Monday, October 25, 2021

MENGASUH AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Jumaat lepas, aku kerja setelah 10 hari kuarantin. Petang tu transit Aiyan masih lagi tutup jadi aku kene lah jaga Aiyan kat pejabat. Pengarah aku ok je dia bagi je jaga anak kat pejabat. Tengahari tu balik ambil dia dari sekolah, makan di kedai puspanita dulu, dah kenyang mandi bersiap bagi main telefon dia kejap lepas tu pukul 2.00 suruh dia tidur.

Dalam pukul 4.00 lebih juga dia tidur, kene kejut takut terlajak pulak kang. Tapi ok jelah jaga dia, sebab dia dah besar kan. Dan dah biasa dengan suasana dalam pejabat aku ni.

rindu dengan bilik ni

Senan nak pantau bilik pengarah aku, ngadap gini

jumaat pukul 12.00 dia dah balik sekolah

Dia nak makan nasi lemak je katanya tengahari tu

kene mandi kalau tidak masam

Dia sempat paw nugget kat kedai puspanita

Tidur, masa ni aku tutup lampu lagi

Masa ni dah pukul 4.15 pun masih lena lagi... 

Friday, October 22, 2021

RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN DURI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiarang di pejabat setelah hampir 2 minggu bercuti di rumah. Telur ikan nya dah lama habis tak resepinya baru nak letak hehehhe... Aku nak kongsi cara aku masak asam pedas telur ikan duri. Nak masak sama je macam masak asam pedas biasa cuma kita kene masak kuahnya sampai dah cukup rasa semua akhir sekali baru masukkan telur, kalau  masak lama sangat tak sedap, masak cukup-cukup masa je baru sedap.

Bahan-bahan:

Telur ikan duri @ ikan mayong (telur ikan apa pun boleh)

4 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang merah besar, kisar

2 inci kunyit, kisar

1/2 inci halia, kisar

2 sudu besar cili boh

3 keping asam keping

5 tangkai daun kesom

1 helai daun kunyit

Air secukupnya

Gula/ garam

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan kisar dan cili boh hingga pecah minyak.

- Dah pecah minyak masukkan air 1 cawan, masukkan asam keping perasakan dengan garam dan gula sikit, masukkan daun kesum.

- Dah cukup rasa semua, perlahan kan api masukkan telur ikan, daun kunyit api paling perlahan jangan kacau-kacau masak untuk 10 ke 15 minit, bila dah tukar warna telur tu, dah masak boleh matikan api. Jangan masak lama sampai dia jadi keras tak sedap. 


bahan utamanya

ini pertama kali aku masak asam pedas telur, selalu makan  yang mak masak kat kampung tapi itu siap dengan kepala dan ikan


Tumis hingga pecah minyak tau... lama dengan api sedang

Dah pecah minyak baru masukkan air dan bahan lain

masukkan telur aku tutup periuk api paling perlahan

Jenguk kejap masih ada yang belum masak lagi... 

Akhirnya siap masak, tak kacau tapi ada telur yang bulat tu dia pecah jadi pekat asam pedas ini

cuba rasa sikit, sedap ke idok... 

Sedap meletup-letup dalam mulut gitu... 

Thursday, October 21, 2021

PHOTO DIARY #39/2021

 Assalamaualaikum semua,

Petang ni dalam pukul 2.30 akan ke KKKL untuk potong gelang Aiyan. Esok dah boleh sekolah aku pun masuk kerja, rindu wei dengan meja kerja yang ditinggalkan 10 hari. 

Oklah mari kita layan cerita bergambar ya.

