Friday, December 17, 2021

RESEPI CHAR KUEY TIAW DENGAN KICAP CHAR KUEY TIAW

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sejuk betul rupanya entah dari pukul berapa hujan renyai. Sampai ke pagi jalan lenggang je yelah dahla cuti sekolah, hujan pula memang la ramai  yang tarik selimut sambung tidur. Sampai pejabat pun lenggang je, ramai kawan yang cuti balik kampung. Aku dan beberapa orang jelah yang kerja ni, bosan betul lah.

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah dengan kawan-kawan menggunakan KICAP CHAR KUEY TIAW, kicap serbaguna tau. Ini maktek yang jual aku cubalah lepas tu memang rasa dia boleh tahan sedap dan mudah la nak digunakan. Aku dah cuba masak CKT, mee goreng dan nasi goreng menggunakan kicap ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak cuba boleh bagitau aku ya. 

Bahan-bahan:

1/2 mangkuk plastik ikea kicap CKT

1 bungkus mee kuey tiaw halus, leraikan dia tak perlu basuh

2 ulas bawang putih, ketuk

5 biji cili api, ketuk

8- 10 ekor udang

Daun kucai

2 biji telur

1 mangkuk kecil tauge

1/2 cawan air

Sedikit minyak masak

sedikit je garam

Cara masak:


- Tumiskan cili api dan bawang putih ketuk hingga naik bau. Lepas tu masukkan udang dan masak hingga separuh masak.

- Bila udang separuh masak, masukkan kicap dan air tunggu biar kuah mendidih tambah sikit je garam dan masukkan kuey tiaw pastikan api besar tau.

- Dengan  api besar tu, kacau kuey tiaw masukkan kucai lepas tu telur, kacau hingga rata bila kuah dah makin sikit masukkan tauge dan matikan api.

- Nak kuah banyak atau kurang bergantung pada masing-masing ya. 

Ini lah kicap nya

Saja cuba guna kuey tiaw halus

walaupun bawang putih ada kulit, tapi dah basuh tau

masukkan udang ya

separuh masak je tau udangnya 


masa ni dah mula gunakan api besar tau



aku suka basah-basah gini... makan waktu ni aduh sedapnya dengan tauge tu ranggup lagi


selamat mencuba

35 comments:

  1. wahhh nampak macam gerai punya dah Dana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itu kak mudah kerja... sekali hadap habis

      Delete
  2. wah sedap tu....kwn akak ada jual juga tp tk pernh try beli kicap khas tu char kuehtiaw

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, pernah beli dulu tapi tak menjadi ni bila adik jual siap dia masakkan bagi rasa ok terus beli dan cakap nanti tolong promo

      Delete
  3. akak x penah masak sendiriwalqu suka. mkn koteau he hee
    sb somi x mkn, ank. no. 2 je geng makan
    n

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk gunakan meehun atau mee pun boleh jugak kak

      Delete
  4. Oh ada kicap khas. Selalu kicap biasa. Terfikir kedai-kedai guna bahan apa yang buat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mudah kan kerja bukan CKT je kak memacam pun boleh

      Delete
  5. Replies
    1. muahahhaah sesekali dik oi... jumahat je bila tayang resepi best-best

      Delete
  6. dah lah kuehtiaw ni faberet aku, tambah lagi dgn udang yang gemuk, basah2 gitu. fuh!!! terus rasa nak makan kuehtiaw memalam ni šŸ¤£

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahah makan panas-panas , wajibla basah baru ngam kan

      Delete
  7. memang feberet lah ni.. nak-nak musim hujan pulak pekena char kuew teow memang menjadi.. nampak macam kat kedai dah ni..

    ReplyDelete
  8. Ish...telioq nampak..Minta tauge & kucai lebih..šŸ¤­

    ReplyDelete
  9. Fuyoo sedapnya mcm kedai punya. Nanti nak cari la kicap tu

    ReplyDelete
  10. sedapnya makan char kuey tiaw panas2 :)

    ReplyDelete
  11. wahhh,,sedapnye..dh lm xpekena char kuey teow..

    ReplyDelete
  12. Dua hari ni hujan lebat. Banyak tempat dah banjir. Risau pulak.
    Hujan hujan ni pekena char kuetiau panas panas sedap ni. Mudah bila ada kicap char kuey tiaw tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memudahkan kerja, kot malas nak keluar waktu hujan ni

      Delete
  13. Replies
    1. memang best dik , bahan ikut suka nak banyak mana

      Delete
  14. akak species x pandai masak kuew teow...x gemar jugak..tp sesekali makan layan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana pun sama kak, tapi dengan kicap ni mudah kerja rasa pun layan

      Delete
  15. lenkali lepas masak pinjam basikal kat pinggan tu...hantar makanan kat ammi sikit ye

    ReplyDelete
  16. aduh aduh aduh!
    fengsan la perasaan masuk blog dana petang ni.
    semua entri masak :) ha ha ah ha...
    feveret Nurin ni. ada kuey teow gini, menu lain dia tak pandang dah!
    sib baik rumah acik Dana jauh. if not, ibu Nurin dtg mohon sepinggan :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...