Friday, September 4, 2026

RESEPI MAKARONI GORENG DAGING KISAR

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini sibuk sikit pulak, nak cepat ni jom kita layan resepi makaroni goreng daging kisar. 


Bahan-bahan:

1 pek makaroni rebus dan toskan

5 ulas bawang putih, cincang

1 labu besar bawang holland, potong dadu

3 sudu besar cili boh

1 keping dagin kisar ramly

3 sudu besar sos bolognise

3 sudu besar sos cili

2 sudu kicap

1 batang lobak merah, potong daud

1 biji capsicum potong dadu

3 batang sosej, potong bulat

Air secukupnya

Daun sup, potong halus

Garam

Cara Masak:

- Tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga layu, masukkan cili boh. Tumiskan hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak masukkan daging kisar, gaul dan masukkan sos bolognise, sos cili dan gaul lagi .

- Masukkan sosej dan carrot kacau lagi. Boleh tutupkan sekejap kuali biar carrot dan daging masak. 

- Masukkan garam tambah air 1/2 cawan kacau dan masukkan makaroni. Kacau lagi hingga rata semuanya. Tutupkan sekejap kuali biar masak untuk 5 minit ke 10 minit gitu.

- Masukkan capsicum dan daun sup, kacau kejap lepas tu boleh matikan api bila capsicum tu dah masak.













15 comments:

  1. sedap tu makaroni goreng! Thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete
  2. sedap tu...kt umh ni bkn peminat makaroni goreng..pernah buat skali...kalo macaroni baked cheese kemain suka

    ReplyDelete
  3. sedap ni, akak pun suka camni, bahan campuran byk dari macaroni. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak dari budak sampai orang tua suka gaya gini

      Delete
  4. Kegemaran anak anak ni.. bagus rajin bubuh mcm2.. sy kdg2 buka tin prego letak sosej jer 😅

    ReplyDelete
  5. Resepi makaroni goreng daging kisar ni memang nampak mudah dan lengkap, siap ada sayur sekali 😍 Menarik tambah sos bolognese tu. Sesuai sangat buat menu anak-anak!

    ReplyDelete
  6. Suka...suka...makanan yang mengenyangkan dan seimbang

    ReplyDelete
  7. Tgh mencari eesepi macaroni gorwng
    Kita ambik ye

    ReplyDelete
  8. Kadang jemu makan nasi masak juga macaroni goreng ni kalau teringin. Sedapnya letak banyak rencah tu Kak Dana. Suka juga tambah cheese kadang. hihihi...

    ReplyDelete
  9. sedapnya.. esok la masak makaroni buat sarapan

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian resepinya semoga bermanfaat pada yang mencari resepi sebegini.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...