Friday, December 10, 2021

RESEPI APAM GULA HANGUS

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi buat apam gula hangus. Sebab baru-baru ini aku cuba jual apam gula hangus ni di kedai Puspanita lepas tu kebetulan hari ini ada kawan pesan pulak. Berdebar jugak sebab tak pernah lagi ambil tempahan dari orang lagi. Maklum la masih cuba-cuba, dulu masa mula-mula nak buat ingatkan susah rupanya agak mudah. Boleh la cuba untuk buat sarapan atau minum petang nanti ya.

Bahan-bahannya:

Gula hangus

2 cawan gula pasir

2 cawan air panas

Cara masak:

- Masak gula hingga dengan api sedang hingga cair dan tukar warna gelap, bila semua dah cair perlahankan api dan masukkan air panas. Buat dengan kuali yang besar sebab masa masukkan air tu gula tu akan membuak sikit. Masukkan air sikit-sikit tau, lepas tu kacau hingga gula semua larut tau.

- Sejukkan air gula 

Bahan apam

3 cawan tepung gandum

4 biji telur

1 cawan minyak jagung (boleh guna minyak masak)

4 sudu besar planta/ mentega

4 sudu besar susu pekat

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk penaik

3 sudu kecil soda bikarbonat

Cara masak:

- Dalam blender masukkan telur, minyak dan susu pekat, kisar untuk seminit dua hingga sebati

- Masukkan air gula tadi dan kisar lagi seminit dua lepas tu masukkan bahan kisar tadi dalam mangkuk yang kita telah letak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam.

- Pukul dengan whisk hingga sebati semua. Kalau ada blender besar boleh je blender semua bahan sekali dengan tepung tu. Bila dah sebati, biarkan sekejap.

- Sediakan pengukus pastikan tutup penutup kukusan dengan kain

- Sapukan minyak sikit pada bekas acuan sebelum masukkan adunan apam, jangan masukkan penuh dalam 3/4 penuh je.

- Bila air dah mendidih boleh baru letak kan adunan apam, masak dengan api sederhana untuk 15 ke 18 minit.  Bila dah sejuk baru keluarkan dari acuan. 

hanguskan gula pasir

Biar cair macam ni tau, lepas ni masukkan air panas sikit-sikit 

Air gula lepas disejukkan

Bahan untuk kita kisar yang mula-mula tu

Lepas masukkan air gula

Blender aku kecil jadi bancuh dengan tepung dekat bekas besar ini, hingga sebati tau

Jangan penuh sangat tau... 3/4 je tau 

Hasilnya... sedap bau dia tau

ada kawan kata sedap lepas beli di kedai puspanita... kembang hidung


malam tadi ada kawan buat pesanan untuk pagi ini... ada potluck katanya, pertama kali ni dapat tempahan

Harapnya ok lah... berdebar juga

18 comments:

  1. Replies
    1. tak pernah makan dengan kelapa.... tapi musti sedap

      Delete
  2. Ya Allah sedapnya tapi bilanya nak buat

    ReplyDelete
  3. sedap tu...tp akak biasa mkn apam beras yg ada kelapa tu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. layan dengan kopi o atau air panas memang layan

      Delete
  5. Jaman kecik2 dulu kalau dapat sarapan apam ni dah suka sangat
    Selalunya sarapan lempeng kelapa manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh betul tu wak kelainan sikit ya... dana masa kecik kok suka kalau sarapan lempeng, lagi dapat yang rangup atau lempeng kelapa

      Delete
  6. Alhamdulillah..sedap tu katanya mesti ada yang repeat order nanti. Makin berkembang bisnes masakan akak. Memang sedap bau dia lepas masak tu.

    ReplyDelete
  7. Tengok apam gula hangus ni, mesti akan teringat dekat nenek. kecik2 dulu selalu dia belikan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...