Monday, May 30, 2022

JAGUNG MUTIARA DAN SUSU

 Assalamualaikum semua,

Kawan-kawan pernah makan jagung mutiara dan jagung susu? Aku jelah yang jakun hehehhe... maklum dah lama tak ke CH. Dua minggu lepas masa belek-belek shopee ternampak pasal jagung ini dan terus teringin. Jadi buat la pesanan dari CH, aku beli jagung mutiara, jagung susu dan keledek. Cuma sayangnya mereka guna khidmat poslaju..yang aduhai.

Penghantaran pada khamis sampai di poslaju ampang sabtu disimpan la sampai selasa baru sampai rumah. Mujur jagung masih elok tapi sayang dah tak manis jagung mutiaranya... sedih

Masa ni sedih tengok ingat dah kering semua

Edy kopek kulit tengok elok lagi terus rebus separuh

Esok petangnya aku buat bubur jagung dan keledek siap bagi jiran-jiran

Jagung susu yang manis dan ranggup lagi, patut harga mahal

Lepas rebus... 

18 comments:

  1. Cantik kejadian jagung mutiara dan jagung susu yang dah direbus tu, isi penuh

    ReplyDelete
  2. masya Allah cantiknya jagung2 ni...

    ReplyDelete
  3. Kalau sampai awal mesti lagi puas hati rasa kesegaran jagung.

    ReplyDelete
  4. Jagung buat bubur aedapp.ni dana
    nak.lg dari ch mesti.manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, cuma yg mutiara dah tak manis sangat

      Delete
  5. lama tk mkn bubur jagung..tkpernh mkn bubur jagung + keledek

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Lama kita tak makan jagung.

    ReplyDelete
  7. Jagung Susu tu tak pernah cuba lagi.. Nak kena cari juga ini..

    ReplyDelete
  8. Mak oiii...lamanya dia peram...nasib elok lagi...keledek tu cane plak..ok?

    ReplyDelete
  9. suka yang jagung susu tu, sedap

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...