Assalamualaikum semua,
Berjumpa lagi kita di hari jumaat yang indah, panas hari ini. Moga cuaca terang panas gini sampai ke petang hendaknya. Hari ini aku nak kongsi resepi yang sangat ringkas, mudah tapi sedap. Janji memang sedap. Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan :
4-5 ekor sotong besar , potong 5
1 biji bawang merah besar, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 batang serai, ketuk
5-7 biji cili api
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap lemak manis
1 biji tomato, potong sedang
1 keping asam keping
sedikit air
*Petua sotong supaya kekal kenyal tanpa berair
- Rebus air dalam periuk kecil, bila mendidih celurkan sotong kejap. Lepas tu toskan.
Cara masak:
- Tumiskan semua bahan bawang merah, putih, cili api dan serai hingga layu dan masukkan tomato.
- Kacau-kacau hingga tomato layu boleh masukkan sotong dan sos cili, gaulkan semua masukkan kicap, asam keping dan sedikit air. Masak sebentar dan boleh matikan api, sotong tak boleh masak lama nanti keras pula.
Siap, sotong kita tu takkan benyek berair sebab kita dah celur dulu.
![]() |
| bila mendidih je air celur kejap sotong |













