Showing posts with label kebun mama. Show all posts
Showing posts with label kebun mama. Show all posts

Thursday, October 22, 2026

PHOTO DIARY #36/2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari khamis kawan-kawan, hari ini masuk pejabat rilex sikit boss ada mesyuarat kat parlimen. Masuk je tengok banyak surat menimbun untuk masuk bilik boss. Kita buat slow-slow, petang ni aku kan balik lambat. Oklah takmo bebel panjang jom layan cerita bergambar.

Batik kan... hehehe

punya la semak dah macam belukar

menu orang pantang, aku masak bening bayam dan lobak putih, ikan bakar

sangkut depan rumah nanti adik ipar ambil

Jumpa pun orang yang dirindu

Ini semalam, ada paparazzi mengambil gambar kita masa nak lintas jalan

Tempat cari makan , opis lama

Menu hari selasa

sup ayam dan lobak putih

Budak bertuah ni kata spek mata dia hilang... pening emaknya nak oi

Bermula rutin lama, ambil Aiyan balik sekolah sebab maktek dah kene pantang

Pagi menunggu kaunter pass pelawat buka

Musim jerebu waktu pagi, macamni rupa

Tuesday, October 13, 2026

KEBUN KE BELUKAR ?

 Assalamualaikum semua,

Hari ni parking biasa depan MINDEF tu penuh, jadi terpaksala parking tepi padang bola boleh tahan jugak jauhnya hahahha. Kawan-kawan doakan la aku tetap sihat sejahtera ya. Waktu rehat tadi ajak kawan makan sekali, selalu biasa la ada sesi meluahkan kerja hehehhe. Tapi hari ini kejap je tak sempat gosip macam selalu heheheh. Sejak kerja tempat baru ni aku selalu balik lambat kadang sampai rumah dah gelap, sekarang pun hampir tiap petang hujan. Jadi memang tak sempat nk jenguk kebun la. Ini pun ambil gambar ahad pagi sebelum keluar beli barang. Petang tu niat nak buat apa yang patut tapi hujan sudahnya biarkan jelah minggu depan la minta adik cleaner dekat rumah cabut je rumputnya hehehhe. Upah jelah dia senang kerja.

Depan rumah memacam pokok ada hehehhe

meriah kan rumputnya hahahha

belah belakang ni lagi meriah rumput... sampai tak nampak pokok kari hahaha

pokok orkid pun lama tak jenguk aduhla, sian diaorang

Tuesday, September 22, 2026

POKOK CEKUR @ KENCUR SEPASU

 Assalamualaikum semua,

Kadang susah betul nak jumpa biji cekur ni, kat kedai aceh pun kadan takde. Pasar tani pun kadang takde bila mengidam tu nasibla ada tanam sepasu pokok cekur. Lama juga la tanam sampai dah ada bijinya untuk digunakan. Nampaknya kene tanam lagi beberapa pasu ni.


Mujur la ada jugak sepasu ini

ambil sikit je biar simpan untuk kemudian hari kat dalam pasu tu

daunnya pun elok lebar

Nak masak bawal masak lemak pedas kencur la ni... itu yang gigih cari

Tuesday, August 4, 2026

BUNGA-BUNGA BERKEMBANG

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kan musim hujan dan panas kat tempat kami. Awal pagi dah panas, tengahari dan petang panas terik, lewat petang , malam atau awal pagi hujan lebat. Selalunya waktu macamni rumput subur membiak, tapi rumput masih belum membiak dengan jayanya. Tapi bunga ros tengah rajin berbunga, bunga orkid tak berapa nak berbunga merajuk agaknya.

ros kampung ni sentiasa berbunga

Ini bukan ros kampung, nama dia pun aku dah lupa hehehhe

Ini dia dah layu, masa mekar warna dia peach, wangi bau nya

Ini pun aku tak ingat namanya, pun wangi juga

ini je satu orkid yang berbunga yang lain masih merajuk agaknya hehehhe

pokok kari sejak tanam kat tanah tumbuh subur, cuma pokok jambu tu la baru nak mula naik lepas tanam kat tanah


Ini pasu pokok kunyit, tapi ada sepokok ulam raja sesat, sudahnya tengok batang dia punya lah besar.. sampai senget dah dia

Thursday, June 18, 2026

PHOTO DIARY #19/2026

 Assalamualaikum semua,

Semalam kan cuti awal muharram, rasa macam hari sabtu heheheh. Dapat cuti 1 hari pun dah rasa seronok betul. Dapat rehat baring-baring, layan drama korea. Jom tengok cerita bergambar .

Bantal kucing yang setia

ada nurse ambil gambar, katanya aku muka masam je 

musim hujan rumput bukan main subur

Tak nampak pokok kari dan ulam raja dek banyak sangat rumput

Ada nurse pergi Cameron Highland lepastu belikan aku buah strawberi

Menu semalam, mehun sup ringkas

Hari selasa petang, hujan lebat ada 2 bilik yang banjir

Air mencurah-curah sebab ada kontraktor tukar paip saliran hujan lepas tu tak siap lagi buat kerja, itu tempias sampai masuk bilik

Banjir betul kan

Menu bekal balik Kl, emak masakkan udang galah lemak cili api ahad aritu

adik ipar baru tengah basuh periuk nasi, biasala salam perkenalan kan

Untung adik aku ni dapat hadiah mesin basuh, dapur gas, periuk tekanan dan pengisar dari leader-leader kilang dia. 

Masa majlis tak sempat nak berjalan ke depan, ada orang ambil kan air untuk kami 

Sepupu aku yang ambilkan ada mee rebus, popia sira, rojak petis... cakap je nak apa dia ambilkan hehehhe

Masa takde tetamu paksa emak makan takut lapar


Thursday, May 21, 2026

PHOTO DIARY #16/2026

 Assalamualaikum semua,

Jom kita layan cerita bergambar, tak dan nak bercerita panjang kejap lagi nak keluar ambil Aiyan pulak. 

cantik kan warna dia, tapi ini tak wangi

air kotak feveret aku tapi ramai orang tak suka

kalau suruh siram pokok bukan main lama, siap main air lagi rasanya

stok popia carbonara untuk kedai

buat bubur jagung kat pejabat... sedap betul

hari selasa Aiyan bawak roti chicken floss

Nasi bujang RM5

hari rabu bawa pizza mini pulak

kucing rumah sebelah, ini dia melarikan diri dari rumah

sejak pindahkan tanam dekat tanah makin subur pokok limau purut

pokok kari ni pun sama, masa kat pasu dah kering daun pun kuning ni nampak segar dah

kesian, layu pokok ulam raja tak tahan panas