Tuesday, May 31, 2022

PEREMPUAN, BILA KATA TAKDE TUDUNG

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku dok buat inventori kira tudung aku ada berapa helai. Aku kira tudung bawal yang aku biasa pakai yang lama,yang corak, yang jenis kain lain aku tak kira heheheh. Sekarang aku biasa pakai bawal bubble satin, ada la 30 helai. 

Bila nampak kedai jual tudung aku nak beli la sehelai dua, Edy terus cakap gini. " yelah awak mana ada tudung kat rumah kan,yang sampai tak muat almari tu bukan tudung kan" . Hahahaha aku mampu gelak sambil pilih tudung, ada aku kesah ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ini tudung lama jenis cotton dan corak banyak dah bagi orang tapi tulah banyak juga yg masih sayang

Ini jenis sifon dan cotton juga ada selendang memang jarang sangat pakai

Ini yang bawal bubble satin


Selepas di kira dan dilipat, sebab kainnya licin tak mau nampak elok lipatan susunannya

Monday, May 30, 2022

JAGUNG MUTIARA DAN SUSU

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan pernah makan jagung mutiara dan jagung susu? Aku jelah yang jakun hehehhe... maklum dah lama tak ke CH. Dua minggu lepas masa belek-belek shopee ternampak pasal jagung ini dan terus teringin. Jadi buat la pesanan dari CH, aku beli jagung mutiara, jagung susu dan keledek. Cuma sayangnya mereka guna khidmat poslaju..yang aduhai.

Penghantaran pada khamis sampai di poslaju ampang sabtu disimpan la sampai selasa baru sampai rumah. Mujur jagung masih elok tapi sayang dah tak manis jagung mutiaranya... sedih

Masa ni sedih tengok ingat dah kering semua

Edy kopek kulit tengok elok lagi terus rebus separuh

Esok petangnya aku buat bubur jagung dan keledek siap bagi jiran-jiran

Jagung susu yang manis dan ranggup lagi, patut harga mahal

Lepas rebus... 

Thursday, May 26, 2022

PHOTO DIARY # 12 /22 EDISI RAYA

 Assalamualaikum semua,

Raya tahun ini aku tak balik kampung sebab aku tak sihat jadi kami raya di Selangor je. Sedih memang sedih tapi nak buat camne kan keadaan tak mengizinkan, jadi seminggu raya mak dan abah aku datang ke rumah aku. Mesti lah aku suka, maktek pun sama kan.

Sepanjang seminggu tu,maktek pun hari-hari lepak rumah aku sebab mak abah asyik tanya je. Seronok la meriah rumah ku, mak masak tolong siram pokok sebab dia tak bagi aku buat kerja sangat. Abah pun tak reti duduk diam selain layan Sukan Sea dan bola sepak dekat tv dia sibuk cabut rumput kt kebun tepi rumah. Bosan katanya duduk saja.

Oklah jom tengok gambar yang ada. 

Petang abah sampai maktek dan keluarga pun datang beraya 

Aku teringin biskut kelapa...raya ke 5 adik-adik buatkan

Tart nanas ni makngah yang buatkan 

Malam tu abah dengan mak tertidur awal, suruh tidur kat bilik tak nak

Pagi-pagi mak yang siram pokok

Bukan main manja Ecah dengan atok

Betik muda tumis dengan ikan masak kencur

Aku minta tolong abah pangkas pokok ubi, ingat nak tanam semula rupanya abah buang semua batang nya ke tempat sampah hahaha

Mak ajak buat karipap sebab tengok cucu-cucu suka makan

Lepas siap kita goreng terus... makan panas-panas sambil layan sukan

Menu hari keberapa entah

Awal pagi sebelum layan sukan sea abah cabut rumput pulak

Bersih dah rumput semua dah takde

Hari sabtu sebelum mak abah balik adik bongsu mak datang beraya, dia kerja jadi polis dekat balai sentul. 

Ahad pagi sama-sama hantar mak abah ke TBS untuk balik kampung



Saja je maktek ambil gambar aku ni, bila dah salam-salan mesti aku nangis punya

Adik-adik aku kata aku anak paling manja sebenarnya

Terima kasih mak abah datang jenguk anak nya yang tak sihat

Monday, May 23, 2022

HAPPY BIRTHDAY MAK

 Assalamualaikum semua,

Bersiaran semula kita ya... aku baru perlahan-lahan BW blog kengkawan. Maaf kalau ada yang aku tak sempat nak lawat lagi. 

Semalam 22 mei 2022 hari lahir emak aku yang ke 61. Adik-adik kt kampung yang buat suprise dekat emak,sambut sehari awal. Selalu kami beli bouquet je tapi tahun ini nak lain la pulak kan. 

*Oh iya, kenapa ada beberapa blog yg aku tak boleh komen ya ,tekan dah untuk komen tapi tak keluar ruangan komen.

Pilih kek dulu

Ini hadiah untuk mak.. 2 pokok bunga ros

Kami selalu panggil mak, wanita pertama kaw.9 


Thursday, May 19, 2022

SELAMAT HARI RAYA SEMUA

 Assalamualaikum semua,

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin, mohon maaf andai ada gurauan aku yg pernah mengguris hati kalian sepanjang kita berkawan di sini.

Maaf aku hilang agak lama, itu nanti aku ceritakan bila aku dah bersedia. Mungkin ada beberapa rakan yang dah tahu kisah aku. 

Raya kan, kene kongsikan gambar raya... rindu nak menulis dan ber BW di blog kawan-kawan.

Dia dah nak sama tinggi dengan mama

Besar pun dah lebih kurang papa

Gambar ber3 yang paling cun

Ambil gambar depan rumah