Showing posts with label dugaanku. Show all posts
Showing posts with label dugaanku. Show all posts

Thursday, August 20, 2026

PHOTO DIARY #28/2026

 Assalamualaikum semua,

Terima kasih kawan-kawan untuk semua doanya, hari ini sepatutnya mesyuarat rayuan tu. Harapnya ada la simpati dari pegawai JPA buat kami. Oklah jom kita layan cerita bergambar. Kalau dok fikir pasal pertukaran ni je boleh gila jadinya. 

cari cermin takde lak yang besar semalam tu heheheh 

Pemandangan dari hospital



Balik dari hospital, Edy ajak makan ikan bakar kat setiawangsa ni

sotong tu besar sesuai la dengan harga dia RM35



Semalam aku cuti rehat, ada temujanji di KPJ Tawakkal masa balik tu nampak ada kucing lepak belakang, Ini la kawan cikBu




Beli benda comel ni sebab tengok drama The East Palace, mahal patung ni tapi tak secantik macam yang ditunjuk kat tiktok

bagi kat Aiyan jelah, letak kat beg sekolah dia

Isnin masa aku lapor diri tu, lepas ambil dia balik sekolah Edy ajak dia makan kat mamak


semalam sempat lagi lepak sarapan sesama dengan kawan opis


Tuesday, August 18, 2026

LAPOR DIRI DI KEMENTERIAN KERJA RAYA

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku lapor diri dekat Kementerian Kerja Raya, tetap kena lapor diri lepas tu mintak tangguh. Aku dan orang yang kene bertukar tu dah hantar surat rayuan pembatalan pertukaran ke JPA. Aku dengan segala macam masalah, dia pun sama. Bila kita ada masalah kesihatan, komitmen lain bila kene tukar tempat kerja lagi la kementerian lain banyak yang perlu dibuat. Harapnya ada la simpati orang JPA untuk terima rayuan kami tu. Doakan ye kawan-kawan.




budak JUPEM yang sama-sama lapor diri

ada 10 orang yang kene lapor diri, dari pelbagai kementerian lain

cantik kan tapi jauh betul dari rumah

Monday, August 3, 2026

RUTIN HD HARI SABTU

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rasa nak cerita kat kawan-kawan rutin kalau aku hd bila hari sabtu. Kalau hd hari sabtu balik rumah boleh rehat, hari lain lepas hd kene masuk pejabat. Lepas tu kene ambil Aiyan balik sekolah hantar balik rumah dan masuk ke pejabat semula. Alhamdulillah hari kerja tu Allah bagi aku kekuatan untuk buat rutin harian seperti biasa. 

Jom tengok apa je rutin aku hari sabtu tu.

Barang-barang nak bawak ke dalam ruang  hd, selalunya aku sampai centre dalam pukul 6.30- 6.40 pagi


walaupun dah selalu tengok aku suka pemandangan pagi ni

letak barang kat kerusi dulu

pakai stokin tebal sebab dalam tu sejuk

timbang berat, setiap kali datang kene timbang dulu



Sampai kat mesin kita tu, letak la barang-barang keperluan, tisu, gula-gula, pil, air dan bekal makanan

biasa la kene bangun pagi muka sembab sikit heheheh

Ini peralatan untuk cucuk kat fistula

Sediakan tangan untuk dicucuk

Selamat dicucuk

sambil tunggu tu boleh tengok tv, main game

wajib bawak bekalan, sebab masa hd tu memang akan lapar. Tapi tak perlu bawak berat-berat bekalannya

jam ketiga akan diberi ubat recormon untuk naikkan hb, biasanya orang yang hd memang akan kurang darah

nurse datang untuk cabut jarum

sediakan tangan ya

tekanan darah urat aku memang tinggi jadi memang akan memancut sikit darah tu

lepas dah elok balut, pi timbang berat lagi 

tulis berat, dia nak tahu berapa air di tarik dari badan kita


masa ini memang sakit tangan bekas jarum tu, aku suka bukak ekon kuat supaya rasa sejuk je 

aku akan singgah kedai untuk bungkus nasi untuk aku dan Aiyan

Pukul 11 lebih sampai rumah

Terus makan sebab kalau tak makan badan memang mengigil, bila hd tu air dan toksik di tarik dari badan memang akan buat mengigil lapar

selesai

Thursday, July 9, 2026

PHOTO DIARY #22/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sampai pejabat rasa lapar betul perut, sekali dengan mengigil sebab lapar. Bekal sikit je pagi tadi tak sempat nak masak menu sarapan yang sesuai sebab masak banyak menu tadi hehehhe. Oklah jom layan cerita bergambar.

Sejarang kalau selfie memang rupa gini jelah hahahha

Tangan kiri tu tak boleh nak gerak takut kang terganggu aliran darah tu jadi tegak jelah sepanjang 4 jam

Bekal 3 keping tempe dan beberapa keping kek buah, nak buat ada tenaga masa hd, biasa aku bawak bekal roti dengan telur atau roti burger 

1 ikat ni cuma RM3.00 murah kan

Hasil borongan buah, bukan aku punya je sekali dengan Iman punya ni

Dia kata nak beli rambutan dengan nangka je tapi nampak durian dia nak durian lak

Menu lunch semalam, habiskan ayam mayo yang kita jual tu kan ada lebih dapat la bawak bekal hehehhe

Boss aku kalau nak berborak , takmo ke bilik dia kat bilik aku juga la port dia

Pagi-pagi dah layan teh o ais

Menu hari selasa, kalau hari hd memang aku makan nasi dan makan banyak sikit sebab memang lapar gila

Ulam raya petik tepi rumah masa hantar Aiyan balik sekolah

Tabung baru sebab tabung lama dah penuh, takmo beli besar-besar nanti lambat penuh hahahha

comel tak topi baru ni? beli kt ecoshop je heheheh