Friday, September 4, 2026

RESEPI MAKARONI GORENG DAGING KISAR

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini sibuk sikit pulak, nak cepat ni jom kita layan resepi makaroni goreng daging kisar. 


Bahan-bahan:

1 pek makaroni rebus dan toskan

5 ulas bawang putih, cincang

1 labu besar bawang holland, potong dadu

3 sudu besar cili boh

1 keping dagin kisar ramly

3 sudu besar sos bolognise

3 sudu besar sos cili

2 sudu kicap

1 batang lobak merah, potong daud

1 biji capsicum potong dadu

3 batang sosej, potong bulat

Air secukupnya

Daun sup, potong halus

Garam

Cara Masak:

- Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu, masukkan cili boh. Tumiskan hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak masukkan daging kisar, gaul dan masukkan sos bolognise, sos cili dan gaul lagi .

- Masukkan sosej dan carrot kacau lagi. Boleh tutupkan sekejap kuali biar carrot dan daging masak. 

- Masukkan garam tambah air 1/2 cawan kacau dan masukkan makaroni. Kacau lagi hingga rata semuanya. Tutupkan sekejap kuali biar masak untuk 5 minit ke 10 minit gitu.

- Masukkan capsicum dan daun sup, kacau kejap lepas tu boleh matikan api bila capsicum tu dah masak.













No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...