Tuesday, December 7, 2021

MENYIANG SAYUR LOKIO

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak cerita pasal hasil tuaian sayur lokio. Rasanya ada setahun kot aku tanam, biasanya kalau beli isinya tu besar tapi aku tanam tak menjadi sangat. Lokionya comel-comel je isinya, tapi kira jadi jugak lah berhasil lah jugak. Walaupun kalau tunjuk dekat emak mesti kena gelak punya. 

Sabtu hari tu aku suruh Edy tuai semua sayur lokio, tapi baru malam tadi aku rajin nak kerjakan. Nak siang lokio ni leceh tang nak buang akar dia tu lah. Insyallah kalau rajin petang ni atau esok aku masak tumis goreng. 

Di bahagian rak bawah tu lah pokok lokio aku tu... semak samun memacam tanaman ada


Hasil dari 7 ke 8 pasu

Lepas 2 hari rendam dengan air, nasib masih elok lagi masa malam tadi aku nak siang

Halus-halus je isinya, kene buang bersihkan akar dia tu

akar dia je banyak gini

daun dia pun banyak...

Ini hasil lepas di siang, aku memang ambil sikit daunnya, sebelum di basuh dan simpan dalam peti semula

25 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah dapat la merasa walaupun comel lote hasilnya

      Delete
  2. saya suka sayur ni tapi tak tahu yang namanya Lokio. hahahhaha. ni baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah biasa panggil lokio... tak sangka ada juga peminat lokio sama macam akak

      Delete
  3. Leceh jugak nak siang lokio ni ya.
    Tapi seronok siang hasil tanaman kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak memang kene teliti sikit nak ngerjekan si lokio nih

      Delete
  4. Replies
    1. ya lokio atau ada tempat panggil bawang jambak, di sabah di panggil losun...

      Delete
  5. itu je ke bahagian yg boleh makan? tak pernah pulak ammi makan sayur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah ammi lokio dan daunnya boleh ambil, boleh je kalau nak masak daunnya semua tu takde hal saja dana ambil sikit je, akar dia je tak boleh makan heheheh

      Delete
  6. Macam biasa tengok..tapi x ingat kat mana....nanti share bila dah masak erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang dekat nsk ada jual sayur ini, pasar tani kadang payah jumpa orang jual

      Delete
  7. sayuran nak gemuk kena letak baja taik lembu ni cikkak.. hehe he

    ReplyDelete
  8. Baru tahu ni. Pernah nampak tapi tak tahu namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi susah sikit nak jumpa sayur ini... itu yang gigih tanam kononnya

      Delete
  9. ITU RUPANYA LOKIO YA ADA ORG KONGSI KAT TITK TOK NK SUBURKAN POKOK BUH SIKIT AJINOMOTO DLM PASU POKOK CUBA DANA SIKIT SAJA...AJINOMOTO BAYAK JADI RACUN PULAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada terbaca jugak kak, kene cari lah ajinomoto tu sebab kat rumah memang tak ada ajinomoto hehehehe...

      Delete
  10. oo..ingatkan daun bawang je namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. daun bawang tu rupanya lain dengan lokio ni MY, jangan tertukar hahahha

      Delete
  11. Aini pernah tengok tapi tak pernah makan lokio ni..
    baru tau nama dia

    ReplyDelete
  12. Ohh namanya lokio. Adik beradik kucai cuma kucai tak ada ubi kan. Sedap masak tumis ni.

    ReplyDelete
  13. ingatkan kucai...seronok bila dpt makan hasil tanaman sendiri kannn

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...