Showing posts with label tanamanku. Show all posts
Showing posts with label tanamanku. Show all posts

Tuesday, September 22, 2026

POKOK CEKUR @ KENCUR SEPASU

 Assalamualaikum semua,

Kadang susah betul nak jumpa biji cekur ni, kat kedai aceh pun kadan takde. Pasar tani pun kadang takde bila mengidam tu nasibla ada tanam sepasu pokok cekur. Lama juga la tanam sampai dah ada bijinya untuk digunakan. Nampaknya kene tanam lagi beberapa pasu ni.


Mujur la ada jugak sepasu ini

ambil sikit je biar simpan untuk kemudian hari kat dalam pasu tu

daunnya pun elok lebar

Nak masak bawal masak lemak pedas kencur la ni... itu yang gigih cari

Thursday, September 3, 2026

PHOTO DIARY #30/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ini parking kat pejabat masih lagi banyak kosong masa aku masuk pukul 11 lepas hd tadi. Kalau tidak memang merata la parkingnya. Bahagia betul minggu ini bila cuti sekolah pagi dan petang tak jem rasa smooth je masa perjalanan pergi dan balik heheheh. Waktu tengahari pun ada masa banyak untuk rehat sebab tak terkejar-kejar nak ambil Aiyan kat sekolah dan hantar balik rumah. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Hari ini bawak bekal buah je dengan biskut 1 pek, lepas tu mengigil sebab kelaparan lepas hd tu hahaha

Bibir merah, semerah darah yang mengalir dalam tiub tu heheheh

gambar ambil sebelum pi ambil wuduk, nampak terlalu jendul pulak dahi aku hahahha



Bila pakai bawal dan spek nampak elok sikit kan dahi tu hahaha



Ada kawan bagi ole-ole balik dari Thailand

Masa kami balik kampung hantar ke hostel, selasa petang balik kerja tu baru ambil dia... malam tu dia buat muka marah, sebab Edy suruh orang kat hostel tu mandikan dia dan potong kuku heheheh

Petang lepas majlis bertandang ajak mak dengan makngah pergi jalan-jalan kat Pontian pi cari makanan

Bila la dia nak tinggi macam paksu tu agaknya

Paksunya dok gelak dia yang baru tingkatan 3 tapi jambang dan misai dah ada, paksu masa tu takde pun lagi heheheh

Masa singgah di masjid baru kampung pengantin tu, tumpang solat di masjid ni... bangga bila tengok paksu yang jadi imam

kene tinggal 2 hari nasib la subur je sebab hujan dekat rumah

Tuesday, August 4, 2026

BUNGA-BUNGA BERKEMBANG

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kan musim hujan dan panas kat tempat kami. Awal pagi dah panas, tengahari dan petang panas terik, lewat petang , malam atau awal pagi hujan lebat. Selalunya waktu macamni rumput subur membiak, tapi rumput masih belum membiak dengan jayanya. Tapi bunga ros tengah rajin berbunga, bunga orkid tak berapa nak berbunga merajuk agaknya.

ros kampung ni sentiasa berbunga

Ini bukan ros kampung, nama dia pun aku dah lupa hehehhe

Ini dia dah layu, masa mekar warna dia peach, wangi bau nya

Ini pun aku tak ingat namanya, pun wangi juga

ini je satu orkid yang berbunga yang lain masih merajuk agaknya hehehhe

pokok kari sejak tanam kat tanah tumbuh subur, cuma pokok jambu tu la baru nak mula naik lepas tanam kat tanah


Ini pasu pokok kunyit, tapi ada sepokok ulam raja sesat, sudahnya tengok batang dia punya lah besar.. sampai senget dah dia

Thursday, July 2, 2026

PHOTO DIARY #21/2026

 Assalamualaikum semua,

Maaf la kawan-kawan baru sempat buka pc, agak sibuk hari ini dari tengahari tadi sampai sekarang. Jangan buang masa mari lah kita layan cerita bergambar ya.

Hari ini punya kejadian, gini lah sekarang kalau selfie, tangan sebelah tak boleh nak gerak sangat

Perempuan memang gini, ini lah fungsi sebenar beg besar heheheh

Aku suka ais, sebelah tu teh o ais sebelah lagi ais sahaja hehehhe

Bulan menyorok

Roti canai segera cicah kari sardin

Gambar ini di ambil pukul 1 pagi lebih, lepas dia melarikan diri dari rumah... pukul 1 pagi Edy dok kejar dia lari belakang rumah... nakal betul

adik tunjuk gambar abah tengah layan durian, beli sampai 1 kereta sorong durian IoI

Aku memang dari pagi dah layan air ais kalau kat opis, kat hd dan kat rumah

Aku beli mug ni sebab dia comel heheheh

Aku suka beli kek pastu potong, aku makan sekeping je lebih tu bagi kawan pejabat makan

beli mangga dekat kedai aunty buah, besar betul mangganya

Dia yang pilih sendiri, pilih brazil katanya

Baju ni dah saiz paling besar ni, pun ngam-ngam dekat dia

Geram kalau mata dia bulat gini

Ada adik nurse tanya kenapa hari sabtu aku tak selfie, aku cakap sebab aku comot, baju comot, tudung comot hhahahahh 

Thursday, June 18, 2026

PHOTO DIARY #19/2026

 Assalamualaikum semua,

Semalam kan cuti awal muharram, rasa macam hari sabtu heheheh. Dapat cuti 1 hari pun dah rasa seronok betul. Dapat rehat baring-baring, layan drama korea. Jom tengok cerita bergambar .

Bantal kucing yang setia

ada nurse ambil gambar, katanya aku muka masam je 

musim hujan rumput bukan main subur

Tak nampak pokok kari dan ulam raja dek banyak sangat rumput

Ada nurse pergi Cameron Highland lepastu belikan aku buah strawberi

Menu semalam, mehun sup ringkas

Hari selasa petang, hujan lebat ada 2 bilik yang banjir

Air mencurah-curah sebab ada kontraktor tukar paip saliran hujan lepas tu tak siap lagi buat kerja, itu tempias sampai masuk bilik

Banjir betul kan

Menu bekal balik Kl, emak masakkan udang galah lemak cili api ahad aritu

adik ipar baru tengah basuh periuk nasi, biasala salam perkenalan kan

Untung adik aku ni dapat hadiah mesin basuh, dapur gas, periuk tekanan dan pengisar dari leader-leader kilang dia. 

Masa majlis tak sempat nak berjalan ke depan, ada orang ambil kan air untuk kami 

Sepupu aku yang ambilkan ada mee rebus, popia sira, rojak petis... cakap je nak apa dia ambilkan hehehhe

Masa takde tetamu paksa emak makan takut lapar