Thursday, November 19, 2026

PHOTO DIARY #40/2026

 Assalamualaikum semua,

Sekarang ada masa memang tak sempat nak jenguk blog, kadang sempat jenguk blog kawan-kawan tapi tak sempat update cerita. Semalam aku cuti, hari ini boss aku takde ada bengkel kat Putrajaya tenang sikit hidup ni. Semalam aku cuti pun serupa tak cuti sentiasa kene tengok whatsapp dan emel. Jom la kita tengok cerita bergambar ya.

Jumpa dah cermin yang boleh ambil gambar cuma segan lak di tempat awam hahahah

lepas hd aku makan sementera tunggu masa nak ambil Aiyan kat sekolah

orang takde anak kecil kan, ini buku klinik cikbu... semalam bawak ke klinik sebab Edy risau dia macam takmo kencing, doktor kata dia ok cuma jenis suka tahan kencing. Berat dia dah 4.6kg, kucing baka siam memang susah nak jadi bulat kot

Semalam masa ambil dia balik sekolah, suka la dia tengok papa yang ambil balik sekolah

Semalam aku ada temujanji dekat KPJ Tawakkal, mesti la dia yang hantar kan

Suka dengan gambar belakang tu

bukan scan perut tapi scan urat

Pagi semalam sebelum pergi KPJ sarapan roti telur bawang dulu... rasa rilex betul bila cuti ni

Malam rabu tu lepas makan ajak Edy dengan Aiyan jom pi tengok bandar KL

pi kat Bukit Ampang, tapi itulah hp cap ayam je kan gambo pun tak lawa hahahah


gambar masjid kt Ukay Perdana, cantik gambar lepas hujan

selasa tu aku sampai rumah dah pukul 7 lebih, lepas solat maghrib ajak Edy jom makan kat mamak lapar

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...