri
Cengkaman sepi mula hadir dalam diriSeolah-olah memaksaku lepas yang terisiPergerakan tubuhku hanya mampu kaku diam keliruDalam diam aku lawan perasaan ini
Cuba pendam lagi dan lagiKeluar dari belenggu yang tak mampu ku hadapiTak mampu hayatiTak mampu hindari
SejenakAku tiba-tiba terfikirSampai bilakah semua benda ni akan berakhirAdakah akan terhenti di tengah jalan
Ataupun akan berhenti bila di hujung pernafasanSaat ini aku cuma fikirkan kebangkitanCuba buangNegative thinking yang tiada kebaikanPerbaiki diri ikut yang lurus jalan Tuhan
Semoga tiada lagi masalah yang tersimpan
Dalam diam aku menjeritCari erti dalam sakitTakde siapa pun yang tahuAku hampir jatuh dulu
Dalam diam ahTampung hati yang berlubangKalau aku hilang esokMungkin baru rasa kosong
Dah lama ku simpan benda tak terluahDalam diam aku lari dari semuaBukan pengecut cuma dah terlalu jenuhNak terangkan pun takkan orang faham sungguh
Aku senyum tapi dalam hati runtuhBila sorang-sorang baru rasa betul rapuhHilang arah tapi pura-pura steadyDalam gelap aku cari diri sendiri

Thursday, April 23, 2026

PHOTO DIARY #13/2026

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan pagi tadi tak sempat buat entri masa hd, entah sibuk ngn update kalendar boss. Hari ini panas elok, tak tau la petang ini hujan ke tidak. Kat Kuala Lumpur dan Selangor sekarang ni macam dah masuk musim hujan, hampir setiap hari hujannya. Hujan siap berangin kuat. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Hari ini kene la tayang tuan blog la

Akhirnya berkembang juga, aku suka bau wangi dia tu tak payah pakai pewangi

hari ahad dia masiih tutup lagi, aku pakai beli je tak tau pun warna apa


Jumpa pun anak ulam raja nanti boleh suruh Edy tanam tempat sebelum ni

Semalam petang masa nak balik rumah, ada lori terbalik mujur la masa kejadian tu baru lagi kalau tidak mau jem panjang

ada kawan bagi jeruk mangga, boleh la buat aiskrim hehehhe

Tengah gila aiskrim malaysia, beli macam-macam perisa

Musim hujan ni selain dari rumput yang subur, beberapa pokok pun subur juga. Tak sempat lagi nak potong bunga ketumbar tu



aku suka tengok bunga ros berjambak gini... cantik kan

Hari ahad suruh Aiyan ambil karipap kat kedai, dia boleh pilih yang buruk gini. Bila di tanya takde yang lain ke yen? Ada, tapi Aiyan pakai ambil je