Monday, December 20, 2021

DUGAAN BETUL, CUAI LAGI

 Assalamualaikum semua,

Dugaan orang berniaga buat kuih kecil-kecilan. Minggu lepas mula kisahnya lepas buat roti selalunya Edy yang akan cuci dan kemas alatan meroti tapi petang tu lepas siap meroti rupanya ada 1 bilah pengadun dia terkeluar dan aku lupa masukkan dalam bekasnya semula. Aku letak di singki tapi rupanya bila banyak barang basuh pinggan terbuang bilah tu satu. Malam tu Edy basuh semua alatan tu dia perasan 1 bilah takde, dia tanya aku. Aku pun bagitau la kat singki dia kata singki dah bersih siap cari dalam tong sampah tapi tak jumpa. Silapnya aku lah miss place sampai terbuang. Malam tu aku terus buat pesanan di Shoppe tapi sampai semalam belum sampai lagi hhuhuhu itulah cuai.

Dalam minggu lepas juga lepas aku guna pengisar untuk buat kuih apam gula hangus dah basuh letak di singki. Singki pulak penuh pastu jatuh tergolek bila tengok hambik pecah rupanya. Takpelah usia dia pun dah 11 tahun, nasib kat rumah ada mixer (pengaduh) jadi boleh la guna mixer untuk buat kuih. Ini semua kesilapan dan kecuaian aku, bila semua kerja nak buat itulah jadinya. 

Ada 1 je bilahnya, jadi minggu ni cuti meroti


mujur la memang ada jual asing alat ganti nya, kalau tidak nangis


pecah dari atas ke bawah... ini nanti beli baru lah

18 comments:

  1. Memang akan salahkan diri sendiri kalau cuai.
    Nasib baik boleh cari di Shopee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang salah sendiri kak hahhaha... tu la mujur ada jual spare part nya

      Delete
  2. Dia mintak baru tu...takpe la..semoga dipermudahkan...blender tu kan..dh 2-3 kali beli...hahaha...sampai masa jahanam gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah blender tu memang dah lama sangat pun kak, beli baru ajelah jawabnya

      Delete
  3. Replies
    1. itulah kak mujurlah boleh beli spare partnya kalau idok nangis

      Delete
  4. Lain kali kena berhati2. Tp kdg kala dlm berhati2 tu pun terkena juga musibah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah memang lepas ni akan tinggal je biar Edy yang setelkan

      Delete
  5. Nasib baik ada jual bilah tu kat shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wak, mujurlah ada
      shoppe kan semua ada jual hehehhe

      Delete
  6. W'salam Dana,
    Alhamdulillah selesai masalah dapat ganti part yang hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak, alhamdulillah lega baru boleh meroti semula

      Delete
  7. kena buat post mortem mana silapnye nih... 😅😅

    ReplyDelete
  8. Syukurlah ada spare partnya. Kena beringat lepas ni jangan letak merata dah. huhu...Tapi itulah ada masanya kelam kabut atau banyak fikir mesti tercuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kelam kabut. kepala byk plak pikir benda lain.
      ni kes tak perasan terbuang hu hu hu...

      Delete
  9. Ammi selalu terbuang pengupas ubi tu..sudu teh pun sama. aishhhhhh. Tak letak bakul kecik tapis sampah dlm sinki kang...tersumbat pulak. Bila dia ada kat situ suka je ammi terbuang benda

    ReplyDelete
  10. kekadang tak perasan, kan.
    byk byk benda, tu yg menjadik tercampur2. terbuang akhirnya.
    aduhai... memang lemah rasa diri kan.

    nowadays da mudah bila ada kedai online.
    mcm2 ada dah dijual. tak perlu la kita beli set yg baru.
    tukar brg skit skit aje.

    ReplyDelete
  11. Mujur ada jual alat gantinya di Shopee..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...