Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Monday, July 20, 2026

MINGGU PENDIDIKAN KHAS

 Assalamualaikum semua,

Ini cerita minggu lepas, 13 sampai 16 haribulan ada dibuat Minggu Pendidikan Khas di sekolah Aiyan. Ada pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya Segmen Kenali kami, murid pendidikan khas akan baca tentang mereka dan akan diadakan kuiz untuk murid arus perdana menjawab. Pertandingan Mewarna Poster, Permainan 5 Stesen (Anyaman, Rekabentuk,Tangram, Jigsaw puzzle, dan pingpong) Matematik crossword. Semua murid PPKI turut serta, ini mesti Wak Warisan Petani suka ni kali ini Aiyan memang seronok dengan aktiviti kali ini. 

Dia jadi pembaca tentang Segmen Kenali kami dan akan bagi soalan kuiz, dua hari berturut dia jadi pembaca. Dia kata seronok Aiyan suka walaupun mula-mula tu dia rasa berdebar bila kene berdiri depan semua murid dalam dewan. 



Dia punya gaya tu

Apa la stail dengan spek atas kepala tu


Hari rabu dia join segmen kenali kami lagi












Monday, June 8, 2026

BALIK KERTEH DAY 2

 Assalamualaikum semua,

Hari kedua balik kampung, isnin tu kami rancang nak jalan-jalan ke Kuala Terengganu. Aku nak pergi ke Pasar Payang yang baru tapi itulah gerak pun lambat sampai Kuala Terengganu dah pukul 11 lebih. Jem nak masuk ke simpang pasar, masih cuti lagi kan jalan sesak macam apa. Sudahnya kami ke Mayang Mall je tapi itulah rasa macam pergi ke mall dekat KL atau Selangor je. Kami cuma makan je dekat situ lepas tu jalan-jalan kat Jambatan Angkat pergi Pantai Batu Burok kejap lepas tu balik. Perjalanan balik tu hujan lebat gila, nasib la masa tu kami memang dah menghala ke Kerteh.

Sarapan popia dan karipap buatan mak mentua
Makan juga pulut kelapa dan mehun goreng

Mayang Mall

Semua menu tak sedap... mehun udang tu pun tak sampai separuh aku makan

Saya nampak tinggi dengan gambar 0.5 ni muahahhaha







Wednesday, December 24, 2025

ADIB DAN AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Cerita hari terakhir sekolah, masa tengah tunggu Aiyan tu sambil borak dengan geng emak-emak. Nampak la si Aiyan jalan lemah gemalai sambil bawak beg dan makanan, maklum hari tu ada jamuan akhir tahun. Belakang tu nampak ada budak berbaju biru jalan ke arah Aiyan. Dia datang borak dan salam lepas tu dia kata, boleh peluk? dia nak peluk Aiyan. Dia peluk Aiyan lepas tu dia kata tahun ini Adib 19 tahun jadi ini tahun terakhir dia di sini. Patut la tak pernah nampak sebab dia murid tingkatan 5 PPKI. Kalau baju biru tu selalunya pengawas sekolah.

PPKI di sekolah menengah selalunya umur paling tua mereka terima hingga 19 tahun sahaja. Selepas umur 19 tahun, kebiasaannya murid akan ke Program Transisi ke Alam Pekerjaan, pusat Latihan OKU/ Vokasional atau program komuniti OKU.





Ada kawan Aiyan cerita, dia menangis masa salam dan peluk abang-abang yang  19 tahun masa jamuan akhir tahun di kelas.



Tuesday, June 10, 2025

ANAK OH ANAK

 Assalamualaikum semua,

Semalam dalam pukul 11.40 tengok cctv kat rumah nampak Aiyan baru nak makan. Ingatkan dia dah nak makan tengahari, ws lah Edy cakap pagi tadi Aiyan makan awal ke. Lepas tu Edy kata, tengok betul-betul cctv tu, dia bukan makan tengahari tapi sarapan.

Bila tengok semula, rupanya dari pukul 8.30pagi dia dah ambil sarapan tu, dia makan ayam goreng kat mangkuk tu lepas tu ralit tengok tv. Lepas tengok cctv tu aku bebel kat dia suruh makan, baru dia habis makan. Habis sarapan pukul 12.04 tengahari. Dia makan tengahari pukul 4.00 petang reti dia lapar.

Dia makan ayam goreng dulu

Pukul9 habis ayam

9.50 masih tak habis

Pukul 10 pun masih sama

Siap baring-baring


Lepas aku suruh dia habiskan, ini pun tak habis lagi

Wednesday, December 20, 2023

ALHAMDULILLAH RAYYAN DAH SUNAT

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam tak buat entri, aku kan cuti 19 sampai 21 jaga budak baru lepas sunat. Lupa nak komgsi gambar nya, tapi syukur sunat dengan laser ni tak sakit kot, takde menangis pun. Alhamdulillah, hari ke3 dah pakai seluat dah. Edy yang jaga luka aku malas nak usha heheeh. 

Sunat dekat Klinik di Taman Melawati untuk laser RM250. Sunat hari sabtu pagi


Upload pakai hp ni, gambar lari susunan... ini lepas hari ketiga dh boleh pakai seluar


Ini masa menanti giliran, masih pakai seluar pendek lagi

Ini lepas dah setel

Lepas sunat, doktor tu siap suruh dia main tab je masa sunat