Minggu lepas aku cabut halia, walau belum tua sangat tetap sedap masuk dalam masakan

Edy bersihkan pokok ubi dan kacang botor dek kerana serangan serangga putih

Makin lebat pulak pudina nih

Gembira bila 4 pokok semua dah berbunga

Tak tau apa namanya tapi aku suka dengam bunga ini

Menjadi buahnya 

Tapi malamnya hujan lebat terus rosak buahnya huhuhu sedih

Lewat petang kadang kadang sedar-sedar dah tertidur 

Jimbo, pantang nampak orang makan mesti duduk sebelah nak ngendeng

Pokok  bunga ros yang lama dah aku tanam, pokok dan daunnya halus je bagi baja memacam tetap sama selim je

Akhirnya bertunas juga si pokok mawar merah ini, lambat sangat nak bertunas 

Dah cukup kot, boleh dah kemas barangan jahitan

Wednesday, October 20, 2021

WW SEINDAH MAWAR

 Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita pasal 1 bunga ros yang akan bertukar warna ikut hari. Jom tengok

Pagi 14hb, warna putih kuning

15hb pagi 

15hb petang

16hb pagi

17hb pagi

18hb pagi

19 hb pagi, masih lagi wangi...

Tuesday, October 19, 2021

MANIK DAN LABUCI

 Assalamualaikum semua,

Salam Maulidul Rasul semua, teringat sebelum musim covid19 meriah sambutan Maulidulrasul, ada perarakan ramai-ramai sambil berselawat. Selalu mesti tunggu tengok di televisyen perarakan nya, di kampung di mana-mana lah. Tapi sejak tahun lepas sunyi, harapnya tahun depan ada dah perarakan sambil berselawat beramai-ramai macam dulu.

Sejak duduk rumah temankan Aiyan kuarantin memang aku bosan, takkan nak layan pokok sampai ke tengahari, sebab ada kawan nak pesan extender aku pun mula la menjahit semula. Sambil isi masa lapang kan.

Bahan asasnya


Buat kerja dalam bilik baju, takde yang kacau

3 hari baru dapat ini, aku memanik siang je malam mata tak bagi kerjasama huhuhuhu

Monday, October 18, 2021

PAKAI GELANG PINK

 Assalamualaikum semua,

Hari ke 6 kuarantin Aiyan, 21hb nanti potong gelang di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Tak perlu kuarantin 14 hari tapi 10 hari je kata staf dia KKKL. Pesan nya kalau ada simptom yang teruk terus datang ke KKKL untuk buat swab test lagi. 

Masa dalam perjalanan dia berdebar ni takut kene cucuk hidung

Memang ramai kanak-kanak dan bayi

Sampai rumah dah... pesan berkali-kali jangan buka tau gelang tu

Belajar makan limau, walaupun sampai kembang hidung

Masa tu kan takde air, beria la tolong papa angkat air..

Dah penat tolong papa angkat air, baring la dia

Video masa Aiyan kene pakai gelang pink

Friday, October 15, 2021

KERANG MASAK LEMAK CILI API

 Assalamualaikum semua,

Hari ke tiga kuarantin, hari ini diminta ke Klinik Kesihatan sebab Aiyan kene pakai gelang tangan mahal. Semalam dan kelmarin ada lagi kes di transit Aiyan, itulah sebelum ni pihak taska ambil mudah, bila dah semakin ramai yang kene padanla muka 😏.

Oklah meh aku kongsi resepi dengan kawan-kawan hari ini. Dekat rumah semalam petang dah takde air harap pagi ini ada dahla air nya.

Bahan-bahan:

1 1/2 kg kerang, basuh bersih

2 batang serai diketuk

3 ulas bawang putih, tumbuk

2 biji bawang merah kecil, tumbuk

6 biji cili bangla, tumbuk

1 inci kunyit hidup, tumbuk

1 helai daun kunyit

1 kotak kecil santan

2 keping asam keping

Garam

Cara masak:

- Tumiskan serai dan bahan-bahan tumbuk hingga masak

- Masukkan kerang, kacau sikit tambahkan santan cair sikit lepas tu tutupkan dengan penutup hingga kerang terbuka.

- Tambah lagi santan dan daun kunyit, asam keping dan garam... siap

*sedap menu ni, emak aku lah dok kata sedap cubalah... tak menyesal cuba

Bahan utama

Tumis hingga masak bumbunya

Masukkan kerang

Tambah santan cair sikit

Tambah santan lagi dan bahan lain

Siap dah