Thursday, May 26, 2022

PHOTO DIARY # 12 /22 EDISI RAYA

 Assalamualaikum semua,

Raya tahun ini aku tak balik kampung sebab aku tak sihat jadi kami raya di Selangor je. Sedih memang sedih tapi nak buat camne kan keadaan tak mengizinkan, jadi seminggu raya mak dan abah aku datang ke rumah aku. Mesti lah aku suka, maktek pun sama kan.

Sepanjang seminggu tu,maktek pun hari-hari lepak rumah aku sebab mak abah asyik tanya je. Seronok la meriah rumah ku, mak masak tolong siram pokok sebab dia tak bagi aku buat kerja sangat. Abah pun tak reti duduk diam selain layan Sukan Sea dan bola sepak dekat tv dia sibuk cabut rumput kt kebun tepi rumah. Bosan katanya duduk saja.

Oklah jom tengok gambar yang ada. 

Petang abah sampai maktek dan keluarga pun datang beraya 

Aku teringin biskut kelapa...raya ke 5 adik-adik buatkan

Tart nanas ni makngah yang buatkan 

Malam tu abah dengan mak tertidur awal, suruh tidur kat bilik tak nak

Pagi-pagi mak yang siram pokok

Bukan main manja Ecah dengan atok

Betik muda tumis dengan ikan masak kencur

Aku minta tolong abah pangkas pokok ubi, ingat nak tanam semula rupanya abah buang semua batang nya ke tempat sampah hahaha

Mak ajak buat karipap sebab tengok cucu-cucu suka makan

Lepas siap kita goreng terus... makan panas-panas sambil layan sukan

Menu hari keberapa entah

Awal pagi sebelum layan sukan sea abah cabut rumput pulak

Bersih dah rumput semua dah takde

Hari sabtu sebelum mak abah balik adik bongsu mak datang beraya, dia kerja jadi polis dekat balai sentul. 

Ahad pagi sama-sama hantar mak abah ke TBS untuk balik kampung



Saja je maktek ambil gambar aku ni, bila dah salam-salan mesti aku nangis punya

Adik-adik aku kata aku anak paling manja sebenarnya

Terima kasih mak abah datang jenguk anak nya yang tak sihat

26 comments:

  1. Ya Allah syahdu.
    Nasib baik mak abah datang beraya KL. Kelainan raya untuk tahun 2022.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan dr sblm raya diaorang nak dtg tp dana xbagi...kesia saudara mara nk beraya... itu dtg lps seminggu raya

      Delete
  2. best..sekurang2nya dapat berkumpul..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..seronok Dana dah mula update blog semula...cepat sembuh tau...

    ReplyDelete
  4. Taqobbalallahu minna wa minkum. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

    Moga cepat sembuh. Seronok mak abah datang. Take care tau Dana

    ReplyDelete
  5. xdpt blk kg xpe.. jnji dpt beraya ngn mak abh.. alhamdulillah..
    insyaAllah nt k.dana blh blk kg pulak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu... nak balik kampung tak tau bila lg

      Delete
  6. Nikmat bila ibu bapa disisi lebih-lebih lagi bila kita tak sihat dan begitu sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. Semoga Dana cepat sembuh. Patutlah lama tak update blog. Selamat hari raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dkt hospital mmg tak lalu bt entri dah sebulan lebih balik rumah baru terbuka hati update blog

      Delete
  8. Syahdu dan bahagia akak tengok family Dana. Dana pun tentu bertambah sihat ceria bila mak abah sanggup datang dari Pontian untuk beraya dengan Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, janji dpt beraya walaupun dh raya ke 8 ke 9 gtu

      Delete
  9. RASA NAK BERSAMA DGN MAK ABAH SAMPAI BILA2 KAN DANA

    ReplyDelete
  10. Seronoknya makabh dtg
    Sedihh kan, akak firtime x blk raya masa berank ank sulong adoiii memang berlinang airmata

    ReplyDelete
  11. ala kita pulak nangis tengok... T_T

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Seronok tengok mak dan ayah Dana datang beraya bersama Dana.. Semoga kehadiran mereka membuatkan Dana semakin kuat dan sihat..

    ReplyDelete
  13. mesti mati kutu diorang bila datang rumah kan, seminggu pulak tu. Mesti diorang happy dapat tengok anak manja diorang hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...