Monday, December 13, 2021

KELETAH DUA SEPUPU

 Assalamualaikum semua,

Malam tadi masa nak tidur bersin-bersin macam apa. Petang tu elok je kat rumah entahla sebab aku ada makan udang banyak sangat ke petang tu. Datang resdung aku, entahla yang pasti malam tadi memang tak lena tidur. Dok terbersin-bersin hidung lak tersumbat, tapi sebab tak boleh tidur aku bangun jugak siap-siap untuk pergi kerja. Elok pulak hidung ni.

Aku nak cerita sabtu baru ni, sebab Edy tak kerja jadi ajak sarapan kat luar la. Singgah kat kedai PakLong, Edy turun tanya ada lagi tak roti canai tapi katanya kene tunggu lama sikit. Jadi Edy kata pergi ke kedai lain la, masa nak pusing kereta tu ternampak pulak kereta adik ipar aku, aku cakap dengan Edy mesti maktek dan Ecah ada sekali terus Edy pusing semula kereta ke kedai PakLong. Nampak maktek duduk tepi tu, tapi boleh Edy tak perasan pun masa lalu, Aiyan la paling seronok dapat jumpa sepupunya dan maktek. 

Selalu kami makan kat dalam kedai, tapi sebab nak dekat dengan Ecah duduk la belah luar tu. Aiyan punyalah seronok sampai siap nak ikut sekali maktek ke Aeon AU. Habis makan terus kami ke Aeon AU keramat, sepanjang sampai tu asyik tanya mana maktek dan adik Ecah, bila jumpa punyala seronok budak 2 orang tu. Macam dah bertahun tak jumpa sedangkan baru je jumpa. 

masa parking kereta terus nampak ni, masa ni Ecah dah perasan kereta kami

seronook budak ni bila nampak abang Aiyan nya


pantang nampak maklong ambil gambar



 meja makan kami yang dekat-dekat je

Dah habis makan masa nak ke Aeon AU pula

nasibla Ecah duduk dalam tu, kalau tidak mau berlarian dua orang tu

Sibuk je dia nak mengekor maktek nya

petang tu maktek datang rumah nak ambil barang, dapatla merasa asam pedas telur ikan duri masakan kakaknya



pantang bila ajak bergambar si Ecah ni

13 comments:

  1. Comel Ecah, semoga beransur elok resdungnya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih SR, harap malam nanti dah ok lah hendaknya

      Delete
  2. Hehe padahal rumah dekat tapi elok dapat masa kecil-kecil. Besar tidak tahu bagaimana. Mungkin segan.
    Seronok membeli-belah bersama-sama.

    ReplyDelete
  3. Sekejapan jer Ecah dah besar...seronok la dua orang tu..bagus depa rapat..jangan gaduh- gaduh ye..Abg Ayyan kena jaga adik Ecah tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kejap je dah besar kak... gaduh kejap pastu baik semula hehehe, si Aiyan pun melayan je adik sepupunya jarang dia marah adiknya tu

      Delete
  4. sonok jumpe sedara mara masa covid ni kann, ;p

    ReplyDelete
  5. Abang adik..hehehe. Harap mesra sampai dewasa masing-masing nanti ya.

    ReplyDelete
  6. Bila depa dewasa nanti..kenangan ni pasti dirindu..huhuhu
    Lama dah tak makan telur ikan tu...sedapnya

    ReplyDelete
  7. Alahai... sygnya aiyan kt aisyah.. aiyan nk adik lagi tu.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Excited bila berjumpa walaupun kerap jumpa. Baik betul berdua ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...